Wafa dan Waime
"Nanti anak-anakmu kita gelarkan Mohd Al-Fateh?"
Waime bercoleteh ringan-ringan.
Wafa hanya senyum.
Perutnya diusap-usap. Kandungan yang baru 4 bulan lebih itu masih belum menampakkan dia seorang 'mengandung'.
'Seronoknya Wafa nanti kan..."
Waima masih seronok bercerita. Cerita ilusi yang menakutkannya.
Wafa sudah risau berbagai.
Kandunganny yang sejak awal lagi bermasalah kepadanya.
Bukan tidak kebal kepada alahan.
Tetapi risiko keguguran itu yang dirisaukan.
Wafa membiarkan Waima bercoleteh. Terasa panas menekap handfon ditelinganya. Apatah lagi suara Waima yang ampuh menujal-nujal gegendang telinganya.
Terbayang kelibatan Malin. Suaminya yang sentiasa tidak cukup tidur sejak dirinya disahkan mengandung. Kadang teringin saja membawa suaminya bermanja di kedai-kedai SPA sehari dua. Terlalu kesihan yang amat dalam. Dulu suami sihat dan hampir boroi dek kesenangan dipelihara makan minum,pakai hidupnya.
"Wafaaaa...due date bila tuu?"
Wafa baru tersedar. Dia hanya mendengar tempias-tempias bunyi suara Waime. Seorang gadis kacukan Thailand yang dikenalnya sejak belajar di Pusat Jahitan Malinda.
"oklah Wafa..nanti kita sambung borak lagi..bos I yang muka ketat dah sampai..take care my dear".
Tanpa salam. Waime sudahpun memutuskan perbualan.
Wafa hanya memandang sepi.
Sejak mengalami muntah teruk. Dia seperti manusia asing yang baru memijak bumi. Naluri untuk berbualnya sudah terkatup. Mujur juga Malin selalu sahaja bijak memunipulasi keadaan. Yang akan memaksanya,paling tidak pun ketawa.
Terapinya,dia memaksa suaminya membelikan sekotak warna kayu dan buku warna-warna.
"alah sayang...baik sayang buat latihan math..nanti anak kita pandai Math macam Adi Putra.."
Wafa hanya senyum.
Sudah bertahun operasi matematik tidak digunakan sangat.
Cadangan molek suaminya disambut baik.
Tapi nalurinya untuk bermain warna sangat mendesak.
"ok..ok..sayang..tapi math pun kena buat sekali ok?"
Wafa mengangguk. Terasa dirinya bagai anak kecil. Paling tidak bagaikan dia menukar watak adik iparnya yang mulut berat itu.
Nasib badanlah.
Terkadang geram dihatinya. Malin itu bagaikan kapten kem. Walaupun lurus begitu. Malin sentiasa dirasakan bagaikan seorang pendesak.
Wafa memang anti mengikut nasihat orang lain.
Ibunya sendiri membuat pengakuan.
"Malin..anak makcik tu..degil sedikit..nanti dah kahwin pandai-pandilah lenturkan dia tu..perempuan..hati keras kerak nasi...."
Pesan ibunya sentiasa membuat hatinya tidak tenteram.
Semasa Malin menjadi suaminya. Kerap juga Malin 'berjimba-jimba' ditelefon rumahnya. Entah apalah yang dibualkan sehingga ibunya yang gendut itu ketawa terpusing-pusing.
Kerap juga dia mendengar perbualan hangit ibunya sambil menyusun-nyusun buku adiknya dibilik berdekatan booth telefon.
Wafa terasa malu.Tiba-tiba dia sedar, selama ini jika berbual sekalipun. Ibunya jarang sekali ketawa begitu. Ibunya bahagiakah?
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Wafa nanti dah jadi isteri orang..ingat..rumah tu jangan bagi sepah-sepah..lelaki ni memang tak suka sepah-sepah..walaupun dia tu suka menyepahkan."
Nasihat ibunya sentiasa ada. Melekat dicelah-celah memorinya.
"Wafa..nanti dah jadi isteri orang tu..ingat..lelaki ni suka makan apa..masak kena rajin-rajin".
Wafa tahu.Nasihat ibunya itu baik.
Mahu anaknya menjadi isteri yang baik. Tetapi yang menjadi 'hairanya' ibunya pun memang jarang masak. Sejak kecil lagi, adiknya Rahmat itulah asyik jadi tukang masak. Sampailah Rahmat sekarang berjaya menjadi Chef. Pekerjaan yang diidam-idamkan. Padahal kelulusannya melayakkan diri adiknya itu menjadi Engeneer paling tidak.
"Wafa...nanti jadi isteri orang..tido tu awal sikit..sebab tak boleh dah bangun lewat-lewat".
Bab bangun-bangun ni Wafa memang culas.
Selalu saja solat Subuh dihujung-hujung waktu.
Walaupun Wafa jarang dikejutkan Subuh oleh ibunya. Tetapi nasihat bernas ibunya itu bagaikan ibunya si bilik solat di rumahnya.
Wafa bukan tidak sedar awal.
Syaitan Subuh tu terlalu kuat. Yalah tu Wafa..dah kamu lemah siapa suruh!.
"Wafa..ingat tu..nama kamu tu molek antara adik beradik..nama anak seorang tokoh dakwah terulung..nanti dah kahwin..jaga sikit tingkah laku tu..Malin tu baik orangnya".
Aduh!.
Ini yang Wafa naik minyak.
Namanya itu adalah beban kepada tingkah lakunya yang bukan idaman ibu-ibu mentua diluar sana.
"Wafa..baju suami ni elok-elok jaga..elaklah guna mesin basuh".
Hadoii!.
Sejak dia menyumpah mesin basuh hadiah Rahmat kepadanya. Selalu sahaja ibunya menyindirnya.
Rahmat si budak gemuk tu. Kaya melampau. Orang kata nak mesin basuh manual.Automatik pula yang dibaginya.
Habis kesian Rahmat dijerkahnya. Rahmat bukannya pandai terasa hati denganya. Bukan sekali dua dia menjerkah adiknya itu. Tetapi berkali-kali. Sejak adiknya berjiwa sentimental itu memegang sijil Chef sehinggalah Rahmat itu selamba badak menghadiahkan dia hadiah sebesar mesin basuh itu. Tanda dia memang tau kelemahan kakaknya yang suka menimbun-nimbun pakaian. Hobinya semasa belajar yang melekat sampai ke rumah.
"Wafa..ingat..keluaga dia..keluarga Wafa juga..kena bijak ambil peranan".
Wafa hanya senyum depan ibunya. Tetapi jauh dilubuk hatinya dia senyum dan angguk berkali-kali. Pesanan ibunya itu benar sekali,dua kali,tiga kali, malah berkali-kali.
Nasihat ibunya itu memang bernas untuk kesekian-sekian kali.
"Wafa!!!!!!!".
Dia menoleh. Sejak bila suaminya muncul pulak ni.