11 May 2011

aku dan ukhwah itu

kawan-kawan sekolah mentag-tag gambar masa sekolah dulu.
rindu pulak rasa.
bagai baru jak berada di sekolah.
kini sudah 7 tahun meninggalkan alam persekolahan.
manisnya.

kadang terbayang bagaimana saat nakal kawan-kawan.
bergaduh,bergumbira,menangis,mamanas,merajin.

Alhamdulillah. Dalam sekelas itu,semua sudah bertemu dengan hala tuju hidup. Menjadi manusia juga kan.

Yang tidak sekelas pun,tapi tetap sesekolah.
Selalu bertemu mata.
bertemu otak,
bertemu minda.

Yang tidak sesekolah,
tetap pernah memaknakan hidup


apapun itulah kenangan.
sememangnya hanya layak diimbas.
dipetik ibrahnya.
disimpan sebagai senjata.
dipakai sebagai pemanis.
indahnya kan ukhwah kerana Allah.
Jauh mana terpisah, kita ada rasa yakin.
yang suatu hari nanti kita akan bertemu.

malah,dalam hati,biar tiada tanda ingatan,
kita tahu dalam butir-butir ingatan,kita ada.
biar ada nada benci pada kata-kata,
kita tahu benci kerana kita lupa mengirim tanda ingatan.

salam ya sahabat-sahabat,
jika terbaca tulisan ini..
(walau aku sendiri konfius..adakah pembacanya).

gambar-gambar kenangan sudah ditelan format laptop.
tapi,insyaAllah sentiasa ada dihati ini.
jauh mana pun ruang kita diambur.
semuanya insyaAllah bertemu.
jika tidak di dunia yang fana ini.
InsyaAllah di akhirat yang pasti.

Jangan izinkan benci lahir.
tapi benarkan rindu meruntun.

jangan izinkan amarah membunuh,
tapi izinkan sayang bernanah.

UKHWAH itu indah..jika kita tahu,dialah teman kita hingga ke Syurga.Aminnn ya Rabb.