22 November 2008

kisah DIA..

ingatanku menerobos lagi..
kalau boleh aku berbicara dengan DIA sekarang..

HP mengetuk kepalaku..
aduhh..

DIA sedang buat apa agaknya??

kalau DIA disini alangkah bagusnya..
tapi...
DIA disana..

Otakku ligat lagi..
astagfirullah..

si **** kawan DIA..katanya ini kisah DIA

Walaupun baru tadi DIA meminta izin dari Ketua Kelas utuk keluar mencuci muka di paip sekolah..
Tetapi,
baru 5 minit duduk..
dia kembali membengkokkan belakang untuk tunduk..

Matanya merah kerana hobinya tidur di dalam kelas
Sekolahnya kecoh mengenai kedatangan polis untuk pemeriksaan air kencing..
DIA tahu semua rakan sekelasnya, terutamanya sejantina dengannya agak risau.
DIA masih meletakkan kepalanya di mejanya yan berbalut platik.
SEDAPny tidur…

Suara2 bingar disekelilinya bukan GANGGUAN untuk keseronokannya itu.

Tiba-tiba, ketukan pintu yang agak kuat. Semua rakan sekelasnya diam. Yang tadi sedang bermain-main berhenti.
Hanya mereka yang sibuk membaut latihan EKONOMI yang still..
“ hah…kamu!..mari ke bilik disiplin..”.

DIA ada mendengar orang dipanggil... Tetapi...
DIA tidak tahu untuk dirinya. Itu suara guru disiplin yang sebenarnya suka menyakat..tetapi serius bila menjalankan tugasnya.

“weii..weii”. Rakan disebelahnya menggerakkan bahunya. Dia sedar. Tapi lagi seronok untuk TIDUR.
“SAYA TUNGGU DI BILIK DISIPLIN..5 MINIT TAK DATANG, SAYA DATANG”.Cikgu itu kembali.

Kalam kabut dia lari...
mujur kakinya kaki BANGAU..

Matanya masih mengantuk.

“kamu ambil SYABU?”. Tegas bunyi suara cikgu tu.

Walaupun kepala masih MAMAI,dia berlakon dengan PROFESIONAL sekali.


“Nama-nama yang disebut, sila ikut ke balai polis..”. Suara seorang prebet POLIS bergema di bilik DISIPLIN.
DIA yang menyambung HOBINYA, menegakkan badan untuk menunggu masa siren sekolah berbunyi.

“kamu memang tak ambil….”. ckgu itu mendekatinya.
“oh…mata kamu merah sebab tidurkah?”.

DIA buat2 x dgr. DIA tahu siapa rakan2 di kelas yang menggunakan benda itu sebagai SANTAPAN harian.

Tetapi peliknyA...
hanya dia dan seorang rakannya yang sering TIDAK HADIR yang dipanggil.

DIA kembali ke kelas dengan mata yang segar .
“RUPANYA AKU ORANG YANG DISYAKI”.