18.11.08
Buat hatiku,
Kalau dirimu berseorangan, lafazlah istighfar,
Kalau dirimu dikhayalak, lafazlah istighfar,
Kalau dirimu disakiti, lafazlah istighfar,
Kalau dirimu dimarahi, lafazalah istighfar,
Kalau dirimu bosan, lafazlah istighfar,
Buat hatiku,
Belajar mencari hikmah disebalik gerak lakumu sekarang,
Belajar mencari hikmah pada pendengaran dua sisi telinga,
Belajar mencari hikmah pada dua biji mata,
Belajar mencari hikmah pada dua batang kaki dan tangan,
Belajar mencari hikmah pada mana-mana matamu teracap,
Buat hatiku,
Sedetik masa yang kau limpasi,
akan terubat bila dirimu sentiasa merasakan erti MASA,
Disaat dirimu dirundung perasaan ….ahhhhh bosannnn…akan terubat,
Bila kau ajar jari jemarimu menghitung zikrullah.
Buat hatiku,
Moga bersih fizikal akan mensucikanmu.
Buat Hatiku,
Ajar lidahmu sentiasa menyebut yang baik-baik sahaja,
Ajar akalmu berfikir yang baik-baik sahaja,
Ajar anggota tubuhmu bergerak untuk yang baik-baik sahaja,
Ajar deriamu melihat yang baik-baik sahaja,
Ajar apa jua gerakanmu untuk yang baik-baik sahaja
Buat Hatiku,
Kau ialah asas…
Jika kau baik…baiklah anggotamu yang lain.
Buat hatiku,
Hati-hatilah selalu,
Buat hatiku,
Taqwa ialah ukuranNya,
Cubalah sedaya upayamu untuk berada dalam lingkungan itu.