Bismillah.
Hari tu aku dapat pi Jepun. Aku sebenarnya malas pigi kalau setakat seminggu. Sebab macam tidak cukup masa baitu.
Tapi itulah kan, pilihan kau tiada. Take it or leave it!
Jadi, aku tidak bersungguh sangat, macam 2014 dulu. 2014 dulu aku memang setiap hari ya belajar pasal Jepun.
ingat balik, wah...rasa mau kasi tepukan paling gemuruh untuk diri sendiri.
kenapa tidak kan, sebab masa baruuuu kawen tu, SS ada cita-cita mau sambung belajar sanaaaa tu... ndak silap di Toyota Institute, di Toyota... kira terdedah lah sikit.
Tapi sedih, masa tu Jepun baru kena tsunami, jadi segala biasiswa stop. Diorang fokus bangunkan balik negara diorang. Apa yang penting kerjasama!
.
masuk 2025 ni, aku belajar banyak pasal Jepun.
Jepun tu luas ya, macam Malaysia juga. Jadi bayangkan bila orang luar cakap, aku pernah pi Malaysia.
Malaysia dimana tu????
Melaka.
Oh Melaka dimana?
Alor Gajah
Ayer Gajah bahagian mana???
bla....blaa...
Blaaa...blaaa dimana?
Taman ni...
hah, begitulah...ada tempat yang spesifik ba.
.
.
Jadi, untuk Jepun ni kami pigi Bahagian Tokyo.
Tokyo ni besar dia, macam KL-Shah Alam darab 8 kali..
sebab sana tu ada 39 Majlis Daerah ya......
.
Kami fly petang jam 2.
SS pi dulu opis pagi tu. Kerja mesti buat, walau apapun keadaan. kih kih
aku pula sekolah, beli buku anak-anak.
Syukurlah anak 1 lagi, boleh beli buku sendiri, jadi dia beli masa sekolah sudah buka. Lebih mudah. Berbanding time cuti sekolah, sebab kena berbaris lama lagi..aduhh...biarlah orang yang perlu diutamakan, kita boleh lambat.
.
semua menunggu sambil layan TV la. Kira, abi datang terus kita gerak semuaaaaaaaa....
best pula , ingat balik.... masa hadap , mood ke lautan biru...
kah masa ni, SS dah dirumah?
aku lupa.
Tapi, aku ingat aku doa, supaya perjalanan ku rumah ke sekolah, sekolah ke rumah dimudahkan. Aku kan pernah terlibat kemalangan kereta, ada sedikit gusar ya perasaan tu. Time ni lah jadi orang baik ya, ingat Allah banyak...huhu.
.
Balik rumah
SS dah balik, dia guna kereta lain. beg semua dah dalam kereta pun. Rasanya aku juga yang susun. Masing-masing bawa beg ya. Kecuali baju tebal, umy simpan dalam plastik sampah, senang sumbat...kih kih.
SS letih dengan kerjaan dia, kita singgah Petron Seremban, makan makan sikit. Aku ni kalau makan, baru mau jalan naik flight risau banyak.
sambil jalan, kita fikir, kalau kita parking di LTCP ni, jimat la masa dan kos. JIMAT PARKING KLIA ni ada banyak cara. Ada yang jimat duit, tapi perlukan masa, kena tempah awal. Macam parking di sekitar rumah orang di Sepang tu atau Nilai situ.
Kami dulu pun selalu parking rumah bapa saudara SS, sebelum tu kawan SS yang kerja dekat-dekat KLIA tu. Tapi semua tu ada kos masa dan tenaga kita.
Untuk kali ni, terus parking di KLIA 2, sebab fikir MASA. aku cakap, kalau kita pi sana parking, kena tunggu bas, paling cepat 30 minit kita sampai airport.
2. Kalau SS hantar kami dulu, lepas tu dia pi parking, kemudian tempah grab. Lebih 30 minit proses tu.
3. Baik kita ambil paling selamat. Parking sini, MAHAL. Insya Allah, semua terus sampai. Risiko nipis. Dengan 300 parking atau 3000 burn...kita pilih mana?. Lagi satu kalau kita balik nanti, mesti penat gila-gila lagi.

Lepas chekin .Kita ada baby ni,TIDAK BOLEH CHECK-IN OLINE .
Beg dah masuk. ada 2 beg masuk rasanya. SS ada beli kargo tujuan kurangkan bebanan. Tapi bebanan tetap ada, sebab menyirap betul dia, kita bawa beg besar. I bawa beg besar sebab sakit hati tengok beg tu dirumah saja, baik kita pakai sampai rosak. Anak-anak pula bawa beg yang mau dibuang tapi sayang, sebab masih ok...heheh
konsepnya, kalau rosak, kita buang disana..padahal tau, mau buang barang di Jepun bukan senang-senang ya.
dalam beg tu, ada isi makanan, pempes Ainul. ada juga makanan dalam beg kita pegang. susu Ainul. Botol air kosong, tumbler. International ni tidak bagi masuk air, tapi ada baby ada kelonggaran. Cuma kita fikir, elak masalah. Bawa kosong saja.
.
mau fligth ramai-ramai ni, pigi pula luar Malaysia, kena check in awal. Sekurang-kurangnya kita selamat melepasi imigresen dan kastam.
SS pula seperti biasa, makan minum ada untuk anak-anak dalam kapal. Alhamdulillah. Anak-anak ok dalam kapal. Cuma Ainul la. 7 jam lebih penerbangan, kita sampai
Keluar saja kapal. Suruh anak sentuh dinding cermin, sejuk beku. Masa ni semua belum pakai baju tebal sebab umy masukkan semua dalam plastik lepas checkin depan tu sebelum Kastam.
dah keluar terowong tu..hehe.
keluarlah baju. Pakai semua. Plastik sampah masuk beg balik.