18 January 2018

Perth Hari Pertama

bismillah.


Oktober 2016 kita  ke Perth,
cadangan bukan disusun baik sebenarnya.
mau ke Busan- Jeju impiannya..ada niat lain mau ke situ.
tapi harga tiket pi negara tu kejam betul
ternampak tiket ke Perth..RM199 sehala untuk pigi.

apalagi...kita tempahlah.
awal 2-3 bulan dari tarikh mau pigi.
masa tu SS sudah siap hardbound tesis dia

SS bukan jangka mau ke negara tu.
langsung tidak terfikir.
dan malas jugalah ke sana kalau sekadar berjalan.

itulah, visi travel orang bukan jutawan ni..kena adam misi visit Dan tujuan 3in1 dan parking utama jelas. Kalau boleh biar 10 in 1 misi.
baru ngam dan berbaloi baloi.

2 minggu sebelum, kita mau urus passport dulu. ok ini bukan 
contoh yang bagus. Australia bukan dapat visa on landing..jadi kenalah urus awal pasal ni..kena selesai awal pasal visa. Barulah lega banyak.
.
Tapinya, SS kerja kan..
Ingatkan sekali pigi selesai lah renew passport. Yola last pakai pi Surabaya 2015 tu.
.
jadi pigi Imegresen KS 2 kali pun. Masih belum selesai.
1 habis nombor.
1 lagi pun sama..mbahah.
Lucu pula kisahnya.

kata pegawai, nombor terhad.

laaa...kalau tahu susah begini..baik kita buat awal kan,
Kata SS anak Tuan Haji pi Raub untuk buat passport, sebab n guna segera. Bermakna imegresen kawasan Lembah Klang ada, masalah la ni...

Petang pi UTC di Pudu pun sama, habis.

besoknya, Sabtu pigi lagi UTC tu..awal pagi boleh juga kita berbaris panjang,
sekali..dalam 5 orang ke depan tu nombor habis.

sedihhhh....

tapi lagi sedih pasangan di belakang kami. Tiket laki bini terpaksa burn, sebab urusan passport. Rasanya mau balik kampung di Indonesia dengan bawa baby dalam 3 bulan atau kurang.

sedikit sebanyak, kami kurang sedih. Redha.
ada lagi orang lebih hebat ujian dari kita.

maka...kita pun terus pi kenduri kawan, di Senawang. 
Akikah.
anak sulung.
pula BFF SS, datanglah,

.
siapa sangka. Habis kenduri..kami masih terfikir pasal passport. Dan kita cadang ke UTC Melaka..dekat dah Senawang ke Melaka tu..
.
Seperti biasa, leader mesti yakin sebelum bertindak..
SS call UTC Melaka..nombor ada.?. heran kot pegawai tu. Dengar soalan gitu..

maka... disitulah kita membuat passport yang sudah sampai ajal. Sebab sudah habis umurnya si passport,kita pun buat barulah. Terus 5 tahun umurnya. Lama la sikit. Kalau jenis everyear travel...memang melompatlah happy. Kalau macam kita ni....pasrahla.



lepas siap urusan Passport baru. #UTC memang best..sebab senang dan waktu operasi panjang..sampai pukul 8 malam.(update 2019: 8am-5pm everyday).

Passport ada nyawa barulah kita boleh pohon visa.
pohon online.
kita pohon visa online Australia di sini bayar dalam RM20-30 seorang. Kita tawakkal.
lagipun ramai kata ( dalam tulisan blog etc
bab VISA Aussie ni...jangan risau. Diorang memang sediakan agen-agen untuk tu.
yalah..pengunjung kan akan bagi duit dekat negara itu. 
.
dan dalam 3 hari, diorang respon dalam email.
dan visa tu akan on, bila kita tiba di imegresen sana nanti.
jadi, pohon awal adalah bagus. Supaya ndak kalam kabut. Ingatkan kalau pohon awal,masa Tu juga akan hidup...jadi risau waktu hidup sekejap,itu yang lambat lambat urusin.

sebab akan lebih 10 hari disana,
maka bawalah periuk karan.
kita beli yang kecil.
dan segala makanan yang berunsurkan haiwan.

nasi impit pun, gula eh eh. berat semua ni dalam 2 kg la juga.
bawa mangkuk. Pinggan macam ada juga.


Penerbangan pagi.
Seperti biasa,mesti awal sampai airport ya. Check-in awal adalah lagi bagus untuk keselesaan.

Bawa 2 luggage. Sebab musim sejuk (bukan winter) jadi sudah pasti lebih banyak pakai jaket saja kan. Yang dalam tu bawa baju nipis saja.

.
Budak paling happy bila sebut nak naik kapal.



seperti biasa,ulang lagi pesanan khidmat masyarakat.
#datangawal pi airport.
walaupun sudah chek in online.

penerbangan antarabangsa kan banyak betul mau dibuat. Prosedur tu la
.
Mata bengkak..pun kena swafoto.



up lebih sikit gambar budak-budak baru bangun ni. Masa ni musim apa tu..perhiasan tu la jadi PROMO nya.







pemeriksaan disini, pemeriksaan pertama.
ok jak diorang cuma chek benda bahaya.

bila next chek...
memang lah kan..
semua makanan kita ni dirampas oleh kastam KLIA..kah kah. punya  kasihan.
kami ndak masukkan barang dalam kargo sebab kedekut. 
dan ya...
kalaupun selamat di KLIA.
sampai Airport Perth tu...wassalam jugalah jawabnya.

#barangmakanan dalam satu beg-senang kerja kita, senang kerja orang mau periksa


sebab sudah tempah online awal nasi,
kita senyum banyak dalam kapal.
warna dan kertas adalah toys budak ni.
senang.
bila berat..boleh buang jak.
kurang beban.
.
walau selalu jugakan naik kapal.
tapi Airbus ni sedikit banyak kerusi kan. dapat seat tengah, duduk untuk 3 orang..kita 4 orang.

rezeki dapat family India mau kami tukar seat. yang 2 saja. SS dan Fath duduk belakang. I dan Waafa depan depa.

naik jak, keluarkan barang diorang ni. Mata diorang sangatlah segar bugar.




jadi bolehlah duduk..2 depan ni...
2 belakang.
senang urusan kalau anak mau ke tandas kan.


doa orang bermusafir ni makbul kan.. jadi #sentiasa pasang doa
lagi kan..kita pigi negara yang kita ndak tahu camana keadaanya.
yang kita macam terfikir juga..bolehkan kita survive dengan tanpa makanan yang dah kena rampas tadi...

sedihhh. :(. Habis budget burn....

Untuk online, AA ni, ulang siar..
makan kena tempah, paling lewat 2 hari sebelum terbang.
24 jam sebelum fly sebenarnya.
tapi biarlah awal.
.
lagi pula..makanan tu boleh simpan dan bungkus nanti bila sampai..
manalah tau kan kenyang,
sebab di airport sana, totally lain keadaan.
.
dan ya..selepas 7 jam di dalam kapal.
Mohlah kita mendarat..
dapat tengok suasana dibawah tu.

rasa macam kita pigi bumi yang sama jak.
cuma lain culture dan orang.
suhu pun tentulah lain. (masa ni musim luruh)

lainlah dunia akhirat barulah totally lain  suasana kan.

insaf banyak.

dan..

I rasa ini macam sesuatu sangat.
staff AA sembur untuk pastikan kita bersih dan selamat sebelum keluar kapal.

macam lain kan...ekkkk. macam kita sejenis berpenyakit pula...


ye..sampai. Alhamdulillah.

muka malas disiapkan...dan berkejaran sebab kita kan antara last keluar. memang kalau dating muka macam ni, kena pangkah awal-awal...heeee.

menandas dulu kita.

bawa spray untuk urusan mencuci mudah.

tapi, selesanya pakai botol jak pun boleh.

elakkan basah lantai tu ya..budaya orang sana kan suka yang kering-kering.


di Perth Aiport ni...
Lepas keluar. Dari kawasan check passport tu.
ada pray room. senang. ada tempat wudhu.
walau semua agama boleh pakai bilik ni,
ketersediaan ruang wudhu ni nampak diorang tahu, kita muslim perlukan.

siap solat,
cari kad untuk telefon. untuk urusan call tuan rumah.

lepas tu macan blurr. camana mau keluar ni mau ke rumah penginapan.?

silapnya. kita ndak bertanya dengan staf di kaunter camana mau ke CBD Perth. Sebab dalam map, rumah kita tu luar sikit dari CBD

ok. sebenarnya yang kita buat..keluar jak dari ruangan ketibaan. Cari pondok bas.

situ akan ada orang lain yang menunggu.
bolehlah tanya.
bas sini bayar,
tapi jangan risau, ndak juga mahal. Banding naik UBER atau seumpanya.

owner rumah sudah call tanya.

chek list bila sampai.
1. cari simkad.
2. solat
3. cari flys yang ada peta kawasan situ (kita mahu tuju)
4. tanya information counter.
5. Barulah tanya orang yang kita rasa boleh bantu.
6. Tanya driver bas.
7, Print semua berkenaan penginapan. Manatau hp kong 


untung jadi budak. senang duduk.


bas ni ada laluan sendiri, jadi senang betul lah dia bergerak.

jakun kita.




budak satu ni pun untung, senang untuk duduk.


sementara SS tanya, kita selpi.

chek list dalam bas

1. Tanya pacik driver, bas ni kemana.
2. mau selamat, minta pacik tu turunkan di stesen bas utama. sampai situ senang lah pergerakan

syukur, pacik tu tahu sikit tempat kita mau pigi.
tapii, dia bukan expert bab jadual perjalanan bas sini, walau kerja bawak bas,
dia suruh kami naik bas lain. Yang kebetulan last bas.

bas CAT, nanti kena jalan kaki sikit..begitulah katanya.
sebelum naik bas tu.
kami tanya lagi dimana alamat ni. bas ni tidak lalu situ,
tapi ada cara ke situ bila dia turunkan nanti di bus stop mana-mana.



dapatlah cuci mata tengok kawasan CBD Perth yang ndak juga risau kalau sesat.
sebab ndak juga luas dan boleh faham sign dia.



pacik tu turunkan kami di bus stop yang tiada pondok.
maka kami makanlah angin disitu dan malam pula. kan sini awal malam..

dia suruh kami jalan kaki ke kanan dan nanti situ ada bas akan lalu.

masalahnya kami tidak yakin dan macam jauh kot mau jalan dengan budak dan beg 2 ketul ni. dengan sejuk angin dan malam...uh. Perth ni malam jadi macam suasana kampung ok. Senyap banyak. lagi hujan dah start turun.

yang boleh guna 2 sim, hanya hp I.
sim sana pakai dalam hp I
masalahnya hp I tu mana ada app yang penting

macam UBER tuuuuu..geram

kita sekarang perlukan UBER sebab sini dah dekat rasanya.

hp SS apantah masalah. Dia ada apps tu.

dengan hotspot. akhirnya berjaya booking UBER.
dan kena bayar guna kad kredit.
tu yang macam kejutan juga buat kita ni.

UBER tu warga Indonesia, Chinese kot. Dia dah menetap situ.

ooh ya. Sebab ada budak 2 ni.
punya risau yang driver tu, sebab undang-undang budak kena pakai baby seat tu. Dia ndakda benda tu.

kita kata, insya Allah ok kot.


risaulah kalau kena denda kan...

sampai jak Uncle Philips tu dah ready tunggu dan siap sediakan payung extra untuk kami


sebab dalam tempahan kita maklumkan ada budak. Uncle tu sediakan lah kereta niiii.


sebagai tuan rumah, uncle tu pun bawa kami round rumah dan kenalkan keperluan dalam tu, segala makanan di peti ais. ada beras, sardin...


sebab sejuk melampau kan...
dapat api palsu ni...terasa indahnyaaaaa.. jadi up lebih sikit muka garang diselubungi teruja.





sejuk tu..sampai rasa...mau melekat saja. dan mana cukup dengan api ni..
.
Masa ni..lapaaaaarrrr. penat. Dan paling utama, solat duluuuu..

.
be continued...
























07 January 2018

ke Gunung Fuji dari Toyohashi 2

Selepas tiba.
Kami pun tunggulah next keretapi.
ikut-ikutan macam penumpang lain.
yang rata-rata makluk Jepun situ.
jadi, mau diajak bersembang kencang ndak senang.
jadi, ikut ikutan lah jawabnya.
sebenarnya...SS follow direction yang staf di Toyohashi bagi..heheh

terborak juga akhirnya dengan pacik yang kenal Mahathir, tapi lupa bumi Malaysia dimana.....\
pacik ni tanya buat apa ke Jepun.
SS cakap"working".

terus dia buat gaya orang berjalan.

no..no itu walking. :)



bila mereka semua naik train local..

barulah kami sedar diri
rupanya..kami tunggu benda yang tiada.huhu.
Tapi tetaplah tidak terasa rugi..sebab dapat borak dengan penduduk local. 

Yang diorang pun ndaktau cara ke Gunung Fuji. Ngehhh. 
Dia suruh pi dalam bangunan.
Tanya staff.

Cari kaunter..kenalah mendaki tangga dengan anak yang melasak.
dan sebelum ke keunter yang bahasa akan guna bahasa ayam ikan.
Terserempak Indian woman. 
Dialah yang bantu. Lagi bahasa tiada masalah. kita ajet fluently English jak kan. 
Senanglah sikit nak tanya banyak. Dan sampai fahammm cikgu!
Semoga Allah balas kebaikan dia.

Sementara tu dah tahu kena gi mana.
Meh kita wudhu dan solat. Waktu Zohor udah masuk, mbak...

Sini kan problem sikit bab air..
Dapat toilets proper ni. Memang manfaatkan lah.
dalam bangunan stesen sinilah..

cantik, bersih dan kemas.
ok kalau banding dengan Osaka...ni menang banyak.

my little angel pun berlarian, melabur dan aahakkk..


Selepas basuh Waafa. Lap semua lantai dengan tisu ya.
Sebab tadi masuk toilet ni..suasana Kemah dan kering.

Solat hadap dinding.

Dan kita pun cari stesen Fujinamiya!
sini sign senang baca sebab tulis dalam rumi.
rasanya. antara kami turun di Okitsu stesen!

caranya..naik train dari Toyohashi ke Okitsu!
untuk ke Fujinomiya.








Alhamdulillah. Merasa train local.
Tapi besar ya.ruang pembahagi tengah tu memang luas.
untuk mudahkan bangsa penumpang berdiri la kali.
dan kebanyakan penumpang adalah makhluk local.

jadi, kami memang tiada bahan untuk meyakinkan, Kami pegang kata-kawa Indian Woman tadi sajalah.
sambil boraklah kami kan..
mengenang hala tuju hari ini.

pemandangan perumahan di sepanjang jalan ni.. macam penawar hati juga.
macam risau apa kan.



termasuklah budak ni.....





bunyi kedek-kedek keretapi ni memang ohsem ok.
ahah. Sorrylah..kamera banyak ambil gambar budak ni.
budak ni tengah mengantuk. emosi masij ok.

biasa kalau kita dah hilang arah..kita macam hilang mood kan..
jadi, SS ni ni selpi lah.
mungkin itulah cara dia kembalikan semangat dia.

dan I tumpang tunafoto disitu..
bagi dia muka ada sinyum pun jadilah..
walau bukan dalam gambar ituuu.

enak kami sembang kencang.
kami macam ada sinar harapan sedikit.
Depan kami, ada seorang mamat muka nusantara. Bawa skate. Telinga sumbat earfon.

Lama macam sepi. Hanya suara kami ni jak . 
Fath tadi menghiburkan dah tantrum sebab penat kot.
Aku kah..SS yang tertegur budak tu. 
Tanya betulkah train ni akan lalu Fujinamiya. 
Risau ok terlepas stesen. Sebab banyak singgah juga.

Alhamdulillah. Budak tu..Indonesian.


Langsung jadi kawan kita.

Dan dia pun arah tuju yang sama macam kita!!!!.

Alhamdulillah.
berkat ringan mulut..heheh



Kemudian.

Kami pun sampai dari Okitsu ke Fujinomiya ni makan masa..sebab train local kan. Jalan gedek-gedek.






ok meh, kita ambil gambar dengan suasana sini.
sebab musim luruh..
jadi pemandangan Fuji macam biasa-biasa jak.



subhanallah...
cantiknya tempat orang ni.
kaki hiking memang akan datang ke sini.
kawan SS ada yang study sat di Nagaoka, datang sini hiking.
6 bulan dia duduk, sempat naik.

kena tunggu musim panas kalau mau daki gunung ni.
kalau musim luruh...
mungkin kurang sesuai.

SS mencuba zoom si gunung  simbolik negara matahari terbit ni.


kami ambil masa hadap suasana atas ni.
platform masa ni memang lengang la.
mungkin ramai dah masuk kawasan penginapan kan.
depan platform ni ada bas untuk ke kawasan kaki gunung.

SS sempat zoom muka I juga.
hahah. 

mau zoom gunung kan...mana cukup pixel kamera kita.

jadilah.
gunung ni macam biasa berawan.

mau cantik.
pagi-pagi sebelum matahari naik.
atas sebelum matahari terbenam.


   

Dia temankan cari motel.

Siap jalan kaki. eh memang kena jalanlah. Jalan ok jak


Cumanya..mgkin sebab kami ada 2 anak. Jadi diorang macam kurang berminat dengan duit kami..
Huhu jaklah. Motel tu risau bising kot. Fath pula masih bertenaga dia..melompat main semua depa mata staf tu.



Sebab blur. 
Gali pun ajak pi tanya pacik polis di pondok bawa stesen Fujinomiya tu. Kembali lah kami ke stesyen itu.


rasanya Fath sudah penat dan lapar...
gigih hisap susu sambil mendongak.





kecik jak pun pondok ni.

masuk jak. I tengok di dinding wajah-wajah WANTED. uhu
curi-curi I snap.
sini kan, sesetengah orang evegreen ni maha kedekut dan risau kalau kita ambil gambar diorang.
bab ni I tidak pasti kenapa.
silap haribulan, on the spot dia pi marah kita.
itu pengalaman SS la.



tapi demi keselematan, I ambil jaklah.





apa ntah pacik Polis  terangkan.
tapi memang bagus lah.
kira pacik ni siap tahu jadual bas juga.

Gali pula macam baru test guna bahasa Nihon dia.
ah budak ni.
belajar kena practice selalu jo..
macam dia susun-susun ayat jugalah nampaknya.






bersungguh Gali tanya kan.
macam penginapan ada kah atau tidak disana..

ada tu ada...
cuma pengankutan tiada sudah.


Gali bilang. Sini bab peta ni. Tanya polis lebih baik.

Bila Tanya..pacik tu kata. Bas untuk ke kaki gunung dah last baru jak tadi. maka hanya mampu...ber-Huhuhu.

Dan penginapan kat kaki gunung ada jugalah.

lagi ber-Hue.

Sebab kecewa. Kita kata mau cari kedai. Terus Gali bilang jom.


Rupanya dekat stesen tu ada Jusco sebesar alam.
seperti biasa, jalan kaki.
cuaca nampak panas...
hakikatnya sejuk.

sampai saja, gunakan stroller budak.

SS mencarilah sushi, terlalu banyak pilihan..
dan SS juga masih ragu bab arak yang sesetangah sushi pakai.

Gali kata jangan risau, halal..halal





I makan roti cukup. Lidah I masih tegarrr dengan masakan dirumah tanah air.
SS masih tanya mau ka 


ya.. Gali sebagai sumber Ijtihad kami bab halal.
dia bilang kok, semua roti di JUSCO itu halal..

tapi, I masih dirundung was-was..
jadi roti ni sajalah....



















ya..Waafa masih BF, jadi kita layankan.
aha ada taman yang boleh relaks di sini.

masa ni suhu sekitar 13'c kot.
tapi sebab berjalan...jadi kulit terus jadi tebal haha.
tipu.

sejuk jak...tapi ntah, bajet beruang koala terus kami bila jumpa makanan.

tapi sebelum tu....Waafa mau berrr atau kencing..
jadi SS bawa pi toilet.sambil tu basuh tangan budak tu lah sekali
kan tadi I yang urusin..
jadi tukar turn lah...he.
kebetulan SS pun mau basuh tangan.
air paip memang sejuklah kan..
bertabah jaklah.

ni lah budak skate tu.
umur 18 kalau ndak silap.
kah 19.
ah. lupa bab tu.

SS yang banyak sembang dengan dia.

.

alhamdulillah rezeki ada dimana-mana. Termasuklah di Jusco... halal Food ada.
cuma mau yakin ndada sakei saja tu lah.


ok sushi ni...di Jusco Malaysia berlambak ya.
cuma rasa tu.. I not suree.
SS suka makan ni..masa ni nilah

dia berjaya dijajah selera Jepun nampaknya.
JICA mesti berasa bangga, anak didiknya berjaya bab ni


ni si Gali kot ambil gambar.
budak ni anggap kami ni macam saudaranya sudah.
kasiann kan.
dia macam eh-eh bahasa kita hampir sama!!


belakang tu lah toilet.
boleh wudhu..dan solatlah dimana-mana yang selesa.
tapi..kami dah solat. jadi ready untuk isi perut jaklah.

Fath lah paling happy.
sebab dia suka berlariiannnn.



Lepas makan. Ingat jomlah balik.

sekali, Gali ajak pi tempat dia lepak bersenam petang. Cehhh.

Katanya situ pelawat selalu kunjungi juga.


Mehlah. Kita jalan kaki.
sambil urut betis.
dukung anak.
Fathlah yang sengsara sikit tu...
tapi masa pi dia ok lagi.
mau lagi berjalan.
Gali kata tidak jauh...nanti I sambung..bila gambar dah dapat.


ok untuk yang berminat stay sini. Baiknya booking awal penginapan. Kalau walk in, buat;ah sebelum tengah hari.


sampai Fujinomiya. Turun bawah..pi pondok polis tanyalah apa yang patut.

kalau mau beli makanan. Terus ke kiri bangunan ni. Menyeberangi laluan keretapi. dan kalau mau naik bas.

turun jak ikut laluan bukan tangga tu. memang depan bangunan ni, nampak masa kita keluar.

ni zaman 2014. I rasa tidak banyak yang berubah ni.