21 January 2016

SURABAYA HARI 1

sambungan sebelum.


sebab ada 4 kepala...dapat duduk 3 seat sebenarnya..satu barisan nasional :).

jadi SS tidak banyak peluang gossiping dengan pacik-pacik lain. LOL

padahal kan...seat sebaris memang 3.
yang paling belakang duduk seorang jak pun...heee.

*bertolak  3 am 26- 1am 28 November





gemukknya kelihatan disini...encik foto, sila belajar lebih untuk angle yang lebih kurus k.

lepas van keluar dari pintu gerbang, cari stesen minyak.
wah gambar pintu gerbang semua hilang..hukhuk. google pun tidak jumpa gerbang tu. :(

Juanda II, untuk penerbangan KL-Surabaya.

keluar saja dari

suka aku tengok pemandangan ditepi jalan ni..
cuma tang sampah tu...
kecewa la sikit


lepas isi minyak, jalan...sepanjang jalan dari airport tu memang banyak mercu kapal udara,
mungkin sekitar situ adalah pejabat keselamatan udara...macam tu lah.

masuk sahaja hingway...
ahli rombongan mula mengadu lapar. Dari pagi belum makan kot. #makan di kapal jimat masa, walaupun mahal!

kami pun singgah di RnR


belakang tu kedai K...aku beli pampes Waafa di Serdang pun kedai K...tapi K ni best ada air sedap....ala-ala air 7E, versi bukan air gas..harga mahal, tapi duit kita murah la :)

ustaz ni dan isteri..pacik tu SS panggil abang...aku pun terpanggil sekali...ni lah dilema bila bersosial dengan ramai orang lebih berusia...hahah



aku ingat, singgah makan... kedai depan tu..restoran nasi padang begitu....
beranganlah bawa beg.

rupanya singgah beli makanan ringan. Tu pun ketua rombongan yang beli semua.

sempat ke bilik air.
sempat minta password internet.
semua kedai dekat Surabaya ni ada internet ya...
hebat mereka ini.


ni lah padi yang nampak lawa dari atas....sepanjang jalan nampak padiiiii..padii di usahakan tradisional kot...


agak jauh...sekitar sejam kot...
keluar saja hinghway, pi tengok tanah satu  ni..
katanya 3 kampung tenggelam oleh tanah ni..
setakat tengok ni...
rasa tiada apapun..
mungkin sebab banyak pacik ojek menunggu disitu untuk 'membaham' para pengunjung dan driver.

parking pun bayar.

padahal tepi jalan...
yang tiada apapun...

duitttt...

ada siap offer jual cd pasal tempat ni..


nampak macam padang jak...siap boleh main motor...tapi dekat bawa tu adalah rumah orang kampung yang tenggelam

panas ok...gagah juga nak tengok...kita kutip hikmah...ni semua diluar kuasa manusia...
cuma kalau manusia ada bijaksana...boleh dibangunkan tempat ni jadi tempat main motor tu...sambil main..sambil ingat mati...huhu

pacik baju biru hujung sana sedang offer CD...

tempat ni tinggi ok...sebab tu kampung boleh tenggelam....nak naik atau turun ke hati-hati..tengaok van belakang tu...parking gitu jak...dah kena paw...huh...sampah tu..memang tidak dapat tolong....ni masalah besar negara dunia ketiga....pengurusan sampah

sebab kamera SS pegang...jadi banyak gambar dia ambil...
termasuk gambar pondok ni...kagum kot dia

teruskan perjalanan.
lalu sekitar sana, rasa macam lalu kawasan kampung,
tapi tu kira pekan kot.
rumah-rumah ditepi jalan,
orang ramai,
sampah...huhuh.


bila konvoi ni...masalah utama ialah, "kau dah kat mana???"

teruskan berjalan. Driver tengah call orang satu kereta tu, tanya makan dekat mana yang sedappppp..

singgah di Restoran Tengger
tepi jalan sahaja .

*Tengger ni bangsa...daerah pun iya

perut dah kesedihan....tapi mereka lah...kami masih terkawal...dah melantak nasi lemak di flight tadi...

pandai SS ambil gambar...lagi pandai isterinya kurang rajin edit gambar....kah kah
tunggu agak lama juga...
sebab yang order pacik baju kelabu tu..tulah ketua rombongan, tukang sponser tiket para AJK kampung.
kami bukan AJK kampung, minta kepala keluarga sponser... :)

dapat air jus oren ni...suka sangattttt. Air botol tu dapat masa singgah RnR tadi...Fath semangat nak bawa turun. teh hijau, tapi manis....

sambil tunggu makanan sampai.
minta password internet dekat restoran ni. #minta password jika membeli di kedai itu

bila dapat password ...semua ahli rombongan tanya...
hehe..

memang muka jenis begini...
tiada segan...LOL
tapi alhamdulillah, yang lain tadi malu-malu dapat tumpang sekaki.


lepas makan makanan yang sangat enak mengancam...
bebek goreng,ikan talapia goreng, sayur enak, dan sup apa ntah... #makanan Tengger ni wajib makan.memang lain sikit..tapi masih ada ciri Melayu


keluar pi ambil gambar...
gaya tudung yang comel tadi dibetulkan...hahha lucu melihat muka macam kena cengkam pakai begitu.

teruskan perjalanan...jalan lagi..memang seksa juga duduk lama begini...alhamdulillah perjalanan lancar......

kami lalu kawasan biru tu....kira ada jalan lain kalau mahu ke sini...
sumber



jauh juga dari airport Juanda II Surabaya ke Bromo ni...
mungkin sebab jalan agak sibuk...
tu pun hari berkerja..
kalau hari cuti...mungkin lagi lah sibuk..

bila membelok ke jalan menuju ke Bromo dari jalan besar..
lama-lama makin kurang rumah,

mula bertukar pandangan....
ada sawah yang kering,
lama tidak hujan..
patut nampak semacam padi disana...
macam terasa sedang jerebu..
rupanya kemarau disana.

negara kita pula sedang menghadap hujan..

#syukur selalu.

bila naik kawasan gunung, lalu lereng bukit,
boleh nampak gaung.
tapi gaung tu orang kampung tanam sayuran...
cantikkk dan merisaukan...
risau tanah menggelonsor..sebab semua kena tarah untuk menanam.

sayang gambar semua tiada.kecewanya..
cuma dalam memori ingatan masih ada....

ni versi cantik, masa pi orang tengah menanam..jadi nampak sangat tanah tanah gersang tu :(
sumber


makin naik, driver off air cond.
buka tingkap.
wow...dapat rasa sejukk..

lama juga mendaki.
bas park.
nampak macam motel.
wah cantik ni..

sekali bukan stay situ...
kena mendaki lagi..

bas kami naik follow MPV hitam tu.

makin lama naik, aik masih belum sampai ni..

dalam sejam kot...mendaki tu..
barulah sampai ke penginapan kami...rumah rupanya.
kira sewa 1 rumah homestay #Sewa Homestay jika lebih 20 orang

semua ni dalam tangan pak ketua tadi,
dia anak beranak sudah pernah 2-3 kali pi.

patutlah dapat penginapan bahagian puncak gunung... di desa ni...

sampai jak..aku duduk sat dekat luar.
datang 2 lelaki penjual baju dan keperluan di tempat sejuk, snow cap, glove dan penjual bakso.

ni gambar hari keesokannya...

kalau kampung tu muslim, aku tidak segan melantak bakso...
tapi sebab kampung tu, majoriti hindu...aku perati jak pacik tu kepayahan menjinjit dapur baksonya.

baguslah, berusaha juga dia dapatkan custumor...
maaf ya pacik...


lepas masukkan barang dalam bilik.
kami dapat bilik belakang...
mungkin sebab bawa anak, kami dapat belakang...
atau sebab kami dikira pasangan muda belia kot...LOL.

pacik pacik yang berusia dan isteri dapat bilik bahagian depan.
bilik air ada 2...

cepat-cepat solat Jamak Asar.
SS masih semangat bergossip dengan kawan-kawan dia.
aku nak baring-baring sambil sejuk..
tapi macam rugii saja...

lepas kemas-kemas barang, dan ubah katil

keluarlah...

rupanya SS tadi sedang bernego dengan penjual beli lah dia 2 glove untuk budak ni.
kalau aku..memang kirim salam..
mungkin dia protective kan...

dia gi solat,
kami keluar..hahah
merasmikan glove yang dibeli tadi...tepi rumah penuh tanam sayuran...dia macam daun bawang...apa ntah kartun makan tu...selalu letak dalam sup


Fath dah seronok ..lama sangat kan duduk dalam van tadi.

lepas main sekejap tepi rumah tu..

keluarlah ke bahagian atas sikit.



tidak ada peluang bergambar single ok...hahah ..
anak nak ikott...kan dah kena tinggal 3 hari

dekat belakang tu menuruni bukit....tapi kami tidak kesana...kami ke kiri

seronok amat ni..

masuk kiri...nampak gunung Pesuruan...ni tahu pun, sebab ada dua belia dari Palembang gitau...

siap offer ambikkan gambar kami


memang tempat kami ni di puncak...boleh nampak awan tu lalu lalang..haha

penat ajak Fath ni peace...macam-macam aksi dia

Tinggalah abi dan Waafa peace tanpa jemu :)


lepas round kampung situ...tengok-tengok jak...haha..sambil merasa sejuk original

malas nak berpenat lelah...sebab fikir esok kena guna tenaga nak mendaki gunung...

singgah kedai,
beli sabun mandi..haha

nak beli roti...Rp5000 satu....insaf tengok harga.
orang kampung mungkin lagi lah...
mahal juga barangan diorang ni..

kita yang Rp3= RM1 pun terasa mahal...

beranikan diri naik atas ni...
sekolah dan macam taska saja...

tapi petang begini...dah tutuplah rasanya.

naik atas...

kagummm..diorang tarah tanah...dapat buat rumah..buat sekolah ni...


nampak kudaaaaa.

lepas jalan-jalan petang,
barulah boleh rileks kat bilik.
tunggu maghrib.
best juga solat jamak di awal waktu...
banyak masa jadinya...


bersambung....
kemas barangan...nampak cenderahati SS dapat dari Bogor...lawa jak...dalam ni baju T jak...tapi kain dia sedap...kotak ni kena buanglah..sebab nak fitkan barangan dalam beg.

13 January 2016

diary calender 2016 free print

untuk yang mencari diary boleh print sendiri..boleh buat memacam hias dan gunakan kertas best..

meh ke web ni...BANYAK PILIHAN


TERIMA KASIH

10 January 2016

sebelum dan bertolak ke Surabaya



sehari sebelum ke Surabaya, hantar Nurul &Ira balik Serdang.
jalan kaki sahaja dari rumah ke Hentian bas.
jauh juga,
pula tengah hari.

pi jugalah, kalau tunggu redup, petang pula..nanti berebut dengan orang balik kerja.

jalan kaki tengah hari. masing-masing bawa payung.
mula-mula Waafa jalan kaki, tapi asyik serong jak jalan,
kita masukkan dalam baby carrier.

singgah beli kuih.

sampai hentian bas,
bas ke KL katanya tiada..ramai menunggu sejak tadi
sejam jugalah menunggu.
pukul 6 begitu barulah ada bas.

sampai dekat stesen dah nak meghrib.
solat di surau.
memang terbayang dah, kena stay lah rumah santi kalau begini..lambat sangatt.
cadangannya cuma hantar Nurul ke KTM, atau gi sekejap jumpa Amanda tu dan balik...

ndakpalah
dan naiklah keretapi




happy sebab tidak ramai orang.

lalu KL Sentral, makin ramai orang naik.
tadinya ambil 3 kerusi, kini kita guna 1 1/2 sahaja.

sekali turun Serdang, baby carrier tertinggal.
huhu.
rasa mau nangis.
lalainya diriku yang hina ini..

biasa turun akan tengok-tengok kalau ada barang tinggal.
kali ini tidak,


sob-sob-syobbbbb.*tarik mukuss sekali

naik bas ke rumah santi,
singgah beli barang untuk dinner malam.
masak. makan. tido.
bunyi macam mudah...tapi budak 2 ni mana mau tidur.
Ira kasi tengok apa ntah cerita kartun.
boleh...sensorang Fath tengok..yang lain ketiduran.

Itupun Ira sendiri jaga dan off laptop.
umy kasi chance Fath..

....

esok pagi, nak balik awal.
sekali hujan. Tunggu-tunggu...macam hujan tidak stop ni..

kita harung sajalah...
sebab bawa payung... Fath Waafa ni, senanglah ada payung.
tapi aku pula tiada payung.
pinjam payung Santi.

ke bus stop tunggu bas.
#sediakan kepeluan wajib anak-pampes, kasut yang ringan (tiada masalah dengan air). 

lepas tu singgah beli pampes dan selipar untuk Waafa, ble pulak yang selipar Waafa semalam jatuh masa jalan kaki tu......semua buat stok ke Surabaya.
masa tu juga Fath nak kencing.
addeh.

jalan la cari kedai mamak.
sambil dukung Fath, bawa pampes, bawa beg pegang Fath..
penuh tangan.
kalau Waafa boleh sangkut di telinga, aku sangkut jak.
letih mengendong.

mamak tu kasi juga pakai bilik air.

lepas semua selesai...

ke kaunter beli tiket, tanya staf KTM kalau boleh dapatkan barang tertinggal...staf macam tak tahu...
huhu la kita..

singgah KL Sentral, sebab nak try cari lost and found..kot boleh dapatkan baby carrier yang tertinggal kelmarin.
dan nak beli beg luggage juga.
selipar untuk Waafa sekali.

pi kaunter, kaunter suruh pi pejabat dekat surau KL Sentral.
staff di pejabat kira membantu, siap call ktm Seremban or KTM sg Gadong...apa ntah nama hentian terakhir tu.

tapi, tak tiadalah kan...
anggaplah orang ambil, orang yang lebih memerlukan.

kecewa juga, sebab perlu pakai ke Surabaya nya pun...
naik gunung Bromo lagi...

huhu..huhu..rasa careless yang melampau, mau marah dekat diri...marahhh.
tapi marah pun dapat apa kan...baik

istighfar...

anggap rezeki untuk orang lebih memerlukan.
sekarang dah ok.
insyaAllah kita beli yang original nanti..sempat kita pujuk diri begini..
hahah.


pi ambil duit ATM untuk beli beg dan selipar.
sambil tunggu turn di depan ATM yang panjang beratur tu
budak dua ni, boleh bersilat..siap baring-baring dekat lantai..
biarkan jaklah.
sampai Fath over..
dia apa ntah buat, sampai Waafa nangis...
barulah ambil Waafa.


siap urusan,

cari-cari kedai...jauh juga menapak dalam situ

non hado.

tangan dah letih dukung Waafa.

baru terfikir, kan ada kedai booth dekat tingkat atas.

terus naik tangga bergerak.

syukur dapat saiz Waafa, tadi jumpa gak..tapi saiz abam.. Harga pula RM20..yang ni RM10.

dah beli, Fath pula nak sama...

beli lah juga...melayang RM20. Tapi senyum sebab, kalau tadi mungkin dapat 1, tapi kali ini dapat 2.

ada gak jual beg.
cuma jenis plastik tu..
yang jenis kain, roda pula 2 sahaja.

hemmm.
fikir-fikir...

nantilah singgah Sogo.

selepas solat zohor naiklah KTM.

sekali nyesal, sebab dekat Sogo yang jenis roda 4 . kain tidak tebal macam SS punya. Harga mahal sikit.

kecewa sungguh.

tak beli, nak pakai sangat.

beli...mahal.

beli la juga, tayar 2 sahaja. Tapi kain ok sikit dari pilihan fisrt. yang first tu jenis besar...rasanya saiz 21cm kot.

bila fikir balik sekarang,
rasa baik beli yang first.

dilema betul.

hahah.

balik, berpeluh-peluh ok ke Sogo dengan dua budak ni. Syukurlah tiada drama air mata.

nak beli tiket KTM balik tu, barulah Waafa tunjuk kuasa ngantuknya.

huhu.

syukurlah.

Fath masih sihat..sebab seronok main dari KL Sentral, Sogo...seronok dia usik barang.


sampai KTM SB, hujan lagi..nak bawa beg..nak kejar bas.

naik tangga jejantas, bas pun jalan....

kecewa lagi...

menunggulah bas seterusnya.

masalahnya bas next ni, mesti ramai penumpang...sebab orang balik kerja kan...

dapat duduk bas...rasa syukur amat.
letih tadi hilang.
Walaupun Fath ngantuk, tapi dia behave jak..cuma sesekali kaki dia terkena kaki orang sebelah..
orang sebelah lelaki pakaian formal...40-an kot.
huhu.

ada orang offer kerusi, tapi Fath tak nak duduk sorang situ.
orang sebelah pula buat takda perasaan. Sibuk dengan hp. Mungkin nilah masa nak belek hp, tadi kerja kan..

maka bersempitlah.
bas pun macam sardin sudah.

sampailah depan tu kosong. Nak duduk depan tu. Fath nangis..
barulah pacik sebelah tu nak pindah.

syukur alhamdulillah.

dua kerusi,
Fath pun boleh tidur aman.

sampai hentian, ada teksi.
alahai Proton Saga la.
naik jaklah, mau maghrib kan.

hujan masih lagi.

bila selamat sampai rumah. Syukur teramat...

fikir nak kemas barang.
baru wassap SS.
SS pun risau, aku ceritakanlah camana semua.
Dia pun tengah huhu kat Bogor sana, sebab nak ke Bandung cari hotel semua penuh.
alhamdulillah ada juga orang keluar hotel. Adalah bilik kosong untuk dia..hotel mahal tuuu...bila lagi nak merasa kan...

suruh dia kejutkan pagi nanti.
kemas barang dah selesai.
Gigi pula rasa ngilu.
risau juga sakit gigi nanti.
sekali rupanya ada sisi makanan dekat gigi tu.hemmm

bila keluarkan...terus reda
lega
syukur lagi, maha suci Allah yang banyak memudahkan urusan.



...
anak ni pula cergas...
kita nak tidur, sebab esok kena bangun awal.
#tidur awal

pukul 1.30 begitu.
tidur.
kunci alarm.
rupanya setting bunyi slow #setting Volume Alarm Lounder

ntah camana jam tu, sedar-sedar dah patah. Dahlah jam kesayangan SS...sabar jaklah...

kena kumpul pukul 3.30pagi.
sekali pukul 3.45 ketua call.

addeh. kalam kabutlah bangkit.
pakai baju dan kejutkan anak.
dalam 4.00 dah kunci semua pintu dan pagar.

Waafa berdukung,
Tarik beg,
Fath masih mengantuk.
tapi masih ok. Tidak nangis.

Orang dah berkumpul.
Tinggal kita jak ni abam...

Fath mula nangis. Tidur terganggu kan.
mungkin sebab tengok ramai orang atau apa kan...

tunggu-tunggu. #kawal Emosi Sendiri Bila Anak Nangis-Pujuk,hug,sapu belakang

Rupanya tunggu 1 kereta.
itulah penyelamat.
kira kita tidak terlalu lambatlah..

bila dah cukup.
pembahagian orang.
Perempuan naik van,
lelaki naik Velfire.

bila naik bas, Fath masih nangis.
Tapi bila dapat tido di kerusi...aman sikit.

sampai ke KLIA 2, orang kata terus chek in.
cari kaunter untuk orang bawa anak...non hado.

pi lah berbaris,
group kata, tak payah baris.sebab dah chek in online.

maka singgah beli roti dan air sebelum masuk dalam.
ada coklat, ingat promosi..
rupanya tak...
nangis Fath nak coklat tuuu.

kita simpan...
nanti beli.

bila dah masuk...kena jalan kaki...
bawa Fath, bawa beg..

kawan-kawan abi banyak bantu bawakan beg.
segan juga.

tapi diorang nak bantu kan.

masuk dalam...orang singgah solat Subuh. #solat dalam kawasan Pelepasan
Fath dan ok. sebab makan roti dan susu kotak. #sediakan makanan yang disukai,sihat, mengenyangkan

teruskan jalan.


gembira budak dua ni..Passport pun masing-masing nak pegang. #awasi Passport Sentiasa

Orang lain tegur, suruh simpan passport.
tapi aku faham sangat diorang ni,
takkan mahu punya.

pelan-pelan kita cakap.
Fath Waafa passport umy pegang ya...nanti dah di chek, abam boleh pegang.

#pilih duduk di prioty seat. Dapat masuk awal sikit katanya...
padahal bila beratur...semua nak di depan...

bolehlah...antara awal masuk pesawat..


dapat kerusi jauh-jauh..2 disini..1 disana...terus minta ubah...orang sebelah. Rezeki  dapat tidak cerewet.



dalam perjalanan, order dua nasi lemak...dan air mineral..RM16 satu set kombo.
bagi Fath makan,
umy kongsi dengan Waafa.

tapi Waafa sudah tidur.

#kalau lapar, beli sahaja, jangan fikir lama

cantik jak view dari udara...sebab padi tu lah...



aku tunggu kalau borang pengesahan imigresen dibagi...non hado.
turun dari kapal dan masuk imigrasi baru semua kalam kabut isi borang pengesahan

#Air Asia, kena sediakan borang tu..biar boleh diisi time dalam flight.

jauh juga jalan kaki...keluar dari airport.
keluar-keluar...
tengok ramai orang menanti kesayangan masing-masing. Normal la begitu kalau di airport.

cari SS.
eh...abi usha-usha Abam la..
abam tidak perasan.

rindu la tu...3 hari kena tinggal.

lepas tu....Waafa kata dia poo poo. #chek pampes anak dulu
bawalah ke tandas yang jauh tu.
sekali bila buka pampes, dia kencing saja....laaa

Fath pakai pampes juga...
lepas Waafa, Fath pula...
rezeki abi lah.

tunggu bas dekat luar memang panas.
bahagian dalam sejuk sikit..ada aircond
tapi mau masuk kena scan barang semua...

mungkin banyak kes bom-bom kot...

jadi menunggulah di luar..

tunggu mini bas, dan kereta MPV Toyota  tu lah..

kami naik mini bas...dapat 2 seat.


bersambung....