06 July 2014

HOW to try the best parents


*(walaupun anak kena hantar dekat pengasuh/taska).

1. Selepas hantar..gi jumpa pengasuh salam dan gitau "kami sangat berterima kasih kerana menjaga anak kami".
- hubungan yang baik (walaupun tidak rapat) dengan pengasuh adalah satu bonus.

2. Selepas hantar ke tempat kerja. Sampai tempat kerja, Hubungi pengasuh dan bertanya apa yang anak kita sedang lakukan.
-"ooh anak kakak sedang milk..sedang main".

3. Sebelum lunch..call/sms pengasuh lagi. Tanya anak kita sedang buat apa.
- mungkin tengah menangis..atau tengah tido.

4. Hampir nak balik, call/sms lagi.

hoiiii.. berapa kali mau call/sms segala ni??.

amboii..cantek muka hang, aku cuci taik anak hang..anak hang melalakkkk...menjerit..pukul-pukul..semua aku jaga..
hang sedap jak lepas tangan ya. Ingat dengan duit hang bayaq tu cukup ??. Janganlah.. Nanti ada apa-apa baru nak menyiasat ala-ala FBI. Baru sibuk nak call/sms

...................................

Ini pengalaman sepajang aku jadi pengasuh dekat 2 ketul anak soleh-solehah ni. Pak Shukri lah tu yang asik call/tanya. Mula-mula panas juga..sebok jak kan..
lama-lama kelamaan baru terasa akan pentingnya.

dan..
ini pensyarah saya pesan. Katanya anaknya masa duduk di nursery di UK dulu, pengasuh tu tiap hari akan call dan gitau apa-apa tentang anaknya. Contoh: anak yang baru nak bertatih, tetiba berjalan dan mengekek. (nampak kecil tapi besar ya maknanya).
anak yang biasa minum setengah botol, tetiba minum sebotol pun dikasi lapor!

Saya tahu, ramai bercita-cita mulia ingin mengasuh anak sendiri. Namun..kita tau sama ada tanggungjawab, kekangan kewangan, dll perlu diambil kira. Paling penting ramai lagi memerlukan khidmat kita.

Tiada jaminan anak yang kita besarkan dengan tenaga kita itu lebih terbaik perkembangannya. Untuk kepuasan itu memang lah!.
Mungkin juga..kita ibu bapa yang kurang sempurna untuk mendidik anak sendiri. Mungkin.

Dan..sesekali tiada salahnya berikan reward kepada pengasuh yang mengasuh anak kita. Bukan senang mengasuh ni.. apatah lagi mendidik kanak-kanak bawa 4 tahun ni.

akhir sekali, meh lah kita mendoakan keterbaikan anak kita dengan menyebut nama penuh dan orang--orang yang banyak membantu kita dalam proses pendidikan anak-anak di luar sana.

Ikhlas penuh bakul..
MAJITA..ibu yang sering tertewas 

peace!


(gambar hiasang: abam Muhaymen Fath semasa 6 bulan, comel bak ang)