itu ialah manusia.
yang kemahuannya melebih-lebih.
keinginannya bertindan-tindan.
sangat suka diberi perhatian.
sangat bahagia dibelai manja.
itu ialah manusia,
yang selalu bersungguh-sungguh jika inginkan sesuatu,
bila beroleh lupa kepada siapa yang memberikan hasilnya.
itu ialah manusia,
yang suka melontar apa yang difikirkan,
tanpa peduli hati dan nurani orang lain,
'aku bukan hipokrit,ingin terasa itu masalah kau'.
itu ialah manusia,
yang baginya, dirinya itulah utama,
hanya dirinya yang kisah tentang dirinya,
kerana orang lain tiada masa untuk dirinya,
"ada mereka kisah tentang aku?".
itu ialah manusia,
yang hidupnya untuk kerja,
kerjanya untuk memenuhkan hidupnya,
hidupnya tidak berlalu tanpa kerja,
baginya setiap detik ialah ketulan emas yang berkilau.
itu ialah manusia,
yang suka menunding jari ke sana sini,
menyembunyikan karatnya dijari telunjuk,
"lihatlah dia..asyik begini,asyik begitu..".
itulah manusia yang sering berkata-kata,
bermacam kata yang dicipta,
kerana kata itu lahir bibir yang bisu,
tetapi halkum yang aktif.
berhentilah menjadi manusia,
kalau inginkan semua ini tiada dalam manusia.
ah pintu mati sudah dekat.
tinggal menunggu-nunggu bila masa aku pulak menceritakn aibku dihadapan Khaliq.
aku juga manusia.