Saya melihat begitu semangat anak-anak muda. Ketemu 'mereka-mereka' si pemimpin ummat Malaysia.
Syabas!!.
InsyaAllah ada doa-doa sentiasa mengiringi.
Walaupun hakikatnya ramai kaki dan tangan melonjak mahu menyorak bersama.
Sesiapa saja bebas memberikan komentar terhadap apa jua pilihan kita.
Namun, kita juga bebas melakukan apa sahaja yang terbaik untuk diri kita..paling kurang.
dan..paling penting untuk ummat sejagat.
..err..maksudnya sebagai golongan yang terpelajar..'mahasiswa' seharusnya bebas menjadi jurucakap masyarakat yang selalu dikurung oleh persepsi 'pemimpin itu tidak harus dilawan'..
...........................
Saya kagum. Respect. Melihat keadaan di Semananjung. Kemudian membandingkan dengan situasi di Borneo.
Ahh..Borneo akan kalah. Dari aspek penerimaan maklumat. Tetapi kemajuan akal berfikir tidak kurang hebatnya di bumi Boneo.
Walau kelihatan ketinggalan jauh kebelakang. Namun, saya bangga melihat.
Pakcik-pakcik dari pelbagai suku duduk semeja berbual. Saling berbantu-bantu.
Ini situasi yang tidak berlaku di bumi semenanjung.
Jarang ada situasi Melayu, Cina, India duduk semeja makan bersama.
Adapun hanya di TV. Yang banyaknya hanyalah harapan pemimpin yang kadang-kadang diluar pemikiran.
..........................................
Melihat situasi di bumi ini.
Perbezaan lagi ketara.
Pembangunannya janganlah dipersoalkan lagi.
Kita masih melihat kereta kuda, beca di sekitar jalanan.
Namun,
akal para mahasiswanya. Masya Allah!.
Ketika peruman rakyat ingin diruntuhkan. Beribu turun membantai dan membantah.
Ketika Ujian Nasiaonal sedang mula menjadi dasar pendidikan ( saya fikir ia seperti PMR, SPM, STPM) beribu pelajar-pelajar sekolah bangkit dan bangun membantah menuju ke pejabat agung pendidikan.
Saya tidak kata cara mereka itu yang terbaik. Cuma berfikir seperti orang-orang biasa berfikir.
Saya membayangkan adik saya yang sedang memakai uniform berhamburan di jalan raya. Apalah agaknya kata ibu bapa saya?
Ataupun jiran-jiran saya.
selamat berfikir untuk sekarang..dan masa akan datang...............................................................