31 December 2009

gitaris muslimah

salam.

Dia. Sangat sukakan lagu.
Lantaklah dari aliran mana. Tradisional, Slow Rock, Hip Hop dan yang dinamakan muzik.

Lagi-lagi, bila lirik lagu tu menyentuh, menampar, menendang hati dan sanubari.
Tapi, kalau ada penyanyi lagu tu baik-baik dan sopan-sopan..lagilah bertambah semangat orang-orang untuk menyanyikan semula lagunya..hehe.

Tapi, macam di Malaysia ini. Berapa ketul penyanyi, penerbit, komposer yang tergolong dalam situ.

Ahh..
Masalah sangat kah ni..?

hasil mengoogle ( sekadar gambar hiasan)




........................................
dedikasi untuk mama,ibu-ibu, dan sesiapa yang terasa gan lagu ni.



Permata (Untuk Isteri Ku)

by; Kopratasa


Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku





13 December 2009

hidup bertuhan

Semasa pemimpin hebat di penjara. Dijauhkan dari melakukan aktiviti sebagai pemimpin. Mereka masih aktif. Menulis dalam suasana sungguh menekan. Lihat sahaja, Abu Al'a Al Maududi..Tokoh-tokoh perjuangan yang sangat menggerunkan. Menghasilkan karya-karya yang hebat walau dikurung di dalam jeriji besi.

Ketika, kita sedang dalam kesibukan. Kita mula melupakan pelbagai hal. Sedangkan kita rupanya sedang elok-elok diperhatikan oleh beberapa generasi.

Ketika, tangan sedang leka menulis. Rupa2nya pelbagai perkara yang ingin ditulis.

...............................

Meninggalkan banyak hal yang berat bukanlah sesuatu yang baik. Meninggalkan manusia bercakaran mengenai adat-adat yang selayaknya langsung tidak tersenarai dalam bid'ah yang maa'ruf.

Mereka sedang menyambut hari ke-40 si mati. Tetapi seolah-olah sedang berpesta menyambut bakal menantu.

Saya memikirkan, kalau yang bergelar si mati adalah saya. Ia adalah kekecewaan yang teramat.

Perlukan si keluarga si mati bercakaran mempertahankan adat-adat yang jauh lapuk. Malah mungkin menghampiri syirik. Nauzubillah!.


dinding mangsa vandalisme


susah sekali meninggalakan adat nenek moyang.

Jauh lagi kesukaran Rasulullah, ketika berhadapan kaum Jahiliyyah...

Selawat dan salam ke atas Junjungan besar...Rasulullah SAW..

..........................................................................




mungkin haiwan ini sedang memandang dengan marah..(sekadar gambar hiasan)

12 December 2009

mau juga

salam satu akidah.

Saya melihat begitu semangat anak-anak muda. Ketemu 'mereka-mereka' si pemimpin ummat Malaysia.
Syabas!!.
InsyaAllah ada doa-doa sentiasa mengiringi.
Walaupun hakikatnya ramai kaki dan tangan melonjak mahu menyorak bersama.

Sesiapa saja bebas memberikan komentar terhadap apa jua pilihan kita.
Namun, kita juga bebas melakukan apa sahaja yang terbaik untuk diri kita..paling kurang.
dan..paling penting untuk ummat sejagat.
..err..maksudnya sebagai golongan yang terpelajar..'mahasiswa' seharusnya bebas menjadi jurucakap masyarakat yang selalu dikurung oleh persepsi 'pemimpin itu tidak harus dilawan'..


...........................

Saya kagum. Respect. Melihat keadaan di Semananjung. Kemudian membandingkan dengan situasi di Borneo.
Ahh..Borneo akan kalah. Dari aspek penerimaan maklumat. Tetapi kemajuan akal berfikir tidak kurang hebatnya di bumi Boneo.

Walau kelihatan ketinggalan jauh kebelakang. Namun, saya bangga melihat.
Pakcik-pakcik dari pelbagai suku duduk semeja berbual. Saling berbantu-bantu.
Ini situasi yang tidak berlaku di bumi semenanjung.

Jarang ada situasi Melayu, Cina, India duduk semeja makan bersama.
Adapun hanya di TV. Yang banyaknya hanyalah harapan pemimpin yang kadang-kadang diluar pemikiran.

..........................................

Melihat situasi di bumi ini.
Perbezaan lagi ketara.
Pembangunannya janganlah dipersoalkan lagi.
Kita masih melihat kereta kuda, beca di sekitar jalanan.

Namun,
akal para mahasiswanya. Masya Allah!.
Ketika peruman rakyat ingin diruntuhkan. Beribu turun membantai dan membantah.

Ketika Ujian Nasiaonal sedang mula menjadi dasar pendidikan ( saya fikir ia seperti PMR, SPM, STPM) beribu pelajar-pelajar sekolah bangkit dan bangun membantah menuju ke pejabat agung pendidikan.

Saya tidak kata cara mereka itu yang terbaik. Cuma berfikir seperti orang-orang biasa berfikir.

Saya membayangkan adik saya yang sedang memakai uniform berhamburan di jalan raya. Apalah agaknya kata ibu bapa saya?

Ataupun jiran-jiran saya.

selamat berfikir untuk sekarang..dan masa akan datang






...............................................................





sangat suka suasana ini..petang yang nyaman







seronok menangkap ayam..memerlukan tenaga yang kuat!



mana-mana sandar..

11 December 2009

salam satu akidah

ketika ini. suasana petang seoalah-olah memberikan tazkirah mengenai ukhawah yang perlu dibina.
Saya bersama seorang gadis sunti berkunjung ke warnet ( warung internet) untuk tujuan pelbagai. Termasuk menukar minyak hitam motor.

kui...wang bernilai Rp50,000 telah tercicir. Aduhai, wang itu pemberian tante.









to be continue..

05 December 2009

bandar koboi

apabila dua kepentingan bertembung,
berusaha mencari mudarat yang kurang..





















all pic kredit by: kemera masuli

....................
nota I: adakalanya Tarbiyyah di'sana' memerlukan perubahan 360' perubahan untuk di 'sini'.

04 December 2009

selamat

beberapa panggilan telefon. mematikan idea dan cuba menyimpangkan nilai-nilai tarbiyah yang sedang hangat cuba dibina.

"selamat belajar untuk kamu-kamu yang sedang takut dengan denda-denda tamrin itu..".
moga ketakutan kita hanya kerana dan hanya untuk Allah.

"selamat berkerja untuk kamu-kamu yang sedan sibuk mencatur corak dan perjalanan program"
moga setiap titis rasa yang terzahir dan terpendam akan tersusun di buku pelaburan Akhirat.

maapkan saya.

Tiada ayat yang terbaik untuk menceritakan situasi saya yang 'remeh'.

salam penuh kasih untuk kamu-kamu yang sedang 'pening dan sayu' menyedarkan masyarakat yang sudah masyuk dengan perang-perang yang di atur oleh musuh-musuh Islam.

Yang berdebar-debar ke parlimen.
Yang berdebar-debar ke kaunter pertanyaan agensi kerajaan.
Yang berdebar-debar ke pelosok kampung dan ceruk bumi Tuhan untuk tugasan seorang hambaNya.
yang berdebar-debar ke mana-mana sahaja..kerana segan Allah sedang memerhati.