17 September 2009

haus rupanya..

"sokong Hari Purple"

ku katakan. pilihanku untuk terus di kg. ini.Paling tidak di negeri ini.


Mereka ketawaki berguling-guling.



"Sejak bila kau pandai berjiwang??".
Aku hanya diam.


Tiada jawapan yang pasti mengenai ini. Mungkin tujuan ayat tidak sampai.


Kawasan ini sangat haus kali'.



Sejak kecil. Tarbiyyahku meletakkan solat Subuh berpasangan dengan Isyak.



...........................................

"Dan jika gagal untuk bangun sahur. Mungkin sekaligus gagal dalam solat Subuh.



Seterusnya akan menjadi penonton semasa solat Isyak. Walaupun ketika itu dudukmu di masjid."





pendek cerita. Jika tidak solat Subuh=tidak akan solat Isyak.



ini budaya sejak aku belum memijak sekolah lagi.





..........................

"aku bukan berjiwang".



terlalu payah untuk menerangkan kepada orang luar yang tidak mengerti.









............

nota i:

pilihan= bermaksud universal

14 September 2009

Singgah sahur..

~tribute perjalanan sepi di bulan Rahmat~


Walaupun terlepas peluang ke Konvensyen Pendokong Mahasiswa,
terlepas ke perjumpaan mahasiswa seBorneo..

namun, alhmdulillah masih berpeluang ke menikmati nilai hebat perjalanan dari tanah Melayu.
Amat jarang peluang ini datang.

Perjalanan dari KL singgah di Bangi.
Cuba menembusi kolej Za'ba yang dikawal rapi...(iyer?)
ku katakan, inilah antara kaedah persediaan untuk merumitkan PRK nanti.
mereka diam terjela.

Nawaitunya mahu bersahur.
Mencari kafe mewah di kolej itu.

Malangnya malas bersoal jawab dengan pengawal bertugas...(muka sedih)

melalut diri menyinggahkan diri ke kolej Dato'.

Melantak Nasi goreng Cina.
Dalam masa kurang 5 minit piring habis licin.

Hebat.

Memang betul-betul singgah sahur.


.............
nota I:
sesekali berkelana dengan anggota jiran sekampung, bahagia juga kan. Walaupun hanya menunjuk jalan.


Kadang kita terlupa. Ada manusai perlukan perkongsian. Walau hanya untuk mendengar.

12 September 2009

rehat awai..





"Selamat Meneruskan amalan....
.... di Bulan Mulia, Ramadhan Kareem"









11 September 2009

tulis-tulis

Aku duduk di tepi batu besar.
Memerhatikan sawah di kawasan gunung.
Keadaan para petani membina aliran air.
Suasana sawah menghijau.

'sayang..kamera kehabisan rol'.

Angin petang memang sepoi.
Gigi yang ngilu, bertambah umphnya.
Sakit.

Seorang budak lelaki bertanya.Uppi.

"apa dipugau' tu'(buat apa tu?)?".

Tidak berjawab. Ngilu terlampau.
Namun memberi senyuman.

Uppi cepat-cepat berlalu.
Mungkin mengejar 'sahabat-sahabatnya' yang bermain panjat-panjat busut.
Ada 4 orang kanak-kanak.
Seorang perempuan. 3 lelaki.
Berumur 3 hingga 5 tahun.
Terlalu riang.
Ketawa berdekah-dekah walau berkali jatuh terguling-guling.

Ah. Sakit lagi.
'ajak suaramu beristighfar sayang'.
Aku berjiwang dengan diri sendiri.

"Astagfirhalazim. Lailahaillaullah. Allah.". Sedikit sengau fon yang meletus.

Sakit sekali!.
zikir diulang. Membentuk satu nada yang memujuk.


.
betul-betul gambar hiasan (by; maje)


"wei...ingatkan siapa tu?"
. Acci. Sepupuku menjerit. Dia baru balik dari bermain bola tampar. Permainan harian orang-orang dikampung ini. Berseluar hawai paras lutut.

Senyum. Acci mendekat.
"ingatkan cowok ya...?". Cis!

Menggeleng.
"ingat mati Acci...kapan-kapan kita akan mati".
Acci diam. Dia bergegas naik ke rumah.

.................................................................
Sakit sudah reda. "eh...anak manis...koknya sedang mikirin...?(sedang berfikir?)". Paman Ali. Bapa kepada Acci.
Dia mendekat dan duduk disebelah.

Aku senyum. Paman juga senyum. Cantik dan putih susunan giginya.

"mikirin apa tu anak manis?". Paman melunjurkan kaki.

"tiada apa paman...saja layan blues". Sengih.

betul-betul gambar hiasan (by; maje)


Aku memerhatikan kaki paman. Kaki kirinya sudah pendek. Dipotong hingga ke lutut ketika tercedera.

Kami bercerita. Bercerita mengenai kerjayanya. Seorang usahawan.

Aku cuba bertanya mengenai kakinya. Segan mematikan mukaddimah soalanku.

'kenapa dia tidak memakai kaki palsu?'.

Hanya bertongkat.

.......................................................................

Dia bertanya mengenai kehidupanku. Pengajianku.

"kira-kira...mahu sambung lagi kuliahnya selepas ini...?". Paman bertanya sambil mengurut kepala lutut kirinya.

Aku mengangguk.

"asal paman mahu biayai ongkosnya...". Ini guruanku. Paman ini baru ku kenal 2 hari yang lalu semasa menatang segelas besar air bandung di pasar Pare-Pare. Sambil melantak semangkuk coto makassar.
Ketika itu mereka sekeluarga melawat Acci di UNHAS. Sebelum singgah bercuti di kampung ini. Kampung dipergunungan.

"iya??...bisa aja...asal mahu belajar.". Pamanku tersengih-sengih.

"kok mahu kemana?...ke Amerika..ke Australia...atau mahu ke Jepang (jepun)..?". Aku agak ini hanya omong kosong pamanku.
"kok...insyaAllah betul kepingin mahu ke negara matahari terbit itu...".
Aku menjawab sambil tersengih-sengih. Gila. Aku bercakap dengan orang lebih berusia bukan kawan-kawan.
"iya...?insyaAllah bisa aja...selesai pengajiannya trus telpon aja...paman berjanji...".

Terkesima.

...............................................

Matahari semakin tenggelam.

"paman...saya bergurau sahaja..".

Paman senyum.

"iya..paman berjanji mahu membantu...ibumu itu adik paman...". Paman membetulkan kedudukan. Bersedia untuk berdiri.

"sebentar lagi kita akan berbuka...". Aku bingkas bangun. Dia angguk.

"nanti kita ke masjid...solat Tarawih...mana tahu Lailatulqadar malam ini..". Aku cuba membantu paman berdiri. Dia menolak.

"paman baru ingin mencoba terawih..". Dia sudah berdiri.

"maksud paman...?"

"selama ini..paman tidak berkesempatan...hatta solat harian pun kadang tertinggal".

Aku tahu. Paman berjaya dalam kerjaya. Cuma belum berjaya dalam bab ketuhanan.
Ish. Inilah masanya aku harus menegur.
"paman tahu....Allah sangat suka orang kaya yang baik hati dan rajin beribadat..". Kerongkong kosong berhenti sekejap.

"...berbanding seperti saya yang miskin, walaupun rajin beribadat...".

Pamanku memandangku dengan senyuman.

"kok gitu...Allah suka hambaNya yang rajin beribadat..?"

"iya...tapi Allah lagi suka hambaNya yang hartawan dan beriman kepadaNya..".


...................................................................................




Kami senyum melangkah serentak.












..............................................
nota I;
tulisan ini cuba memberikan wataknya betul. Jalan ceritanya hanya pandangan peribadi

09 September 2009

Rindu-rinduan Ramadhan..

Seorang kakak yang baik menginterbiu seorang adik. Sakina.

Kakak: (nada baik-baik dan lemah lembut)adik ...yang mana best...lagu Raya atau lagu Agnes Monica?

Adik: Lagu pasal Malaikat!!

Kakak diam. Aik.

Kakak: ok...mana best Raya tau Ramadhan..?

Adik: Puasalah...sebab..lama 1 bulan...raya sekajap jak.

Kakak: 'hehe....pintar adikku...' (sambil menarik rambut adik yang panjang)


06 September 2009

Wake Me Up When Saptember...

.....(Ramadhan 09')



by; saddan


"sakitttt...".

Seorang aunty. Berumur 40-an. Belum berkahwin.

"sabar nak...". Si ibu tua memberi nilai tambah 'sakit'.

"ingat Allah Nur....selawat...istighfar banyak-banyak". Si kakak memberi peransang. Mungkin Cabaran.

by; Saddan



tidak mungkin aunty itu dapat bersabar.


"Sakittt...".


Aunty itu merintih lagi. Memegang perutnya. Pelawat yang bersimpul siur di sekeliling bagai tidak wujud. Malu?. Sudah terjual dengan harga SAKIT yang ditanggung.

"sakitttt....". Rintihannya semakin perlahan. Cucukan jarum pelali doktor muda, meloyakan matanya. Masa untuk beranjak ke alam mimpi. Membiarkan roh merawang, berkelana.. mungkin menemui pakar sakit puan.

Air matanya yang menitis. Terus menitis. Membasahi jasad lembik itu.

...............................................................................................

Ada waktunya. Hanya dengan melihat. Tidak perlu merasa nilai sakit. Hidayah itu berlegar disekitar.

Menunggu insan-insan yang mencari nilai mata Hidayah. Hebatnya pencari tegar . Hingga hujung waktu kita menghirup gas O2 terus berusaha mencari.





"Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dan temukan aku dengan teman yang tinggi darjatnya"...(hadith bukhari muslim)



"Tidak ada seorang muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya, melainkan dihapuskan Allah Taa'la dosa-dosanyanye seperti pohon menggugurkan daunnya"( Hadith Muslim)




..........................................................................................

GREEN DAY
"Wake Me Up When September Ends"

by; Saddan

Summer has come and passed

The innocent can never lastwake me up when september ends
like my fathers come to pass

seven years has gone so fast

wake me up when september ends
here comes the rain again

falling from the starsdrenched in my pain again

becoming who we are
as my memory restsbut never forgets what I lost

wake me up when september ends
summer has come and passed

the innocent can never lastwake me up when september ends
ring out the bells again

like we did when spring beganwake me up when september ends
here comes the rain again

falling from the starsdrenched in my pain againbecoming who we are
as my memory restsbut never forgets what I lost

wake me up when september ends
Summer has come and passed

The innocent can never lastwake me up when september ends
like my father's come to pass

twenty years has gone so fast

wake me up when september ends

05 September 2009

muhasabah ngeh2..

Batu Tulung. Si penjaga Sungai Kinabatangan

Bayangan siuk terlampau apabila Usrah berlangsung di puncak batu ini (tahun 2004) . Nyaman dan enak.

Gayat?
Tetap ada...
berharap sejarah itu terukir lagi.




Saiz Daerah Kinabatangan= Negeri Pahang






Damai mungkin ada di lorong ini. ( Jalan ke kebun tua)






.............................................................

nota I;

update nilai hamba diri sendiri.

03 September 2009

bila masa pulak aku ni baik...???

.
Yang selalu melawan.

marah.

hentak kaki.

Gaduh.

Tidur sampai lupa buat keja.

Bagi cikgu naik radang. Cigulaki turr..

Main sampai lupa mana perlu buat.

Kedekut doit.





kucing ini, tidak pernah berdosa



Bukan senang halau semua tu.
Bertimbun lagi yang tersimpan di dalam rekod malaikat dibahu ini.



katakanlah;

"Dialah yang yang menciptakan kamu dan menjadikan bagi kamu pendengaran,penglihatan dan hati." ( Tetapi) amat sedikit kamu bersyukur. (Al-Mulk: 23)


~
huk..huk..huhu~

As-Shiddiq Abu Bakar r.a saja selalu gementar saat dipuji orang! "Ya ALLAH, jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau hukum aku karena ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidaktahuan mereka", ucapnya lirih.




...........................................................
nota I:
Bengkel Pengurusan Jenazah sedang diusahakan. InsyaAllah.