20 February 2009

Jatuh Hati ( part 1 )




siapa kata kelemahan kita dapat melawan?
penat bertanya,
merayu pandangan,

tapi..
semuanya tidak mampu memuaskan hati
mungkin betul..tiada siapa mampu memahami diri kita..melainkan kita dan Pencipta kita.




ego juga lunyai olehnya,
air mata mengalir bagai tiada lagi rasa malu,
tidak boleh tidak,
diri sudah tidak mampu,
tidak mampu menahan kelonglaian diri,


kalaulah diri boleh berbicara,
mungkin berbaris-baris kata digunakan,
tapi,
semuanya bisu,
telinga mula ditutup,
tidak mahu mendengar lagi,
risau diri tidak mampu terus hidup,
memang beginikah rasa jatuh?
sakit...
walau tiada luka,
walau tiada cedera,





asasnya diri sudah tiada dalam senarai,
makan tak kenyang,
mungkin kerana mulut turut longlai,
menjadi lembut,
menjadi malas,
lalu perut membalas dendam,
nah...sakitnya memelihara gastrik,

tidur nggak nyeyak,
kerutan di dahi mungkin menjadi penghalang,
kepala disini,otak disana,
bagai Apache yang bersepah setelah ditembak oleh petani Palestin,
tapi bohonglah kalau mandi tidak basah,
air bukan pernah kalah,
akan terus mengalir walau disekat,


lalu tangan mencari kekuatan dicelah-celah kelonglaian,
biaralah mulut berbohong,
senyuman plastik,
ketawa berlapik,
walau tangan mampu menipu,
tapi tidak pada mata,
sayu...
mata tidak akan memancar ceria,
mata tidak mampu diam,
mata terus segar disirami air,
air mata yang tidak pernah memahami kelonglaian tuannya...
.........................................




seteruk itukah namanya jatuh hati?

kalaulah takdirnya malaikat Izrail datang menghampiri?