04 September 2020

Cuti Merdeka 30082020

Umy tau Bulan Merdeka
Tapi tak fikir bila tu..
Sebab takda Rancangan mahu kemana mana pun.
Masa 1-2 jenis kerja abi bolehlah kita minta ke sana sini .
Ni dah kerja lebih Dari 3 jenis...
Rasa baik Kita duduk rumah,rehat toup tenaga sebelum kita hadap 2021 nanti...banyak Rancangan nak dibuat,bila Madia wean off Lepas masuk 2 tahun anak comel umy ni.
.
.
Abi dah pesan semalam sebelum dia pi meeting di setabak Seremban..
Umy dah kata pi lah mana mana.
Yang umy tau cuti 3 Hari ni takmau kemana mana. Nak breakfast kat gerai saja dan masak 1 kali sehari.
.
.
Masa abi pi, umy pun pesan anak anak kena tidur awal,esok ikut abi. Umy tak pi besok.
.
Abi gitulah, dia jenis...kena semua pi, baru dia gerak. Kalau tidak, tak payah kemana mana.
Eh...janji tu mau disimpan mana pula..
Janji dengan binik boleh tangguh atau hapus...tapi dengan anak anak, beringat sikit.
.
Jangan berjanji time happy. Pesanan orang alim ni.
.
Jangan buat keputusan time marah..eh.
.
Maka setelah tolak sana sini, iklan macam macam, abi kata baik pi kerja. I ok saja. Tapi anak anak cakap "Abi pi mana??".
Aik buat tanya kalian ya...padahal jelas masa kome semua tengok TV main game,ABI dah usung laptop tu...
sebab leka, sambil tengok tv..sambil ngomel.
.
Lastly ABI balik Dan ajak semua pi.
.
Dengan umy yang tekad tidak mau kemana mana. Rumah pun belum kemas ni.
Mandi pun belum....
.
Akhirnya, kemahuan anak adalah keutamaan.
Yang lain letak belakang.
.
Jam 1.30pm Lepas zohor, barulah kita gerak...
.
Naaaaa... rasain lho
Jarak 16KM, patut 30 minit paling lama boleh sampai...
Ni 1 jam masih dalam jammed.
I is terlelap lelap lagi..belum sampai sampai ni.
.
Barulah terfikir kenapa kita weekend tidak pernah berjalan jauh jauh ke bandaraya , kecuali balik kampung atau pi kenduri...kita tau Melaka akan jammed rupanya..eh apasal baru teringat ni.
.
Sejak 2017 duduk Melaka..ni 1st time pi kawasan tumpuan di Hari cuti...duh.
.
Maka ABI pun gunakan kemahiran jalan jalan cari makan dia, kita dapat menjauh parking dari follow jammed itu.
Masuk parking mall pun jammed... alhamdulillah banyak orang . Boleh maju balik ekonomi Kita.
 .
Kita pun berjalan sedikit dari tempat parking Di depan kedai makan Chinese sambil tolak stroller itu.
.
Jam 4pm ++begitulah...kita sampai di tempat tujuan.
Kena beli stokin.kebetulan ada kedai stokin dekat situ. Beli di situ warna putih pula....jadi baik beli di kedai.. bijaknya umy beli warna warni, bijak bijak...
.
Lepas pakai,baru ting!.
Laaaa...kenapa tidak beli saja yang putih tu...boleh pakai sekolah 😐.
.
Umy target 5pm solat dulu.
.
Sebelum 5pm layan anak anak yang 1st time main sini...
I tak pasti kalau Aeon Bandaraya ada benda ni...

.
Kalau Ada,Kita boleh lebih kerap bawa Akido dan Madia ke sini.
    
Akido ni kita rasa berbaloi dengan masa dan harga...sebab dia main sungguh!
.
Madia dia macam biasa,
Baby baru nak up
Kita kena bawa dia cuba semua
Sambil dia main kereta yang ada jak di Aeon mana mana..setaraf troli itu wahai anak...
.
Umy bagi abi pegang baby,sebab nak solat.
Balik solat nampak dia ni...baik jak
Iyalah sebelum apa apa tadi...
Terus BF kan sebab nangis.
.
Turn abi solat
Jelas Madia lebih berminat dengan benda ni...walau dia banyak gostan dari maju...


Abam, dia pun teruja banyak benda boleh main..
I ajak dia main benda ni
Kasi dia pakai apron
.
Terus dia pun mencuba cuba
.
Ada rezeki tahun ni
Kita sediakan gerai gerai gini diluar rumah
Eh banyak Rancangan 5 tahun lepas umy belum umy buat ni...
Padahal bukan susah pun...mau ndakmau saja kau, uroi.



.
Diorang selalu juga follow beli lauk Dan sayuran sebelum PKP dulu...jadi kenal kenal juga mereka sayuran ini.

Besar nanti, Allah izin kawen,ingat kerja beli barang sayuran ni sesuai untuk jantan. Senang nak selinsing...eh...


Dia bawa sayuran ni naik kereta dia
Usung sana sini.
.
Bila boring bawa pula aiskrim balik,
Ada budak minta
Dia bagi ..


Gila sedap bayang itu aiskrim sebenar,bukan penyamar...
Budak tadi ambik...terus jilat dan hahahah.
Cumil kau nak...
Bila tau itu cuma aiskrim yang menyamar,terus dia pun campak...hahah
Kasian Akido kena kutip.
.
Semangat ni anak main dan bawa kesana sini...



.
Lucu tengok teknik pakai mask yang gagal...
Patutlah...
Sebab ndak pakai extended tu...
Memang sesak nafaslah jadinya...
Walau dibawa aircond. πŸ’πŸ»‍♀️
.
Masa kami sampai tadi dalam 3 keluarga sahaja.
Itupun masa I belum start buat apa apa, sebab BF Madia,1 keluarga dah nak balik...agaknya rumah dekat dekat mall ni saja mereka itu.
 .
Jadinya, rasa selesa sikit.
Teman anak ni main.
Sekali, datang cik staff sopan tanya baju biru tu anak Puan kan... agaknya dia membuanglah sebab busuk sikit...
Hahah...doi.  
Nasib abi pakaikan pempes...ikut umy tak payah.
.
Terus minta beg kat abi...
Bawa pi toilet
Eh jauh menapak
Terkengkanglah member ni jalan...
.
Siuk sangat main,sampai lupa buang hajat itu...
 .
Balik jak, tengok abi baca buku...budak 1 melilau tengok orang.
.
Nampak jak umy,
Alolo rasa Artis terus nak...
Ada orang happy lah tengok kita...
Berbunga πŸŒ·πŸŒΈπŸŒΉπŸŒΊπŸŒ»πŸŒΌπŸ’
Perasaan ini....


.
6.34pm
Masa Tamat.
Marilah undur diri...
Ada rezeki datang besok... Sebab Ada promo la... tapi itulah...time kena follow abi...
Maka, peluang itu nipislah.
.
Sebelah dia ada Kaison la...
.
Suka tengok bakul ni
Rasa mau bawa 1 buat beg,senang nak sumbat barang 3 baby ni.
Selain barang tambahan diri sendiri.

Siap round Kaison sebelah tu...
Masuk Toys World pula...
Sini barang origin
Fath mau Cari Lego pasukan askar tu.
.
Tiada.
 .
Umy kata dekat surau Ada Mr DIY
Maka...marilah kita keluar Dan ke kedai penukul itu...
Anak Anak dulu gelar 
Kedai penukul
Tapi umy dengar 
Kedai Penumbok
Sungguh bermasalah pendengaran umy ini...
Atau memang korang ni gelar kedai Penumbok
Sebelum kedai penukul?.🀷🏻‍♀️
.
Umy cadang Kita pi kedai dulu...sebab tau time ni mesti surau full
Kan kawalan jumlah pensolat berlaku sempena PKPP ni..
.
Tapi ABI kata solat dulu...
.
Baiklah.
.
Minggu lepas surau IKEA kita kena beratur sebab ada guard jaga
Hanya 5 orang sekali masuk.
.
Sini tidak
Walau kat pintu dah tulis 8 orang sahaja
.
Ada adik berdiri kat line luar surau
Tanya ramai ke kat dalam...
Dia kata ramai
.
Terus Kita pun 
Buka pintu,betul ramai.
Maka...berdiri belakang dia...
.
Dia kata, saya berdiri bukan untuk beratur...hahah🀭
.
Gitau Waafa 5 orang keluar Kita masuk...
.
Kita pun maghrib. Alhamdulillah baik baik belaka,jaga jarak. Ada juga yang sembang sembang lepas solat, mungkin melepas lelah..
.
Siap solat,Lepas tu abi turns
.
Sambil tunggu ABI dan abam
.
Ya Allah penat layan Akido ni
Dia mau ke sana sini
Walau pakai harness tu.
.
Siap semua
Jommm masuk DIY.
Semangat diorang sebab ada staf chek suhu.
 .
Abi teman Fath Waafa Cari lego.
.
Umy teman Akido Cari kereta..
Dia pun pening
Kejap ambik ini
Kejap itu.
"Akido,hanya 1 mainan ya..."
Lastly kereta kenit juga dia ambik....
..
Tengok abi.eh ndak siap siap 
.
Temanlah anak itu cari dan fikir
Lego mana satu yang dimahu.
.
Tunjuk jam.
20 minit kena siap semua ya
Fath nak pasukan askar 
Pasukan frontline tidak dimau.
Umy pilihkan askar.
Tapi tak tau design askar dalam dia...
Fath pun macam nak, macam nak jenis lain
Tapi nak juga jenis askar.
Umy pun buka...nak tengok bagaimana sih design askar itu..Yalah kalau ni bukan yg dia mau..kita kena bayar lah..
95¢
oklah kan...

.
Bila buka...
Sahih seperti yang dimau.
.
Tapi masih was was mau juga yg pasukan polis swat yg di Shoppe itu..
.
Umy racun dia...
Ni askar sama jak abam
Di Shoppe 12 orang
RM15...itu kena tunggu lagi..
Ni murah banyak ni 
.
Lalu dia ambik 2 
.
Umy ambikkan untuk Akido 5.
Dia kasian selalu mau main,abam tak bagi.
.
Sebelum tu Waafa dia pun sama
Nak Lego castle macam Di Shoppe
Tapi tiada
Racun fikiran dia, ambik yg rumah
Dia tidak yakin
Kasi yakin
Lastly setuju
.
Pi bayar ,nampak ala kulit haiwan ni
Bestnya ni buat solat.
.
Minta Waafa snap.
Ni DIA Lulus.

.
.
Siap semua.
.
Jommm balik.
.
Masa lalu...Rasa teringin pula nak merasa makanan ni...tapi sebelum tu SS kata Kita makan kat luar laaa...malaslah sini.
.
Akido Pula penat tahap huyung hayang berjalan.
Ni kalau naik kereta confirm tidur nyenyak.
.
Terus abi ajak makan sini. Kedai yang kita terlintas mahu makan.
U turn la kita... 
.
Sedap la...Rasa Ada perencah Maggie.. tapi lain Dan lebih sedapp.
.
Sambil tunggu Kaka abam tak sabar nak unboxing legos mereka... Fath la tu... kunun mau beli online saja,tapi mau juga segera Di tangan...eh bukan sebab umy racun fikiran ke tu?
.
Ok. Recommended...Akido makan sampai takda bunyi, kuah dia pun sedap dia hirup. Budak ni selera omputeh sekarang,kadang selera hilang..nak air biskut saja...sebab tu malas ada biskut dirumah.
.
Tapi,dengan mee ni, dia aman makan siap nak lagi.
.
Umy perasan, jarang Ada gambar sendiri dengan anak...jadi Minta Kaka snap... Angle pula ermmm...Kita memang tidak kurus pun...faham,tapi agaklah kan. .takpa Kita training lagi ok lepas ni.
.
Masuk lif nampak Iklan SSF
Ni yang Kita mau
Tapi SS dah letih.
I pun...
Cuma fikir ah bila lagi kalau bukan hari ni
.
Kena Ada masa window shopping dulu..
Berangan
Baru beli 
Itupun kalau budget sesuai...kan..
.
Tapi dah penat
Malas nak meracuni
Sebab Kita pun mungkin begitu kalau ditempat dia...
Maka...marilah pulang.
 .
Keluar mall, hujan renyai renyai.
Ermmm...
Nak tunggu sini, SS saja ambik kereta
Tapi, SS kata macamana nak pi sini...
Dia pun...
Mesti terfikir macamana nak bawa kereta dengan sesak ni.
Ahhh.. sudah...baik Kita jalan kaki saja
Bukan jauh mana pun
.
.
Jammed
Ada dengar orang jerit MERDEKA!
WAAA...pasukan berbasikal laaa...
Sayang Kita dah ngantuk
Kalau tidak sana kita menyibuk...
Kasi chance anak anak tengoklah...
Tengok cara orang meraihkan ke 63 tahun Tanah Melayu Merdeka.
.
.


Dekat dah parking
Nampak kedai ni...aha...kedai keluarga.
Nak makan sesuatu la
Jom ais krim 

Makan luar saja walau hujan renyai...

Siap makan masuk kereta
Baliklah kita...
Lalu masjid
Meriah masjid tu macam mengaji
Ni pun bagus
Meraihkan merdeka dengan mengaji.
.
Sampai rumah
SS terus tukar 4 kepala paip shower dan singki
Masa I sibuk racun anak pasal lego
Dia sibuk cari kemudahan rumah.
Good job, sang suami..tiberr

10 July 2020

menuju ke Katanning 2016


selepas dapat kereta murah di Perth ni kita pun...
.
tajuk bukan main... ke Katanning,
itu plan asal..mau stay semalaman di Katanning, dan kita pi pasar dia pagi pagi..
dan akibat gagal merancang, 
maka gagal la kami stay di Katanning ini.
.
kami hanya mampu singgah dan lalu.
.
ia bermula setelah kami ambil kereta sewa di Katanning  itu..
kami pun bergerak la.
silap kami ialah..kami bergerak agak lambat.
mungkin kerana, faktor utama..kami pun masih blur tentang CBD..jadi mau ke pejabat kereta itu dah makan masa, SS kena tanya dulu orang orang di sekitar stesen keretapi,laluan kami perlu naik keretapi itu.
.
masih di kawasan bandar.


.
sebelum sampai ke Katanning ini, tentunya kami lalui kampung-kampung dan ladang-ladang lembu yang menenangkan mata dan jiwa desa.
.
ntah mana sudah gambar gambar desa tu.
kena bongkar balik fail nampaknya.
gambar gambar ni saja yang ter-save dalam ni.
.
ada sekali dua ,kami singgah untuk ambil gambar..
kalau nampak memang sebiji macam lukisan tu..
ni realiti, tempat tempat yang cantik bagi I lah.
.
ada sekali singgah, untuk isi minyak di kedai macam gerai jugalah.
kedai minyak tu, terus singgah toilet sekali.
.
di ladang tu..jaranglah rumah..toilet dia ala-ala kampung la. di tepi belakang kedai letaknya.
Siap buat warning, hanya pelanggan gerai situ boleh guna toilet,
tapi warning dia berhemah la...tak ambil gambar warning tu..sebab tak bawa telefon kan..
kita sini, kadang singgah petrol pump hanya untuk guna toilet...tidak terfikir pula yang pekedai yang akan bayar semua kegunaan kita itu.
.
ya...seperti yang pernah baca...harga minyak sana lain kedai, lain harga.
.
sebab line sana, kadang ada...lama tiada..agak problem la situ.
kita mahu ke Katanning dia ada kena exit laluan..
tapi signboard ada, jangan risau ..walaupun sebenarnya risau juga..sebab tak boleh buat jangkaan jarak tu.
.


.
.
yang ni dah exit ke Katanning atau belum...yang pasti jalan lengang la..
sebab jalan ni bukan pilihan orang ramai..sebab sini kebanyakan ladang haiwan,
jalan persisir lebih menjadi pilihan.
kami membelah Wastern Australia dengan laluan bukan pilihan, tetapi nyaman dan jalan dia pun cantik saja...
mau bawa laju, silakan...
tapi..hati hati, sesetengah tempat dia letak kamera.
jangan risau, kamera dia ada sign, :p.

masa ni,  kita guna pemanas, sebab suhu sejuk la juga...
ni ladang ladang ladang saujana mata memandang luasnya.
kalau teringin nak menculik seekor dua, memang dekgaga harapan...sebab pagar tu elektrik dan HARAM kan....jadi, rasanya tiada lah kes curi lembu disini..



.
untuk ke Katanning ni, kami search Masjid Katanning,
berpusing kami...
sampai di bawa ke kawasan perumahan...
dia kasi kami dikawasan lot rumah, yang tidak bertuan.
mungkin saja sindir kami...supaya bina sebuah masjid dicelah celah perumahan situ kali..
tapi, agak agaklah kan...itu kejiranan agama apa kau kau suruh letak situ masjid.
-__-
.
kami cari-cari, dan lastly tidak pakai Google maps.
kami guna firasat semata berdasarkan peta di Google maps..
gitulah...

sampai juga kami akhirnya,
masjid yang luas dia punya halaman.
masa ni hujan mau stop sudah.
.
sejuk, hujan lagi....terus masuklah dalam kita...
erk...tengok-tengok diluar  dulu..

masjid ni  dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia kedua...Tun Razak...
kuat juga pengaruh Melayu dulu kan....
.
SS wudhu dulu...sujuk pun...wudhu la juga..
rasanya ada air panas..
.
sebab tiada manusia lain, selain kami...aku wudhu sekali situ..
rasanya, ada rumah tok siak sebelah tempat wudhu ni..
lupa daaa...
.

masuk jak, terus rasa berada di alam Melayu .
.
solat lah kita Jamak Takhir.
.
Habis solatan,kita pun pi round-round dalam masjid.
nasiblah kan, masjid tidaklah berkunci
kalau malam, tidaklah kita tahu pula..


masuk kawasan muslimah kita..

.
sama jak macam masjid di negara kita rasanya,suasananya..


tempat wudhunya...
nak cepat sampai ke penginapan ketiga kita ini, kelaparan lagi kita..
jadi, tengok dari jauh jaklah...

yang utama, toilet dia ada getah paip tu..
heavenlah sikit.... kih kih.
.
itu tanda, orang sini beristinjak guna air.....

.
.
tidak pasti nun disana tu hutan atau ladang...
kita singgah jak kan...tidak banyak masa untuk melihat lihat.

.
dari pepohon ni boleh agaklah angin kuat tu, sejuk lagi...memang menggigil kita kesian...
ada baca sosmed penghuni sini...sini musim salji, salji ada mari jugalaa..mari jalan jalan ...
kira kalau kau mau feeling 4 musim bersalji, dan suasana Melayu, bolehlah merantau ke sini..
.
.
.
aku ada baca tulisan pengembara yang singgah sini, diorang kata ayam sini halal. kena singgah.
memang kena singgahlah....kebulur tahap gigabyte kita semua anak beranak ni..
Google, dapatlah kedai ni...rasa ya ampun...terima kasih Tuhan, memudahkan kami..laparrree

.
.
SS ni pantang sikit makan ayam ayam kedai segera ni.
tapi disini, kita janganlah kan betabiat....dia lagi yang pi beli banyak ni...bekal sampai malam kau ..


.
sini aku jebak,kawasan country la..bukan bandar..kira ni pekan diorang...
tapi tidak pasti, kalau ada sebenarnya kawasan kedai yang lebih luas..
sebab, masa cari penginapan sini...hotel tu, macam 1-2 jak jumpa...
itu yang ndak berjaya stay disini...
.
ni gambar apa ya??.
aku rasa, aku gambar tong gas tu...bagaimana tong gas pun tempat dia bergaya ok..kalau kita biasa amin letak jak kan kalau di kedai runcit..



Dapat jak ayam, kami pun makan macam pirahna...itu yang gagal ambil gambar sopan.
masa ni tengah preggy Akido tu..jadi kebulur pun, tidak berjaya menjadi pirahna..sebab Tuhan uji supaya kau bersyukur dapat telan enak dia punya kentang yang gemuk gemuk tu pun nikmat ok....ujian alahan Akido ni sama seperti Fath dulu, selera makan hilang ke laut...
.
kita kejar masa untuk sampai sebelum malam di penginapan ke-tiga kita..
lagi satu, jalan sini kan  sunyi dan kawasan kiri kanan adalah hutan skunder..
kita risau banyak hal la..
minyak..masih ok.
kita naik Yaris...jimat pun minyak dia..
.
.
penginapan kita seterusnya terletak di Albany, jarak dari Kattaning sekitar 171KM++.
.
dengan waktu itu, dapat rasa..boleh sampai awal..
tapi kita tidak tahu apa yang menunggu di depan kan...
.
maka ,lepas makan...baca doa naik kenderaan..teruslah kita bergerak...
Selamat tinggal Kattaning..

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...