04 November 2009

Hari ni hari Rabu.
Pas tu nampak member makan nasi kerabu,
saja nak tulis2 lah labu,
janganlah mata naik kelabu


saya sangat suka. Er mungkin mesti suka. Naik bas..
pas tu duduk berdua. Sebab kerusi bas dibuat berpasangan.
cehh..bes duduk berdua ni!.

wah..wah...
nampak sepasang orang. Lelaki dan perempuan.
bercerita pasal ekzem yang dorang alami.
berabis menyalahkan diri.
yang banyak cakap tentu si perempuan.
si lelaki hanya angguk-anguk. Dorongan minima untuk si perempuan terus bercakap.

erk...
kan bes duduk berpasangan..
ada kawan luah rasa geram dengan paper yang kita dah conteng2 dalam ekzem.

sebab pasangan tu duduk belakang saya. Jadi, jelaslah suara si perempuan tadi.
baiknya pasangan itu.
orang Indonesia kot. Gaya tudung. Beg. Pakaian. Konfom!

Tengok usia??
wee..mungkin 40 an dah..si lelaki dah beruban..
si perempuan pun dah ada kedut2 di mata. Mungkin belum guna Olay Total White kot..ceh..

Solut!..semangat sungguh orang ni belajar walau dah berusia..


erk...
pasangan sebelah saya?
saya dah lupa tegur..
ish inilah masalah umat..
macamana nak pupuk ukhwah Islamiyyah..

Saya jeling2 sebeleh..macam sebaya pasangan tadi jak..bertudung merun. Berbaju kurung.

"ehem...Cik...nak gi..".
Dia terus jawab. Dan kami pun sembang-sembang sikit.

kan baik berpasangan..
Banyak benda boleh citer2.
Paling baiknya..
ukhwah sedang dibina..



soriii...


orang sebelah pun buat tidak nampak..ish..




.........................................
nota I:
mulakan dengan senyum..insyaAllah dia pun senyum...

02 November 2009

kelonsong Peluru

"weiii..dengar lagu apa tu...". Si Mona S ni selalu sahaja menyibuk. Dentuman dari earfonku pun masih jelas ditelinganya.

"lagu HUJAN..kenapa?". Ku lihat Mona S mencebikkan bibir. Dia asyik dengan buku-bukunya.

"ingatkan lagu UNIC..". Dia masih mencebik. Buruk sekali bentuk cebikan yang dibuat.

"suka akulah..telinga aku...". Aku tahu. Waktu malam begini. Dia lebih suka mendengar lagu2 nasid. Dan ayat ini adalah 'ganas' untuk dia.

"ehhh..Bila Aku Sudah Tiada...atau Aku Skandal...atau..mencari konklusi". Cun!. Aku memang solut Mona S. Lagu HUJAN dia boleh ingat.

"tidak...KELONSOR PELURU...versi Rap...nak dengar....???". Aku pasang kuat sikit lagu tu. Biar Mona layan.

"ehhhh..lagu ni...tak pernah dengar pun..". Dia terus sambung baca buku.




Lagha?. Aku suka lirik lagu ini.



Kelonsong Peluru
Noh (HUJAN)-masa rap dulu2


jelas di depan mata namun masih berpeluk tubuh tak berbuat apa,
saudara Muslim ku diseluruh dunia adayang teraniaya,
komplot bantuan dari Amerika negara durjana ZIONIS,
membunuh dan juga memperkosa memakan 50 tahun untuk menhancurkan masjid Al Aqsa [Palestin],
perjanjian bertukar tukar tak guna,
dimana tanggung jawab kita semua palestin sudah lama menderita,
bunyian ngeri tangisan anak kecil masjid surau rumah semuanya dibedil,
namun tiada tindakan yang diambil hanya jadi perbualan dunia,
seribu satu pelbagai jenis cerita melihat gelagat kejam anak Adam dan juga anak Hawa,
MAJLIS BANGSA BANGSA BERSATU! dimana kamu,
hanya perpeluk tubuh terdiam membisu . .



KELONSONG PELURU,

MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU TUHAN KU YANG SATU TURUNKAN KEAJAIBAN AGAR KAMI BERSATU KELONSONG PELURU, MEMBANJIRI JALAN DAN JUGA LAMAN RUMAH KU TUHAN KU YANG SATU, TUHAN KU YANG SATU . . .[ALLAH]



Mujahidin berjuang dan jangan ada yang lepas tangan,
dimanakah demokrasi keamanan yang dijanjikan,
ini soal politik dunia krisis ekonomi dan agama,
kenapa asyik² Islam yang kena THAILAND FILIPINA UK sama sahaja,
ZIONIS latnatullah takkan kemana-mana macam tentera bergajah mati dibaling batu berapi dari neraka,
hasutan syaitan makin ketara,
makin berapi dendam lama membara yahudi tak mengenang budi,
memang CELAKA!
lain pula cerita IRAQ dibantai amerika,
mahu membela nasib orang ARAB katanya,
kau siksa mereka yang didalam tahanan,

Insyallah ALLAH turunkan bala kita lihat boleh kah kau bertahan, sampai bila? bicara? yang pasti akhirat masanya



.................
n
ota I:
-Konsert Muslim belum ada lagi..setakat jemput artis nasyid bawa lagu dakwah...dah banyak berlaku
jemputlah kumpulan2 kegilaan remaja..baru betul2 tranfomasi. ishh..bila lah berlaku..?? kesian remaja kita.

~terus boikot barangan Yahudi!!

Jepun 23

 bismillah. Ya sebenarnya tadi tu, SS jalan-jalan sebab dia menyiasat... saya pula layan Ainul di tingkat atas, sebab situ saja ada tempat d...