15 August 2017

MASTER Pendidikan Awal Kanak-Kanak UPSI

salam.

ramai tanya, camana eh nak sambung belajar dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak?

soalan kan, nampak mudah.

ok, saya share pengalaman saya kat UPSI sejak September 2012. wow kau jah..

ok kita mulakan dengan pertanyaan.

i. Kenapa nak kena sambung dalam bidang ni??

1. Program ni bukan dibawah Kementerian Pendidikan..jadi, jaminan kerja..bukan macam program pendidikan di maktab tu..atau program pendidikan di UPSI (dulu-dulu). ni Program terbuka kepada sesiapa sahaja yang mempunyai degree. Contoh course mate masa 2012 tu, ada yang masa degree dia ambil Nursing di IPTA. kos nursing ni fahamlah kan..kelayakan nak masuk bukan mudah. Tapi kawan tu nak sambung juga bidang ni... Dia ada sebab kot, ka masa tu dia tak dapat panggilan kerja nurse lagi..tiada kepastian. Cuma masa tanya dia, jawapan dia..dia macam kurang minta kerjaya tu. Tak tahulah kan...masa belum dapat memang akan cakap macam tak minat apa semua..mungkin bila dapat offer letter dari KKM, lain pula kan. Yalah, kadang bab ni kita lebih tahu apa sebenarnya.

Ada juga yang kos Art masa degree, dan sambung bidang ni.
Yang pasti kebanyakan yang sambung masa zaman saya tu, adalah guru-guru tadika. Ok guru tadika yang ada degree, sama ada KPLI ataupun kos degree dulu memang bidang ni.

2. Bila terbuka...jadi saya tidak akan bincang kekurangan. Saya kongsikan kebaikan sahaja. Ok bidang ni sangat sesuai untuk mereka yang memang tengah berkerja dalam bidang ni. Yang kerja tahulah tu. Kebaikan dia, kita dapat berjinak dan cungkil lebih mendalam bidang ni. Contoh macam cikgu sekolah tadika kan....diorang akan dapat menghubungkan semula dengan apa yang diorang hadap hari-hari di sekolah tu.

3. Sebagai ibu, saya sendiri pun rasa, banyak kebaikan bila sambung dalam bidang ni. Mungkin sebab masa belajar ni saya baru dapat anak sulung yang umur 6 bulan. Mungkin juga kerana sebelum ni ambil bidnag yang similar dengan bidang ni.


ii. ni paling ditanya, camana eh nak sambung?

1. Untuk Pendidikan Awal Kanak-Kanak IPTA, UPSI, UM, USM. Ni 3 IPTA yang tawarkan. UKM ada tawarkan, tapi Pendidikan Prasekolah. So....lain kan bunyi dia.
Untuk IPTS, rasanya UNISEL, MSU, HELP Uni, Unitar...apapun boleh tengah di page official diorang.


iii. Jenis kelas?

untuk UPSI, diorang buat 3 cara atau MOD.
Mod A- full research. Tiada kelas, cuma perlu jumpa penyelia, buat research, buat artikel jurnal, join . Minimum dalam 3 semester-maksimum 8 semester

Mod B- saya ambil mod ni. Campur antara kelas (course work+disertasi). untuk kelas, saya ambil 24 kredit, 2 semester. Dan ini juga syarat sebelum daftar disertasi ni..atau bahasa mudahnya tesis. Kalau belum cukup 24kredit, tak boleh daftar tesis. TAPI, boleh mula buat tesis dan jumpa penyelia dahhh. Saya ada jumpa student yang begini. Sem 2 dia dah buat dan sem 3 dia boleh buat pembentangan awal. (pembentangan cadangan kajian).

untuk mod B
-habiskan kredit kelas
-daftar tesis ( masa ni dah boleh buat proposal atau proposal dah siap disemak berkali-kali oleh supervisor)
-buat la kajian tu (sambil berhubung dan kerap berbincang bersama supervisor (SV) atau penyelia). wajib buat Research Progress Report online
 Progress Report
-serahan awal ( ni setelah SV setuju kita buat serahan awal). Maksudnya, kita dah rasa kita dah siap...dan kita minta SV macam setujula... kan SV ni monitor saja, semua terletak di tangan kita as pelajar

- serahan awal, akan diperiksa oleh beberapa pemeriksa.
-

ni nantilah saya cerita panjang.

mod C
- ni ramai pilih
- datang kelas untuk 3 semester, buat kertas kerja dan ada 6 kredit untuk kertas kerja tu.
- ramai dapat habiskan 3 semester sahaja. Atau paling lambat pun 4 semester.


iii. Yuran?.
masa saya nak sambung, saya macam keliru eh dua-dua jarak lebih kurang. UPSI dan UKM. lama-lama fikir, ambil UPSI.. antara sebab dia  UPSI  yuran agak rendah masa tu..dalam RM1200, berbanding universiti lain.

sini untuk yuran tahun ni, RM1658.30..untuk bukan sains teknikal.


iv. WAKTU kelas
Yang ni, Uni lain saya tidak tahu. Yang tahu,macam UKM kawan kata kelas ada dalam waktu weekday.
UPSI kelas jumaat petang bermula jam 3. Malam bermula jam 8 dan pagi Sabtu.
(jumaat petang-Sabtu).

untuk bukan kelas, macam perjumpaan dengan pensyarah...kena tanya by individu la kan...

v. Subjek
Subjek untuk master ni, dalam 1 semester perlu ambil 12 kredit. Ataupun 3 subjek.
itu zaman sayalah (september 2012- september 2014). Tidaklah pasti kalau UPSI masih sama dengan zaman tok ni. rasanya sama kot..sebab ikut kesesuaian waktu dengan orang yang berkerja weeksday tu.

1 subjek 3 jam.

vi. Camana nak daftar?
terus buka web IPS UPSI Ada pengambilan setiap semester. Febuari dan September.
isi online bahagian pengambilan tu.



ok akan bersambung. tengoklah if rajin datang kan... hehe

disertasi Mod B. Binding pada hujung bulan Julai baru ni. 1 set RM18...3 hari siap.


boleh terus ke IPS untuk UPSI di Tanjung Malim.
Exit Tanjung Malim, kalau PLUS dari Selatan atau Utara

Diorang buka office hour.
atau call.
INSTITUTE OF GRADUATE STUDIES

Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan
No. Fax : +605-4594649
No. Tel : +605-4505482 / 5490 / 5485 /
                5480 / 5494 / 5491 / 5473
E-mel : ips@upsi.edu.

atau layari web ni. IPS UPSI 


14 August 2017

Hotel Pintar Parit Raja, Batu Pahat


31 Julai-1 Ogos kami menginap sini. 

Alkisahnya, kami ni style orang Itali...(eh yaka). Yang kemana-mana usung anak.

Cadangan awal bukan begitu pun..rezeki dapat juga ke sini.

2 hari sebelum tu, SS pun tempah hotel ni.
sebelum ni menginap juga di Parit Raja..cuma menginap ditempat lain, di Maxx Inn yang dalam 2 Km kot dari hotel ni.
Hotel ni kira dah servay sebelum ni.

SS tempah sebabnya, dia dapat diskaun kupon dari Traveloka.
memang banyak juga jimatnya. Kawasan depan UTHM kan ni. Penginapan paling dekat lah kalau mahu ke UTHM.

sampainya tu dalam pukul 10 malam.
terus SS chek in.
dan kami pun teruslah pi makan.
dari highway tu..pingin mau singgah kemana-mana kedai makan.
singgah sudah...
boleh pula, keluar balik sebab tengok pelanggan kedai tepi jalan tu tidak ramai pelanggan. hua hua.

kami makan depan hotel ni saja.
sebelum ni pernah datang kan..
jadi memang nampaklah hotel ni..dan taulah ada kedai depan hotel n.

tapi, kedai depan ni....
makanan dia biasa saja.

harga pun tidak murah tidak mahal.
boleh servay untuk makanan best dan murah kalau ke sini.
Sebab kawasan ni kan
dulu baca rivew kedai makan depan kol kawasan UTHM, mesti ada port student ni.
ej apa tu...d
ekat-dekat UTHM.


kredit: Booking.com
kredit: Booking.com
lepas makan nasi goreng, SS makan sup daging+sup sayur.
marilah kita mengankut barangan kita.

ooh ya hotel ni...pakai tangga..lif tiada. hu

dan kami depan bilik di tingkat 3.
heaven!

bilik menghadap jalan raya.

kredit: Booking.com
ok dekat saja pun.
sebab tangga dia pun bukan menjunam.
naik tingkat 2, ada penapis air Coway.
ok. I is legaaaa.

ok, yang PINTAR,

sebab lampu akan menyala bila ada orang lalu.
masuk jak bilik.


waaaaa.

kami teruja dan terasa cutenya hotel ini.

tema dia, hijau.

bilik kami ni dekat dengan pintu masuk aras 3. luass


kredit: TripAdvisor


kredit: TripAdvisor
Image result for hotel pintar batu pahat
kredit: blog kami hanya dapat penutup kepala, berus gigi 2 dan ubat gigi
Fath Waafa teruja ok. Sama macam kami.
SS dapat book, harga kurang 100 dan kami dapat yang sesuai dan cute.

selepas BF Akid, mandi semua..barulah boleh ambil gambar.
jadi memang sangatlah tidak best hasilnya.
jadi banyaklah culik dari page lain.


yang best, jangan risau kalau mahu cas hp atau power bank, sebab diorang sediakn plug tu dikiri kanan katil. hanya guna wayar tanpa soket.

paling best, internet lajuuuuuu.
dapat siap-siap masa chek in.
boleh guna 24 saja password tu.


waja-wajah kepenatan di siang hari
seronok abam baring, dia agak lantai tu kayu eh..boleh tidur gitu.

Akid tidak pun penat ya..



masuk bilik air, terujalah sebab HIJAU kan 


shower pun kehijauan


sambil merehatkan diri..tengoklah cerita yang ada kat tv tu.
TV tidak guna ASTRO,
setakat tv1,2,3,7,8,9 siaran Singapura dapatlah.

telefon bila letak kat dinding, nampak lebih kemas 
ada peti ais, peti bes pun ada
peti ais.  tepi peti ais ada plug. Jangan risau kalau tiada plug yang semua boleh pakai
cermin solek yang besar

ko jangan tapau Maje...sebab semua ada cop depa. Bolehlah buat minum 3in1 yang disediakan
arah kiblat, rasanya koman dah..semua tempat penginapan yang pernah diduduki sediakan. Senang kerja.
bilik ni luas kan.
solat jemaah pun rasa luas lagi.
mungkin sebab KPI dia hotel bawah 100 yang pernah diduduki sebelum ni kan.


Bangun pagi, solat..
pi breakfast yang disediakan. Hotel ni include brekfast kan.
haruslah manfaatkan.

kalau rasa nak makan lambat sikit.
boleh pi gerai depan hotel ni..gerai tu rasanya sasarkan penduduk perumahan tepi hotel ni.
juga sekolah rendah depan hotel ni.

budak ni terujalah bangun sebab pi makan kan.

SS pi UTHM awal pagi tadi. Pas siap sarapan, gosok baju.
ya gosok baju kena pi bilik sterika dia. Tiada kat bilik.hemmm.

Sarapan sampai kenyang ada kopi, teh, roti.
mee goreng, nuget tu.. cukup-cukuplah untuk pengunjung yang ada.
ambil sikit-sikit isi dalam 3 pinggan.
lastly, aku juga kena makan semua tu.

Fath makan pau dan roti. oklah tu




berulang depa minum teh. eh eh. aku sekadar minum kopi+kremer tu.. tu pun berulang kan..hee


sebab ni dewan, ada pentas kecil. Semangat lah Waafa nak mainnya bila dah lepas makan.

dewan. Kredit: hotels

cuma, kelemahan diaa.

kedai runcit jauhhh. di hujung blok ni..penat menapak.
tu pun, kedai macam hidup segan jak.
bolehlah beli roti dan Milo 3in1. 
toup sebab yang dah ready kat bilik masih tak cukup. 

pukul 11.30 call depa sebab nak chek out lewat.
cuma depa suruh turun untuk renew kad.
kad tu bukan setakat kunci, untuk semua kemudahan elektrik di bilik bergantung kepada kad tu.
kita gelarlah dia kad pintar.

kat bawah tu ada komputer kotlah mau buat kerja.

parking pun ada. free.


kalau tidak larat boleh gunakan khidmat ni...kredit : hotels

Hotel Pintar, Batu Pahat, StaircaseHotel Pintar, Batu Pahat, Property Amenity