30 November 2012

kerja saya


Ceritayang akan saya bacakan kepada kanak-kanak didik saya.

Akibat Mengkhianati Kawan

Sang Keldai dan Sang Musang berkawan baik. Pada suatu hari, mereka pergi berburu. Sang Musang ternampak Sang Singa. Ia berniat membiarkan Sang Keldai menjadi mangsa singa itu agar dirinya tidak diapa-apakan.
          Ia pergi ke arah Sang Singa dan menawarkan bantuan untuk menangkap Sang Keldai. Sang Singa pun bersetuju.


Sang Musang mengajak Sang Keldai pergi ke sebuah perigi buta. Setibanya di situ, ia menolak Sang Keldai ke dalam perigi itu.
          Setelah Sang Singa melihat Sang Keldai terperangkap di dalam perigi buta, ia terus menerkam Sang Musang dahulu. Sang Keldai yang tidak dapat melarikan diri itu turut menjadi habuan Sang Singa.

perlukan aksi, mimik muka dan suara.

Abang saya dah konbo


saya tidak amik gambar studio macam dia.
saya pinjam PTPTN.
saya malu mintak duit dengan beliau walaupun saya sedang kering kontang.

Dia tidak. Dia sebaliknya.
Dia belajar walaupun semangatnya turun menjunam.
Alhamdulillah setahun selepas saya konvo. Dia pula.
keterujaannya membuat saya ingin menangis. Saya tahu bukan senang mementenkan motivasi belajar di tengah-tengah manusia yang berperangai bermacam-macam. Lagi-lagi di UiTM Shah Alam (maafkan saya orang-orang UiTM (-_-).

Saya cuma berharap beliau saya tidak menaruhkan harapan yang tinggi untuk anak emas mereka ini.
kalau sudi berkerja.Berkerjalah.
jika tidak, jangan menyusahkan. Walaupun tidak mampu menyenangkan beliau kita.
jadikanlah kami anak-anak yang menabur saham syurga untuk kedua ibu bapa kami. aminnn.

mabruk...congratulation! my big bro.

27 November 2012

ICT untuk kita

buat sibuk. Membaca bermacam-macam jurnal tentang ICT, kaitannya dengan hasil kerja murid.
ya. ICT adalah jauh untuk saya dan anak-anak jiran saya.
tetapi untuk anak-anak orang lain, ia sangat dekat.
kerjanya ialah untuk bermain, tanpa perlu menangis. Tanpa perlu berkotor-kotor.

memang banyak keburukan ICT kepada anak kecil. Tetapi besar juga kebaikannya kepada mereka.
paling penting.Kita mesti tau ICT not talk about laptop,computer and tab. but more then that. 
Radio, telefon, kamera..ni antara jenis ICT.

semua benda yang menghubungkan komunikasi dan teknologi ia adalah ICT!

cara kita untuk menjadikan ICT bukan musuh.
1. Pastikan kita berniat betul.
2. Tindakalan terpimpin. (Yaya hanya boleh main game 2 jam sehari )
3. kalau umur 0-2 tahun, bagi lah benda yang tahan lasak. Banting pun ok
4. Jangan ajak otak berfikiran negatif. (apalah anak aku ni, dulu-dulu budak-budak mana main semua ni)