Ahad lalu.Zauji saya bercadang mau balik kampung.Menjenguk ibunya yang selalu berkeseorangan.(
jangan tanya,kenapa saya tidak stay di Sabah).
Tetapi akibat beberapa ketidakmampuan.Akhirnya,zauji menelefon mak dan bagitahu tidak dapat balik.Mak pun tidak tau anak dia nak balik.
Sebelum asar.Zauji ke pasar,
dia memang selalu ke pasar.Jadi jurubeli.
Dia tanya saya nak ikan atau ayam.
Antara dua binatang tu.Mestilah ayam lebih murah kan.
di Sabah memanglah ikan ada jak yang murahDengan beberapa perbelanjaan akan mengalir.Saya sebut "ayam".
40 minit kemudian.Dia balik.
beli barang yang saya pesan,ayam dan kerang.
(Semenjak selalu sangat makan kerang masa mengandungkan Fath.Saya jadi sedikit kurang suka makan.
Tetapi sesekali,saya suka juga.)
Zauji beli sekilo.Saya cadang mau masak kerang tu.
Tetapi dah tergoreng nasik lebihan semalam.Saya biarkan sajalah kerang tu di singki.Masukkan peti ais,mati membeku kerang-kerang tu.
Selepas asar.Zauji tanya kalau nak beli apa-apa.Saya sebagai manusia.Memang berfikiran pendek.Saya katakan tiada.
zauji tanya,"ampaian tak mau?".
Saya terus setuju.Lupa.hee
kami pun berjimba-jimba ke dua kedai sehingga jam 9 malam.
dengan kewangan yang perlu dikawal.Kami berjaya membawa pulang ampaian dan papan gosok.
|
murah jak bunyinya (abi pasang dengan bersemangat.kami jadi penonton) |
alkisahnya..Balik dari berjimba-jimba,zauji nampak kerang yang saya biarkan di dalam singki sebelum keluar tadi.Dia cepat-cepat masukkan dalam mangkuk dan isi air.
saya tanya.Dia kata kerang perlukan air untuk hidup.
tepuk dahi.saya memang tidak tahu pasal tu.
Esok tengahari saya tengok kerang tu ok lagi.Ada seekor yang menganga.Saya yakin semua masih baik-baik sahaja.Sebelum saya mula memasak untuk
dinner nanti.
sebab tidak boleh masukkan peti ais.Saya rebuslah semuanya.
dah aroma busuknya telah berkeliaran seluruh rumah.
ya ampun.kerang tu busuk?.
zauji saya balik kerja.Saya tanya dia.suruh dia rasa kerang tu ok atau tidak
.lemahnya ilmu kerang saya ni. :(.
dia kata busuk.Bau.
ohh.bermakna saya membazir lagi...
membazir kan amalan
satan.
satan Allah janjikan neraka.
dahlah selama ini saya selalu terbuang buru Fath yang basi.
huh.Teruknya.
|
Fath memang anak abi sejak ummi masuk kelas |
pengajaran;
1.selepas ini lebih teliti dan pakar.
2.Jadi orang yang berfikiran laju dan pantas bertindak.