05 Januari 2013

laptop kena format

bismillah.

Saya sudah berbalas komen di FB tentang ayat jiwang suami isteri di FB.
walaupun isu ini bagi saya kecil dan bukan perlu sampai berdiskusi panjang lebar.sejak saya bujang dulu saya  tidak tersentap membaca ayat jiwang suami isteri real atau atas tenet).

saya pun sudah kerap menulisnya tentangnya.
bukan kerana sayalah orang yang kerap berjiwang itu..tetapi untuk ambil pot memberi pandangan sendiri. Walaupun ramai naik panas dengan komen saya. Bagi saya, tiada salah memberi pandangan. Yang salahnya tidak berlapang dada. *senyum*.

ah.Nanti lain time lah kita berdiskusi lagi, pasalnya.*buat muka menyampah*.

oh. Saya ingin bercerita tentang zauji saya. Kalau ada yang memanas saya berjiwang dengan zauji saya disini. Tolong istighfar. banyak-banyak *astagfirullazim*
Zauji saya, imam saya.

Dia telah mengalami masalah laptop yang sangat menyedihkan.
sedih-sedih.
Selasa depan ni dia perlu bentang kat depan pakar.
lagi pula, PP yang dibuat sebelum ini perlukan pembetulan. Belum sempat edit, ada masalah lain muncul.

Zauji cakap itu bukan masalah besar. (thumbs).

masalah besarnya,
dia perlukan install banyak software yang telah hilang tu!.

Sotware tu bukan ada ditangan.
perlu sampai ke KLCC untuk mencarinya.!

Saya juga hilang akal ingin membantu. Langsung tiada apa yang boleh dibantu. Melainkan empati dan masak sedap-sedap untuknya. (aminnn).

Malam ni, selepas membawa saya round pasar malam, dia ke rumah kawannya yang agak jauh untuk install Windows.
Silap saya, patutnya tidaklah perlu ajak dia ke pasar malam segala..maaf ya,jarang sangat kita berpasar malam, itu yang naik lemak ajak juga.
Lepas ni, berhati-hati dalam berempati wahai diriku.

Sebab saya dah beli. Saya mesti memasaknya dengan penuh tertib dan sedap esok. InsyaAllah panjang umur. aminnn.

Saya ingat ayat beliau:
"inilah cabaran belajar..".

ya betul-betul.

hikmahnya:
1. Kita kadang terpaksa menerima kesusahan yang bukan diharap
2. Berpositif dengan dugaan
3. Isteri mesti bijak memahami emosi. Kurangkan bercakap. Bantu tunjuk jalan penyelesaian.
4. Jangan malu mengadu dengan Allah akan rasa yang ditanggung.



Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP