15 Januari 2013

Fath 11bulan+++

bismillah.

hari berkat. hari hidup.

Anak aku Abdullah Muhaymen Fath comei sudah bijaksana.Tau mana kucing mana haiwan lain.
Masa di Melaka, tengah tunggu lampu isyarat, dia boleh perasan ada kucing tengah landing tepi tu. (umy perasan benda-benda besar jak).

tau tolak semua kerusi. Termasuk kerusi besi nenek koyan.
belum masuk rak pak long dia.
semua benda buat barangan tolak.
sampai umy tengah gosok baju, dia tolak papan gosok tu kat bawah. Sabar ajeeeelah

umurnya sudah 11bulan+++. 24 Jan nanti betday dia. 12 Rabiualawal (betulakah juga ejaan ni?).
dia lahir masa maghrib. Kira dah masuk 12 Rabiualawal.

bab panjat-panjat lagi mahir. Kerusi malas, abi beli untuk umy, dia pun panjat. Sampai rasa, ya Allah. (urut dada).

Beberapa tabiat yang umy ingat:
i. Fath kalau dah beghak. Mesti dekat-dekat umy. Lagi-lagi kalau umy tidur. Dia keliling panjat badan umy. Dan umy yang mengantuk dan sangat sayangkan tidur, akan kembang kempis cium bau tu. Dan umy yang gelong itu, cepat-cepat angkat, dan cakap "jom basuh bun-bun". (suara Papa Rock).

ii. Fath sangat suka minum air kosong. Jauh beza dengan umy. Botol biru yang kecik dan harga belasan ringgit itu, adalah botol kesayangan dia. Boleh tau, mana letak. Syok-syok Fath cucuk tv dengan kertas, dia ingat dia haus, lepas tu masuk bilik cari botol tu. Dan sambung balik main.

iii. Fath pantang dengar suara abi bagi salam balik kerja. Cepat-cepat dia berkaki empat ke pintu. Sampai ada waktu, abi terbuka pintu dan terkena kepala Fath yang betul-betul menunggu depan tu!

iv: Fath kalau khuyuk main, memang leleh habis liur. Fokus dan fokus. Matanya pun membutang.

v. Umy terajar tengok Upin-Ipin. Dan Fath kadang suka kadang lebih suka sepahkan kain yang umy susun dekat rak.Bila dah habis selongkar, dia bajet mau panjat. Tengok video kucing dia suka. cuma umy malas tunjuk, tunjuk real lagi bagus.

vi. Pantang betul dengar bunyi buka bilik air, cepat-cepat datang. Ini yang kalau dia main sampai buka-buka laci dapur. Umy alihkan supaya dia boleh main dalam bilik, umy panggil lah, tetapi selalu dia tidak respon. Habis semua pintu rak dibuka-buka. Lantas,Umy buka bilik air, dan bunyikan air..Terus dia sound-sound sambil lari laju (berkaki empat) ke arah umy. Senang sikit cara ini.

vii. Fath dah pandai jalan, cuma mungkin lambat,itu yang dia lebih selesa berkaki empat.

Oklah Fath,Semoga Fath terus sihat dan menjadi khalifah di muka bumi ini. aminnnn
pssst.laptop umy, abi belum sattlekan.tu yang tiada gambar.(gambar fath yang terkini dalam lappy semua).

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP