12 Julai 2012

cita-cita

saya sedang mendengar lagu-lagu Ramadhan sambil menaip.
Seronok menghayati lagu,walaupun rentaknya sangatlah mau buat berjoget.
terutamanya,lagu solehah ini.
hayya.
Fath pula dengan aksi beliau,meniarap,berpusing,ke sana situ.Malas nak teruskan suap.Kang luak jadinya.
segala benda depan dia jadi 'makanan'nya.Fath masih panas badanya.Semalam bacaan suhu 36++ jadi,tidaklah risau sangat.Mungkin sebab dia mengalami peralihan,dari meniarap ke merangkak.Umur sudah mau ke 6 bulan kan.

Hari ini,masak pulut,goreng ikan masin.Makanan yang di dok sebut zauji saya sebelum ini.
Nasi ayam,ayam masak kicap belasah+tempe+terung.Buat bekal.Dah lama tidak buat masakan untuk beliau bawa bekal.
Tidak done mau memasaknya.Lagi-lagi kalau mata mengantuk,atau Fath bersorak diwaktu pagi mulia.

Inilah rutin saya sebagai super zaujahummi.Walaupun rasanya tidak super.Mulutkan doa.Jadi sebut-sebutlah selalu.

Hari ini juga resume saya akan dibelek kencang oleh orang atasan.Allah,moga engkau pilihkan hambaMu ini tempat kerja yang dekat dengan Fath.Dekat dengan rumah,jauh dari Jamm.Aminnn.

Saya tidak kecewa meninggalkan bidang cikgu kerajaan.Memilih untuk bersama suami dan anak.Meninggalkan kelebihan-kelebihan yang disediakan untuk kakitangan kerajaan,pinjaman rumah 1%,itu.
Bak kata zauji saya,"seronok tengok si Fath dari mengiring,kemudian bertiarap".Alangkah rugi membiarkan momen indah sebegitu pada seorang abi.

Allah.Saya memasakkan sasaran tahun 2012 akan;
1.Terbit 1 buku
2.Lesen
3.Kenderaan.
4.Sedang belajar dalam bidang Sarjana Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Aminnn.Allah,padaMu jua perserahan segala kemampuan dan kelemahan ini.


Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP