16 January 2014

anak-anakku

bismillah.

hari ini 15 Januari.Rabu

aku bawa Wafa ke Klinik.
padahal temujanjinya ialah pada 20 Dis 2013!.

akibatnya nurse pun bersifat hangin-hangin. Dan secara mutlak kami menjadi last peserta Klinik Ibu Dan Ank. abi terpaksa balik jam 5 15 pm pi tempat kerja semula.

padahalnya. kami ke Klinik dalam 4.15 gitu...hehehe.
kiranya sejam sahaja lah proses.
Timbang,
ukur lilit kepala,
tinggi,
dannn
suntik!

yahooo.
sesi yang paling cepat sebenarnya. Sebab itu abi suka kalau pegi sebelah petang. (^__^).


abam Fath pon pigi.
mat sudah mengantuk.
sampai sana main dan berdiri tengok orang sekitar kerusi yang abi dan umy duduk.
padahal, kebiasaanya dia seluruh klinik tu di lawatnya.

lucu,
sebab ada budak sebaya Fath,suka dekat kasut Fat yang kotor dan bertanah tu .(selipar tu orang pakai dekat rumah saja, dia bawa sekali jalan juga..)
budak tu muda dalam 6 bulan kot dari Fath.
pegang-pegang kasut Fath.
Fath ni sikapnya adalah 'barang aku jangan pandai-pandai sentuh!'.
jadi Fath pun tolak budak tu.
terdudukl budak tu.
dia bangun dan pegi lagi pegang kasut Fath yang ada belalai tu.
"Nganganagan"!
coi..menjerit dan mau menangis Fath larang budak tu.
hahaha.umy gelak.
abi kata dari tadi budak tu asyik usik kasut Fath.

Fath ni semakin homel.Umy berwuduk. Dia biasa ikut sekali basahkan diri.
tapi hari tu dia diam-diam.
umy dah saspek.
dan betul.
dia menulis dan melukis di dinding.Mujur guna crayon. Kalau pen..kena sudah

"oooh.lukis kangkung ya Fath?"
Fath tunjuk dan gitau, bola, ayam..
ntah apa-apalah Fath.

nampak gaya Fath dah boleh ikut sebut apa yang kita sebut. SO umy kena rajin cakap yang molek-molek ya..
kapal terbang, cicak, nasik, kasut, pen, tibi (TV).

Soleh umy ni memang cepat tiru orang buat apa. Kasut buruk itulah menjadi buruan budak kat klinik tu

lepas tu dari luar jerit-jerit "umy..umy". Fath masa ni umy demam nak tido jak. kalau tak umy tak akan izin abi bakar sampah tepi rumah

kopiah abi juga yang disukainya

paksa adek suruh menyusu dengan abam..hoi

lihatlah lukisan saya