30 April 2010

Semakin hancurkah pembinaan baitul muslim menerusi Unit Baitul Muslim?

ketika suasana seperti terkena kejutan,
seperti mengoyak2 tangkai jantung yang sememangya rapuh,
membanting-banting naluri yang semakin terancam,
memijak-mijak akal yang sememangyna senipis rambut,
wahai sang hawa,
mengertikah...dugaan itu bergerak bersama Fitnah yang paling besar..




“Maaf, ana tak berminat utk meneruskan perancangan bait muslim yang enta aturkan kerana musli”mat tu gemuk dan hitam. Bukan citarasa ana.." begitu bait kata-kata yang menerjah ke fikiran saya sampai ke hari ini. Dan natijahnya, muslimin tadi telah mendirikan rumahtangga dengan wanita yang yang menepati ciri-ciri idamannya. Malangnya wanita itu bukan ahli gerakan Islam. Tapi itu bukan masalah besar kerana dia muslimin, yang menjadi pencorak haluan kelurga. Tapi bagaimana dengan muslimat yang gemuk dan hitam itu…

Unit baitul muslim kurang efisyen dan bias?

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk mengkritik,padahal saya berada di dalam unit yang dikritik. Tapi kritikan ini adalah semata-mata dengan tujuan untuk memperkasakan unit bait muslim sendiri. Sepanjang mengendalikan kes, saya dapati terlalu lama masa yang diambil untuk mengendalikan satu-satu kes berkaitan baitul muslim. Kebanyakannya mengambil masa berbulan-bulan. Dan jika link baitul muslim dibuat dengan unit baitul muslim di peringkat luar negara, ada yang mengambil masa bertahun. Sampai ke hari ini saya belum mengetahui mengapa kelambatan ini begitu ketara padahal kita sudah ada dunia yang tanpa sempadan, dunia di tapak tangan bilamana kita boleh saja bertanya khabar sahabat kita di luar sana dengan menekan kekunci telefon selular.
Terdapat satu evidence base yang telah saya amati, bahawa ada seorang muslimat yang dulunya merupakan aktivis dalam gerakan islam di kampus, sangat sopan dan memenuhi ciri2 wanita solehah. Dia memakai tudung labuh yang menjadi kebanggaan wanita muslimah. Kakinya sentiasa dilitupi dengan sarung kaki untuk menutup permukaan kakinya dihinggapi kotoran debu dan panahan mata lelaki tidak beriman. Saya menjadi sangat terkejut apabila bertemu dengannya baru-baru ini. Apa sudah jadi dengan penghayatan Islamnya, di mana dia meletakkan akhlaknya dulu apabila dia sanggup mendedahkan dadanya apabila mengenakan tudung bawal yang sangat nipis dah diikat ke belakang leher. Tiada lagi sarung kaki menutup kulit kakinya dari sinar ultraviolet. Saya terlalu hairan dan seharian selepas itu saya menjadi sangat takut dan mahu menangis sekuat hati. Apabila saya menyiasat dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi sebenarnya, kakak tadi yang merupakan pegawai kerajaan telah berusaha untuk menggunakan medium bait muslim di kampusnya untuk mencari pasangan hidup. Setelah berusaha, pihak yang mengendalikan kes kakak tadi mengambil langkah sambil lewa untuk menyelesaikannya. Setelah beberapa tahun, kes tadi tertunggak tanpa penyelesaian, kakak tadi menjadi putus harapan dan mula meragui keberkesanan untuk menggunakan unit bait muslim sebagai medium mencari teman hidup. Dan akhirnya akibat persekitaran dan pengaruh sekeliling, tanpa pantauan sesiapa yang bergelar ahli gerakan Islam, kakak tadi hanyut dalam dunianya dan lupa dengan segala yang telah dijanjikan sewaktu dia menjadi ahli gerakan Islam di kampusnya. Saya rasa amat sedih dan kecewa mendengar kisah ini.
Jadi saya menyeru dengan sepenuh hati supaya seluruh unit baitul muslim gerakan Islam di seluruh dunia supaya bersatu untuk melicinkan perancangan untuk membantu ikhwan dan akhawat membina baitul muslim secara optimum. Ada satu kritikan pedas yang saya dengar dari kampus jiran, “Unit bait muslim di tempat ana hanya membantu muslimat yang memiliki paras menarik dan muslimin yang berpewarakan seperti ustaz”. Alhamdulillah ini tidak berlaku di kampus saya. Saya lebih mengutamakan mereka yang memerlukan bantuan daripada mereka yang tidak perlukan bantuan. Jika apa yang berlaku di kampus jiran saya itu benar, alangkah malangnya…

Tahap kepercayaan ahli gerakan Islam terhadap unit bait muslim.

Semasa saya membuat survey dengan mengedarkan borang bancian untuk unit baitul muslim, satu daripada soalah yang diajukan di dalam borang ialah “Adakah anda percaya dengan unit baitul muslim sebagai medium untuk mencari teman hidup?”. Lebih daripada 80% menulis mereka percaya. Namun malangnya, tidak ramai di kalangan ahli yang betul-betul komited untuk menggunakan unit ini sebagai pemudah cara. Database muslimat lebih ramai diperolehi berbanding muslimin. Akhirnya ini menyebabkan lambakan permintaan dari kalangan muslimat. Di sebaliknya, muslimin lebih senang jika mereka mencari sendiri calon mereka tanpa menggunakan baitul muslim.Persoalannya, di mana hilangnya muslimin yang tergolong dalam 80% tadi? Sudahlah bilangan muslimin terlalu terhad, yang terhad tadi pula mengambil langkah yang menyebabkan sumber manusia di kalangan muslimin menjadi lebih kecil dan kecil lagi. Namun, bukan semua muslimin yang mengambil tindakan sedemikian.

Persediaan pihak muslimin untuk memiliki lebih dari satu pasangan.

Islam telah menggariskan dengan penuh hikmah dan lengkap bagaimana untuk membantu muslimat yang masih belum berumahtangga. Antaranya ialah dengan memilih jalan berpoligami. Soal adakah isteri pertama bersedia atau tidak itu bukanlah masalah yang terbesar. Tetapi masalah yang paling besar ialah apabila pihak muslimin sendiri tidak mampu untuk menyediakan satu medium yang sesuai untuk membolehkan mereka memiliki lebih dari seorang isteri. Antara masalah yang serius yang masih membelenggu para suami ialah kurang dari segi ilmu dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi. Mungkin para suami di luar sana yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan hasrat mulia ini, bersiap sedialah terutama dari 2 aspek yang telah disebutkan tadi.

Menjadikan faktor fizikal untuk mencari isteri melebihi faktor akhlak.
“ Ana nak minta calon isteri yang cantik, putih, dan sebolehnya kurus. Itu yang paling utama…”demikian permintaan yang diajukan kepada saya selaku ajk yang terlibat. Sepanjang pemerhatian ( saya tidak sempat membuat rekod secara spesifik tentang data yang terperinci kerana kesuntukan masa dan beban kerja). Secara keseluruhan, hampir 70% permintaan baitul muslim dari pihak muslimin yang diajukan kepada saya adalah berdasarkan kepada faktor fizikal melebihi faktor yang lain. Saya ingin membawa pembaca ke alam anatomi tentang siapa sebenarnya manusia di sebalik kulit ini? Sebenarnya, Allah telah menciptakan manusia semua berasal dari tanah,

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah, kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”










1. Sekiranya kita mengoyakkan satu persatu lapisan kulit (dermis & epidermis) kemudian kita akan menemui lemak (subcutaneous fat) dan kemudian kita bertemu pula dengan otot, saraf dan pembuluh darah serta noda limfa (muscles, nerves, veins, arteries & lymph nodes). Kemudian kita pergi lagi mengembara lebih dalam dari lapisan tadi, kita akan berjumpa dengan tulang-tulang (skeleton). Jadi di manakah kecantikan yang sebenarnya? Kecantikan amat superfisial. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan disimbah asid atau kebakaran kecantikan superfisial tadi akan hilang sekelip mata. Sedar atau tidak kita semua hanyalah ruh yang ditutupi dengan tulang-tulang yang melekat padanya daging dan diselaputi kulit? Yang paling penting adalah ruh atau jiwa yang terdidik dengan akhlak Islam. Tapi malang, ramai yang tidak sedar hakikat ini. Memang amat tidak dapat dinafikan punca utama yang menjadi tarikan seseorang ialah kerana faktor mukanya dan fizikalnya yang lain. Tetapi sudah lupakah ahli-ahli gerakan Islam sekalian, dengan hadith Rasulullah?

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama”.

2. Saya sangat memandang tinggi pandangan Menteri Besar Kelantan yang membela muslimat @ wanita secara amnya :Tidak lama dahulu, MB juga mengeluarkan kenyataan mengenai pengambilan bekerja wanita cantik dan tidak cantik bekerja dan kerajaan negeri melalui tutur beliau lebih cenderung untuk mengambil wanita yang tidak cantik bekerja

3. Ada kebenaran yang cuba dibawa oleh MB Kelantan. Siapa lagi yang akan membela nasib kaum muslimat yang mempunyai ‘suboptimal beauty’ kalau bukan muslimin yang telah ditarbiyyah dengan ajaran Islam?. Sudahlah sukar untuk mendapat pekerjaan, susah pula untuk mendapat suami. Saya menggunakan istilah suboptimal beauty untuk menggantikan perkataan kurang jelita.


Ada satu lagi evidence base yang berlaku pada sahabat muslimat saya. Dia merupakan seorang siswi yang memiliki fizikal dan paras rupa yang menarik. Saya hairan, ramai muslimin yang ingin membantu muslimat tadi mendapatkan calon suami. Mereka berpendapat, rugi sangat kiranya muslimat tadi dimiliki oleh orang tidak faham Islam. Jadi tidak rugikah kita jika muslimat yang memiliki suboptimal beauty dimiliki oleh orang yang tidak faham islam? Adakah rugi itu hanya untuk wanita cantik? Alangkah malangnya..

Tempoh masa kesuburan wanita sangat terhad.

Wanita akan memasuki umur tuanya apabila mencapai umur 35 tahun. Ini bermakna ovum yang dihasilkan selepas itu tidak lagi berkualiti seperti ovum-ovum yang dihasilkan sebelum 35 tahun. If the female partner is 35 years or above, fertility is halved. Fertility declines sharply after age of 37.4 (Jika pasangan wanita berumur 35 tahun atau lebih, tahap kesuburan menjadi berkurang setengah dari asal. Kesuburan akan menurun dengan amat mendadak setelah lebih 37 tahun). Dan 1/10 dari bayi yang dilahirkan oleh wanita berusia lebih 40 tahun mungkin akan mempunyai sindrom Down’s.

Saya sangat terkesan dengan maklumat yang diperolehi ini. Jika unit baitul muslim tidak diutilisasikan dengan tahap yang optimum, saya bimbang ramai di kalangan muslimat yang ditarbiyah akan lewat mendirikan baitul muslim. Tambah bimbang lagi jika berkahwin pula dengan lelaki yang tidak ditarbiyyah dan tiada fikrah. Ataupun tidak berkahwin langsung pun. Alangkah membazirnya ovum-ovum yang berkualiti itu. Mungkin ada yang sudah lupa atau belum habis membaca buku Fathi Yakan; “Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan…”5

1. Al Quranul Karim, surah Al Mu’minun, ayat 12-14
2. Hadith riwayat Ibnu Majah
3. Najah Nadiah Amran, Isu mengenai wanita Islam dalam pemikiran MB Kelantan,
Subur, hal 14.
4. Campbell & Monga, Gynaecology by Ten Teachers, Arnold, pg 83.
5. Fathi Yakan, Apa ertinya saya menganut Islam, DPF, hal 68.

24 April 2010

BERANI

Satu sifat yang selalu tenggelam ialah berani.
Berani berubah.
Berani diam.
Berani berkata benar.
Berani teguh.

Saya selalu menolak.
Bahawa berani itu ada hadnya.
Berani itu adalah berani.Kenapa perlu berhad-had.
Apalah guna ada berani tetapi dikawal-kawal.

Namun,
agama, si penenun cara hidup meletakkan,
wassatiyah itu yang terbaik.
maka hadnya disitu.
Jangan over.

Bukanlah apa.
Saya selalu pelik.Kerana saya selalu kagum dengan orang yang berani.
Aneh-aneh sekali.
Tapi itu juga yang berlaku.



Saya menyaksikan adik kecil saya hanya duduk diam.
Bila mana orang-orang sekeliling menujal-nujal badan dan bahunya.
Mengajak dia menjadi rakan seteru.
Ahhh. Dia berani untuk diam dan membisu.
Padahal apalah sanga berseteru sehingga mata lebam sehari dua.
Bibir koyak seminggu sahaja.

Ah. Berani itu bukan diomong-omong sahaja.
Berani itu ditunjukkan melalui tindakan.


Saya kagum. Malah sedikit kaget.
Menyaksikan bapa saya hanya memekak bila dibebel oleh sang ibu yang tajam dan menyusuk-nyusuk.
Ahh..Sang bapa kelebihannya disitu.
Walau matanya bersinar-sinar menahan kegeraman.

Ah. Untukmu sang bapa. Atau sesiapa yang berkira-kira merancang menjadi bapa.
Kamu mesti berani melihat situasi ini.
Kerani kamu juga akan merasainya.
Nikmat berani diam.
Dan berani menahan rasa.


Kalau bertemu sungai sederas desiran angin.
Apa yang lebih utama ialah berani.
Mana mungkin bisa ke seberang kalau hanya dengan teknik-teknik renangan ala Perenang Ompik di Doha.
Saya merasa bersungguh-sungguh aneh.
Saya rupanya pernah beberapa kali melintasi sungai deras.
Hanya kerana tertelan ubat berani.


Teorinya mudah.
merancang sekejap.
Dan bertindak selepas itu.


Ramai orang disekeliling yang selalu berani.
Berani menghembur pujian.
Kemudian menunjuk rupa hantu dibelakang.
Kan aneh.
Hidupnya penuh bermuka-muka.
Bagai talam yang tiada fungsi.
Kerana mukanya terlalu banyak.

Ada juga yang berani.
Hanya melongo mendengar kata-kata sinis.
Masih setia menanggung dosa sendiri.
Baginya kisah hidupnya tidak menyusahkan orang lain.
Namun, tanpa sedar menambah bilangan dosa orang lain yang menyaksikan.


Paling sadis melihat berani membuta tuli,
kemudian menyumpah seranah bila sedar beraninya TULI.
Menghina sekuat rasa dan tenaga.
kemudian menyesal, kerana hinaanya tidak mencapai objektifnya
melainkan kesakitan hati yang bertambah.

Ku katakan kepada diri,
bahawa berani itu bukan dinilai oleh mata yang melihat,
tetapi sang PENAKDIR yang agung,

Tetapi bukankah hidup ini bersama manusia,
maka harus redha bahawa,
diri kita bukan untuk kita,
melaikan menabur sedikit jasa&bahaya untuk orang lain.

Ahh..Berani tidak muncul kalau hanya dipelajari.
ini bukan puisi tetapi contengan perasan yang kadang-kadang berani.




Rasulullah saw. bersabda,
“Janganlah kamu menjadi orang yang tidak punyai sikap. Bila orang melakukan kebaikan maka aku pun melakukannya. Namun bila orang melakukan keburukan maka aku pun ikut melakukannya juga. Akan tetapi jadilah orang yang punya sikap dan keberanian. Jika orang melakukan kebaikan maka aku melakukannya. Namun jika orang melakukan keburukan maka aku tinggalkan sikap buruk mereka.” (Tirmidzi)






Pemimpin

Puisi Buya HAMKA untuk M. Natsir

petikan puisi yang ditulisnya secara khusus untuk M. Natsir. Puisi ini ditulis Buya HAMKA pada 13 November 1957 setelah mendengar uraian pidato Natsir di depan Sidang Konstituante.

Kepada Saudaraku M. Natsir
Meskipun bersilang keris di leher
Berkilat pedang di hadapan matamu
Namun yang benar kau sebut juga benar
Cita Muhammad biarlah lahir
Bongkar apinya sampai bertemu
Hidangkan di atas persada nusa
Jibril berdiri sebelah kananmu
Mikail berdiri sebelah kiri
Lindungan Ilahi memberimu tenaga
Suka dan duka kita hadapi
Suaramu wahai Natsir, suara kaum - mu
Kemana lagi, Natsir kemana kita lagi
Ini berjuta kawan sepaham
Hidup dan mati bersama -sama
Untuk menuntut Ridha Ilahi
Dan aku pun masukkan
Dalam daftarmu …….!

23 April 2010

terima kasih bijaksana

terima kasih.
Kamu.
Yang membikin.
aku berfikir tentang kamu.Berfikir tentang diri.

Mencari kelemahan bukan untuk kembali lemah,
kamu,biarkan aku,
mencari kamu,
disaat aku sedang biul,
disaat otakku sedang marak,aku ajak dan ajar supaya aku sentiasa mencari kamu,

tapi,
aku sudah penat mencari kamu..
letih menyusun pesimis yang sering menembak tepat,
letih membina kalungan jiwa yang kebal,
mungkin aku termakan dengan ayat-ayat kamu yang pedas bagai cili,
atau mungkin aku sedang belajar,
bahawa kamu hanya ada hanya untuk sedetik,

biarkan aku disini,
berkeloborasi dengan spirit yang masih bersisa,
aku bukan benci,
mungkin cuma sudah letih,
mencari,
dan menjejak kamu,
kamu dekat,tetapi selalu jauh,

rehatku bukan selesa,
kerana bayang-bayang kamu mencucuk memori nakal dalam tawa,
ah..
puisi ku selalu melanggar bahasa jiwa bangsa.
aku selalu ada untuk kamu,
walau kamu,
tidak melihatnya.


ahh..karektor CINTA di dalam AADC sudah mendesak jariku mencoret.
Terima kasih bijakasana.
Kerana selalu ada untuk aku.




ku lari ke hutan kemudian menyanyiku
Kulari ke pantai kemudian teriakku
Sepi sepi dan sendiri

Aku benci
Aku ngin bingar
Aku mau di pasar
Bosan aku dengan penat

Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri
Pecahkan saja gelasnya
Biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh

Ah...ada malaikat menyulam
Jaring laba-laba belang
Di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai .........


(~sedang berkira-kira membedah puisi AADC)

22 April 2010

dia adik

kalau besok. Hujan.
kami akan bersorak riang.
Kerana kami tidak perlu keluar rumah.
Kami boleh bergembira bermain dan berbaring-baring di sini.
Di rumah kami yang sopak berjuta.

Kalau besok cerah.
Kami juga akan berasa riang.
Kerana kami boleh kaluar.
Bermain-main dengan juntaian pokok padi yang kuning menyala.
Walau kaki-kaki kami,
akan terluka kerana terpijak duri.
Tergires kerana terkena kayu tajam.


"hari ini kita makan macam semalam?". Adik kecil selalu bertanya. Matanya sayu.
Merenung-renung aku.

"mungkin, kalau rezeki ada..kita akan makan seperti semalam".
Ah.
Terbayang lada besar. Di tumis bersama sambal.
Enak sekali.
Di makan bersama nasi putih.

Yang enak merimbun dikeliling rumah kecil ini.


...........................................................................................

Aku suka membayangkan. Kisah itu bagai satu cerita Sang Tarbiyyah.

"nanti kakak masak lagi...". Adik kecil selalu berpesan. Sinar matanya tidak pernah berhenti seperti sebelum ini.

"ok..boleh..tapi adik kena membantu..petikkan biji lada yang lebih banyak". Selalunya dia akan diam. Mengangguk.

"kak..kenapa lada besar tidak pedas?". Dia yang melukut bertanya. Mungil mulutnya.
Dalam kepayahan mata meniup serombong api. Masih sempat senyuman dilontarkan. Dia bagai PA yang setia menanti jawapan.

"sebab lada besar itu sudah diceraikan bijinya...bijinya itu yang membuat rasa pedas".
Tangan yang berbekas arang hitam digosok-gosok dengan kain.
Sebelum mengelus kepala comelnya.

Dia mengangguk.
"woooo.". dia sudah berdiri. Sebentar lagi, dia perlu meneman. Ke kebun kecik di seberang sungai untuk memetik lada besar kesukaannya.


Ah. Dimana sentuhan itu menghilang..?

21 April 2010

sependapat

by; AZLINAH AWANG.. (http://adzlyna86.blogspot.com/2010/04/bagaikan-langit-dengan-bumi.html)




PRESIDEN IRAN : MAHMOUD AHMADINEJAD
Ketika berucap pada persidangan anti perkauman anjuran PBB, di Geneva, Ahmadinejad menuduh Barat menggunakan Holocaust sebagai 'alasan' untuk melakukan kekerasan ke atas penduduk Palestin dan kecamannya itu telah menyebabkan semua pemimpin negara Kesatuan Eropah (EU) bertindak keluar dari dewan persidangan.
"Mereka perlu bertanggungjawab ke atas keganasan yang mereka lakukan" -Ahmadinejad







PERDANA MENTERI TURKI : RECEP TAYYIP ERDOGAN
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bangun meninggalkan sidang ekonomi dunia di Switzerland dalam keadaan berang sebagai bantahan kerana tidak diberi masa yang mencukupi bagi menjawab kenyataan yang dibuat oleh Simon Peres, Presiden Israel, yang berucap panjang dan memberikan pelbagai alasan terhadap penyembelihan dilakukan tentera Israel di Gaza. Beliau dengan tegas menyatakan : “terima kasih kerana anda tidak memberi peluang untuk saya bercakap.. Saya hanya bercakap separuh daripada masa yang digunakan oleh Peres.. Saya tidak akan datang lagi ke Davos.”
“Saya masih teringat kepada kanak-kanak yang terbunuh di tepi pantai, saya masih teringat betapa ramai yang telah anda bunuh di Gaza.” -Recep Tayyip Erdogan


PERDANA MENTERI 1 MALAYSIA

-77 juta setahun untuk membayar khidmat rundingan komunikasi pada firma perunding antarabangsa Apco Worldwide yang menpunyai talian rapat dengan zionis Israel. Bukti Apco Anti Islam : (LINK)

-Apa salahnya berbaik dengan Amerika Syarikat? Ia hanya akan memanfaat ekonomi kita?-Nazri Aziz

-Najib menjelaskan Malaysia tidak menyokong Iran membangunkan kuasa nuklear dan Obama juga mengucapkan terima kasih atas penyertaan Malaysia pada sidang kemuncak itu kerana yakin negara ini boleh memainkan peranan mencegah pengembangan senjata nuklear. (Bhairan 14 April) link

Kita sama-sama maklum siapa Amerika Syarikat, Siapa ISRAEL, Mana yang hak mana yang batil. Saya selaku rakyat biasa tidak mengharapkan PM saya angguk-angguk saja dengan Amerika Syarikat dan saya juga tidak REDHA jika benar 77 juta duit rakyat dibelanjakan untuk APCO yang sah-sah milik ZIONIS laknatullah. Bilakah boleh merasai perasaan rakyat Turki dan Iran yang mempunyai perdana menteri yang cukup berani dan berprinsip bagi saya. Bilakah agaknya...??? Sungguh bezanya bagaikan langit dan bumi...



Tinta Saya,
"bukan birthday saya!". Dia membentak. Stearing kereta bagai berputar-putar sengit.

"you all tau...birtday setiap 1 Syawal ma..". Dia akhirnya menutup persoalan hari lahirnya.

Ah. Siapa dia untuk dikisahkan.

Hadiah cantik ku peluk erat. Ah. Hadiah itu di kaku di dalam beg.


.............................................................

Ah sedang ligat melayan nada kerasnya. Hujan mencurah-curah di ladang hati. Juga di jalan raya.

"KL ini kotor,udaranya hancur,patut berterima kasih dengan hujan RahmatNya..kalau tidak mimpi nak hirup udara bersih..".

Sambil menunggu giliran Lampu Traffic. Dia berceloteh. Menenggelamkan alunan suara radio.
Aku membiarkan dia. Memerhati titisan air hujan yang semakin ligat.

Kami berdua diam. Membiarkan dia dengan sejuta ideanya mengenai sekeliling.

"hah....kalau orang nak hidup aman...jangan naik keta...naik basikal..nak mencilok senang!". Aku cuba mencari perkaitan hidup aman dengan basikal melalui aliran anak mata yang coklat kehitaman.

Oh dia sedang memerhatikan seorang pemandu perempuan yang memukul-mukul stering. Betul-betul disebelah kanannya.

"kot..kot dia dengar lagu tu..". Aku bersuara. El di belakang mengangguk.

"a'ahlah..kena bersangka baik lah.."

"yup El..husnuzon". Gerakan titisan hujan makin ganas.

Hujan di dalam jiwa pula yang reda lebih awal. Bahagia melihat hujan dan sejumlah kereta yang ligat menunggu MERAH ke HIJAU.

Bahagia.
Subhanallah.


"bersangka baiklah ni...tapi cuba betul-betul tengok..sekarHuruf condongang 'dia' dah menangis...atau mungkin sedang menjerit tu..".
Lampu sudah HIJAU.
Wanita tadi memang sedang menunjukkan riak muka yang kencang.
woo..tidak mustahil.


El ketawa perlahan.

"ko ni boleh jadi pakar psikologilah...".

Dia hanya diam. Memandu dengan kelajaun 60KM/j. Sesuatu yang masih tidak sesuai untuk jalan yang licin dan berasap.


....................................................................................................


"Nak nasi beriani....nasi lebih sikit..". Dia perlahan meminta. Terkumat kamit tukang tulis Restoran Melayu ala Mamak itu.

"teh arik paling sihat...kurangkan krim..". Dia menambah.

Ah. Kalau dia bukan darah dagingku. Sudah lama ku lempar menu-menu itu untuk dibacanya. Macam-macam feel pulak.


"carrot susu, kurang ais...". Aku betul-betul mati selera.


.................................................................

"sori bro...tunggu lama...sesak tadi...ada excident...keta depan.". King!.


Rancak King berbual dengannya. Melihat bagai aku tidak wujud.
Sesekali El mengenggam tanganku. Memang sejuk. Bagai lepas bermain-main dengan hujan asid di kota penuh derita dan cerita ini.


"El..aku nak gi toilet jap". Aku berdiri pantas.
Rakus hujan jiwa kembali. Sudah lama reda. Sejak di simpang empat lampu traffic tadi.

El yang sedang meratah kentang goreng mengangguk.
Mata 'biru'nya seperti memaksa aku untuk menjadi kuat.


................................................................................................

Toilet sesak. Ah perlu menunggu.

"Qi..aku pulang..memenuhi hasratku..".

"Qi..tinggal Selangor lagi aku tak round..sibuk Selangor ya...election kat Hulu Selangor..aku nak jadi tukang sibuk". Tergiang-ngiang ayatnya di ruangan Chat beberapa hari lalu.

"same yang macam tidak kena dengan warga sini...politic is not about party...but of course PARTI is Politic..".

Gila. Aku bagai pengingat bunyi-bunyi ayatnya. Namun, sekarang dia bagai tidak melihat aku sedang wujud. Duduk bagai cacing kepanasan di hadapannya.

"cik...?". Seorang wanita berambut perang memegang bahuku.

Oh. Aku sebenarnya tidak memerlukan toilet.

Aku menggeleng. Dia tersenyum.




...............................................................................................................................

"awat lama sangat...?". Belum sempat aku duduk. El sudah bertanya.

"jammed..". Aku duduk. Terus menghirup carrot susu yang semakin mencair.

King?. Teh O limau sudah kering. Gelasnya kosong.
Kerusinya juga kosong.

"depa out sat tadi...".

Dia juga hillang. Tinggal teh tarik yang masih berbuih lebih.

"Qi...ko mesti strong ok..". El memusing kerusinya. Menghadap ke arahku. Kentang goreng sudah hampir licin.


Aku senyum. Kenapa perlu El menduga.
Dia hanya mengenalku sedikit.


"aku taulah Qi...jiwamu terkejut...give his time ok..".Huruf condong
Dia menghabiskan sisa kentang.


..............................................................................

19 April 2010

Khabarkan



Setiap kali kita bergembira. Setiap kali itulah mereka ketakutan.

17 April 2010

Insya Allah
by ; Maher Zain

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way

Everytime you commit one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side
Insha Allah x3
Insya Allah you’ll find your way
Insha Allah x3
Insya Allah - Maher Zain

Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way x2
Insha Allah x3
Insya Allah we’ll find the way


memilih

"Saya bukan pembangkang!!!".
Arul bermati-matian mempertahankan diri.

"jadi kamu kerajaan??"

"errr..."


"Kalau kamu kerajaan...bermakna kamu menyokong negara kamu yang menjadi pusat judi terbesar di dunia...kamu setuju dengan RASUAH yang makin mendapat tempat dalam kalangan warga negara ini...kamu setuju negara kamu sedang lari dari pembangunan yang diinginkan Islam..betullll???".

"errr....saya juga tidak menyokong perbuatan kerajaan itu.."

"kamu tidak menyokong...tapi bersekongkol kannn..kamu tukang angguk...kannn??"

"mana ada...saya juga bukan kerajaan.."


"???".




...............................................................................

Selamat berkempen untuk pentadbir yang akan membawa& melunaskan hak rakyat jelata.
Moga rakyat memilih dengan betul.

13 April 2010

Home ANGAUisme

"itu kenapa?". Saya tanya mak.
Mak sedang mengaji.
Rajin mak ni mengaji pagi-pagi.
Saya tengok adik sedang membelakangi tangga.

"baca doa katanya.."
mak menutup Quran yang lusuh.

Memerhatikan adik bongsu itu.
adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.
Bagaimana dia membesar di depan mata.
Kemudian memasuki sekolah.
Hari ini dia ke sekolah.
Berbaju kurung putih dan bertudung putih.
Sebelum melangkah keluar tangaa. Tangannya sudah menadah.

"ustazah ajar di sekolah".
Mak sudah berdiri di sisi.
Kalau saya merasa kepuasan. Mungkin sebagai mak. Lebih lagi.
Dia yang mengusung perut ke sana sini.
Dia yang melahirkan.
Dia menyusukan.
Membesarkan.


.........................................

Dr. Fadhilah Khamsah. Melalui akademik beliau. Saya tidak melihat kepakarannya dalam psikologi manusia.
namun, mungkin dek kerana kajian yang dibuatnya.
Beliau kini menjadi pakar Motivasi.

Katanya;
"pernah tak peluk ayah kamu yang baru balik dari kebun..atau ladang...yang ketika itu bau peluhnya menyusuk di hidung?"
Ah. Soalan itu seperti meletakkan pisau dileher.
Betul. Saya baru mencuba memeluk bapa. Mencium dahinya.
Saya lihat bapa menangis.
Jiwa saya meruntun.


kata beliau lagi;

"pernah tak...masa sunyi-sunyi...ketika semua orang tidur...gi tanya mak...?"

"mak..mak..sepanjang saya hidup gan mak...ada tak perkara yang buat mak terasa hati sangat gan saya?".

"mungkin hanya sebab perkara kecil...mak kamu ada simpan rasa itu..

"cuba try buat..saya JAMIN memang ada".

emm. Betul atau tidak. Kita cuba dulu.




.........................................................................




"adik, apsal kena baca doa sebelum gi sekolah?".
Ketika rajin datang. Saya cuba menyibuk bertanya.
Adik yang sibuk mengira mendongak.
Mungkin pelik dengan soalan atau sedang terganggu kerana membuat kerja.


"sebab ustazah suruh kah?".
saya bertanya lagi. Adik masih sibuk dengan kerja-kerja. Mungkin cara saya salah. Sebab itu adik seperti pekak.

"mari sini saya bantu buat..".
Dia sedang membuat operasi darab.
soalan sekolah rendah. Semua boleh jawab.

Adik berhenti menulis. Dia memandang saya.
"tapi dengan syarat..jawab soalan tadi".

"ish kakak ni...".
Dia meneruskan kerja-kerjanya. Ada beberapa soalan 'matematik mudah' yang masih belum berjawab.

"kak, kita kena baca doa sebab kita mau selamat pergi dan balik dari sekolah".
Dia masih terkial-kial mengira.

"sapa cakap?".

"ustzah..mama...dan kakak pung pernah cakap".
Adoi.
Bila masa pulak saya cakap ni.


.......................................................................

Mengingat kembali.
Ya. Saya pernah mengatakannya.
Semasa adik saya sedang berdoa setelah siap bersolat.
Saya merasa geram.
Mulutnya berkumat-kumit. Matanya menuju ke arah TV.
KACANG sedang beraksi.

"kita berdoa biar bersungguh-sungguh...biar kita faham maksud doa itu...bla...blaaa..blaaa...supaya kita ble selamat di dunia ni...".

Ah. Menjiwai dunia kanak-kanak ini sebenarnya banyak menduga kemampuan kita.

"kak doalah dalam bahasa Melayu..boleh saya faham sekali..".
Semakin mereka mengenal kita.
Semakin mereka mendekati kita.
Cuma kita sahaja yang selalu tidak berfikir tentang itu.

"kalau berdoa kena ada tekad dalam diri..kena ada rasa mengharap Allah akan makbulkan".
Kadang juga terselit ingatan ini untuk diri.
Tetapi tersuratnya ditujukan kepada adik yang masih kanak-kanak umur mentalnya.
Namun, sebenarnya ada waktu, pemahamanya lebih dari yang kita fikirkan.

"macam mana mau bagi Allah makbulkan?".
"Allah kan baik..kalau kita minta..kita dapat...kadang tidak minta pun Allah bagi kan..?"

Soalan-soalan dari mulut mungil itu kadang menjerat diri kita.
Umur bukan persoalannya.

..............................................................................................

Ah.
Teruknya ANGAU ini.
Menguji kemampuan akal.
Bersedia kah kita mencurahkan segala ilmu yang ada kepada orang-orang yang kita sayangi?.
Berapa banyak kita berdoa semoga 'mereka' juga menerima apa yang kita terima hari ini?
Berapa kali kita mencuba untuk membina 'baitul dakwah' di bait kita sendiri?.
Kepada jiran tetangga kita?.

”Dan berikanlah peringatan kepada keluargamu yang terdekat.” (Asy-Asyua’raa:214)

Ah banyak lagi persoalan yang sememangnya menuntut TINDAKAN dan KESEDIAAN.

Mereka berkeliaran di sisi kita.
Mereka tidak menuntut apa-apa dari kita.
Cuma Allah memberi peringatan.

~ "ya Allah peliharalah kami...dari berkata tetapi tidak melaksanakan".

12 April 2010

DOLPHIN

Smthing real be come true,
when my eyes look pink.
when my heart look pinky.
what happens?.
where is my strengh?.
I missing smthing.
but I Found smthing in my Life.

say forever thank You to Allah.
Him knows me better.
Him created everything.






I want bougth You one day.
Because you open my eyes.
open My heart.




i realy want to describe You.
Now You in my mind.



~ be continued 'conteng2'

09 April 2010

jauhnya Syurga

“Jauhnya Syurga”
by; Haikal


ku Cuba Mengunyah Keaiban Di Dalam Diri Ini
Yang Tertuang Dalam Bekas Kesedaran
ku Cuba Menelan Rasa Cemas Yang Meracik Hati dan Jua Perasaan Ku
Di Hening Taubat dan Penyerahan

Andai Ditakdirkan Waktu Diundurkan Kisah Silam Berulang
Pastinya Kembali Menganyan Ilusi Mewarnai Mimpi
Selagi Berpaut Kepada Impian Yang Entah Terjadi
Menafikan Takdir dan Ketentuannya Merubahi Nasib
Bukanlah ini Kebetulan Tapi Suatu Pertarungan
Diantara Nafsu Dengan Keimanan

ku Sangka ku Jumpa Rupanya Bayangan
Telah ku Rentasi Hutan Penuh Dosa
Mengapa ku Ragu Setelah Dinyatakan
Kepastian Yang Belum ku Temui
Sekian Lamanya Telah Termateri Suatu Perjanjian
Jauhnya Syurga Untuk aku Jejaki

Album Haikal 2008

Kelantan adik

"kami dah nak chek-in..agak-agak dalam pukul 11..sampai". Adik menelefon. Suaranya sayup-sayup.

"pak...saya mesti pi lapangan terbang..kul sebelas nanti diorang sampai".

Dalam keadaan yang penuh bengang dan kurang puas hati. Saya hampir membentak-bentak.
Kesian opak. Hanya melihat dan diam.

"hati-hati naik bas".

Opak memang macam tu. Semalam kami bertengkar habis. Saya pun hampir menangis. Kesian adik. Niatnya bersekolah di Kelantan musnah. Sebab mak tidak sampai hati untuk membiarkan adik berdikari disitu.

Saya merasakan mak terlalu ingin melihat adik duduk di tempat yang mewah. Saya lupa emosi seorang ibu.

"apa kurangnya di rumah ni...sana mula-mula memang payahlah...lama-lama oklah tu".
Pemilihan adik untuk bersekolah di sekolah yang baik adalah suatu yang amat menarik hati. Mak pun setuju. Opak lagi setuju. Lama benar dia mengharap ada anaknya menjadi orang agamawan dalam keluarga.

"sekolah dulu jauh...kalau tidak mungkin opak juga orang yang berjaya dalam hidup". Entah berapa puluh kali opak bercerita kisahnya.

Fakor bahasa. Saya cepat-cepat menyangkal.
"mak...bahasa tu biasalah...nanti lama-lama fahamlah...tengok abang..sekejap sahaja boleh speaking bugis".

Faktor jauh, jarak, georafi lagi awal dijawab oleh ustaz.
"..insyaAllah setiap cuti sekolah..kami akan usahakan untuk adik kamu boleh balik...soal flight insyaAllah ada pihak yang boleh bantu".
Saya pun yakin dengan jawapan ustaz. Sangat optimis.

Tapi bila mak mengadu tentang 'suasana' pondok. Saya kematian idea. Saya tiada jawapan untuk menyanggah.
"adikmu masih muda...mana sanggup pisah dengan dia...kalau dia sakit...di rumah pakai, makan, segala masih diuruskan...takkan boleh dia duduk sini...dia kena lintas jalan untuk makan...risaunya mak".
Bermati-matian mak mempertahankan keputusannya.


Saya sangat kecewa. Kenapa mak begitu mudah menolak. Peluang begini hanya sekali. Tidak mudah untuk diperolehi lagi.

"ko kena faham...mak ni risaunya sangat lebih..". Angah sudah membentak. Dia memang panas baran. Membuat saya malas untuk menyambung talian.


...................................................................................................

Walaupun marah sejak semalam. Buruknya saya masih marah dengan keputusan mak dan angah. Pemilihan adik untuk bersekolah di Kelantan adalah peluang yang sangat limited. Saya sendiri membaca surat tawaran adik yang ditandatangan kerajaan negeri Kelantan.

Tetapi penolakan mak. Membuat saya sangat merasa bengang. Marah. Sakit hati. Entah kepada siapa saya tujukan perasaan itu.
Kepada mak?. Angah?. Huh!.

Saya melihat adik sedang enak menyorong troli. Mungkin gembira kerana berjaya menaiki Flight. Mengalahkan saya.

"mana kereta?". Mak bertanya apabila saya mencium tangannya.

"tiada..". Perlahan saya menjawab. Terbayang-bayang ketegangan urat berlaku sejak beberapa hari.

"kenapa tiada..?". Mak mengomel panjang. Membuatkan saya merasa bertambah sakit hati.
Silap saya. Sepatutnya saya menyediakan pengankutan untuk mak dan adik. Supaya pulang ke rumah dengan selesa.

.............................................................................................

"kak..saya nampak tadi bentuk mulut..nampak batu sapi...nampak". Panjang cerita adik hanya saya anggukkan. Kesian dia. Impiannya untuk menjadi agamawan dalam profesionnya musnah. Mungkin itulah faktor utama kenapa sehingga saat itu amarah saya masih belum padam. Pengalaman adik menaiki flight sangat mengujakan.

"naik bas 8 jam...mak mabuk". Mak juga tidak ketinggalan dengan pengalamannya.

Ahh. Saya hanya diam. Emosi sangat-sangat.

"adik nangis?...tidak dapat sekolah di sana?". Saya menyoal adik yang leka dengan beberapa bekas mainan di tanganya. Katanya ole-ole dari Air Asia.

Adik mengangguk. Matanya berair.

"adik tidak pujuk mak?". Saya membisikkan soalan ke telinganya. Risau mak akan mendengarnya. Mak sudah terlentok di kerusi hujung.

"dah...tapi mak dan Angah pujuk sini pun ada sekolah agama...". Adik pandang luar. Saya tahu adik kecewa. Seperti mana saya kecewa tidak dapat meneruskan ke Sekolah Teknik dulu.


.............................................................................................

"mengantuk??..tidurlah di sana...ada meja..ada kerusi". Makcik yang duduk disebelah menegur. Mungkin kerana melihat saya tersenguk beberapa kali.

LCCT yang bising tidak menghalang rasa mengantuk untuk terus subur.

"flight pukul berapa?". Makcik itu menyoal lagi. Kacang goreng yang dimakannya ditunjukkan kepada saya.

"pukul 7.10 pagi..". Antara dengar atau tidak saya menjawab.

"huh..makcik menunggu anak makcik ni...malam ni...flight dari Kelantan akan tiba".
Saya malas bersoal jawab. Apalagi menerima pelawaan kacang gorengnya.

Terbayang-bayang bagaimanalah agaknya adik bila berseorangan seperti saya.
Saya yang sudah biasa berjauhan dengan keluarga pun masih terasa sayu begini.
Terbayang-bayang adik dengan situasi barunya. Seperti saya menerima ketumbukan terhadap sikap orang-orang semenanjung.
Saya sudah merasa down. Merasa terpinggir. Sendiri. Bermacam-macam rasa lagi. Bagaimana jika adik yang baru berumur 12 tahun itu?.
Membayangkan usia saya di kala 12 tahun. Bagaimana agaknya saya ketika itu?.

Perlahan-lahan rasa malu dengan Mak, Angah, Opak.
Saya gagal memahami mereka. Sehingga saya merasakan mereka buta berfikir dan bertindak.
Mencengkam rasa. Teruknya amarah saya terhadap keputusan mereka dahulu.

Mungkin kerana saya juga berharap.
Adik akan menjadi ilmuan agama dalam keluarga.
Mampu membimbing keluarga dan masyarakat yang sememangya haus dan dahaga dengan bentuk hidup Islam yang sebaiknya.

Kini adik sudah berumur 16 tahun. Segan rasanya bercerita soal impian bersama dia lagi. Mungkin hanya usapan dikepala.

Saya tahu, cenderungnya kepada profesion lain. Namun, harapan agar cita-citanya dahulu masih mampu tertegak.


Saya tersungguk. Sehinggalah bahu saya dicuit.
"dah nak hampir Subuh...masa untuk chek-in".

07 April 2010

Koreksi

berikan waktu. Agar ada untuk sentiasa mengajak diri mengkoreksi,muhasabah,merenung,berfikir.

tidak cukup dengan melihat kepada sejadah sujud,
mungkin perlu melihat jauh ke dalam diri,
mata membundar merenung 'rangka plan',
melihat selangkah demi selangkah kaki diatur,

ada waktu,ibarat mimpi kemudian terjaga,




..................................................................................

05 April 2010

If I have guitar





For The Rest Of my Life

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along

OOOOO
And there is a couple words I want to say
Chorus:

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you...loving you
For the rest of my life

Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you




I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together in Jannah
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

03 April 2010

hewan


kalau nguap...tutup mulut,kalau tidak sama dah macam ni..




anak kucing pun mau hidup aman gan mak dia...bukan dicampak-campak..buang sana sini




layan Blues maa...




Berfikir-fikir. Haiwan tidak akan mengisi ruangan nerakaNya.
Berbeza dengan manusia.
Setiap inch kelakuan, akan menerima habuannya kelak.
Baik tindakannya. Bertambahlah saham amalan baiknya.




"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya".

(surah Al-Zilzal : 7-8)




Kita disarankan supaya gemar memikirkan kejadian-kejadian ciptaan Allah dan dilarang memikirkan Dzat Allah sebagai usaha untuk meningkatkan keimanan kita kepada Allah s.w.t
.







02 April 2010

satu masa

Masa itu kan..tidak pernah statik. Terus berjalan.
Masa itu kan...tidak pernah kasihan. Dia pergi dan tiada masa untuk menunggu.


Kalau suatu masa nanti,
kita akan mengenang hari ini.
Kita mungkin akan ketuk dahi.
Kita mungkin menangis keharuan.


hari ini, hanya sekali.
Hari ini tidak sama esok.
Tiada istilah sama-sama punya.


Suatu masa,
aku kan...aku akan menjadi seperti yang aku harapkan hari ini.
dan..kamu kan...akan begitu juga..mungkin..

Suatu masa kan,
kita akan pandang masa-masa sebelum ini..

kita akan sedar,
banyak yang tidak sempat dibuat..
kita sedar banyak benda yang kita baru perasaan hari ini...

Hari ini,
setelah lama hidup..
baru saya sedar..
banyak benda yang saya tiada di masa lalu..

Saya tidak nikmati,
pelukan mak,
bila saya sedang gembira,







Saya dapat bila saya sudah tahu,
makna pelukan mak,
mak akan peluk saya,
bila tahu saya mahu peluk dia,

Saya tidak pernah menerima ciuman mak,
tapi saya dapat bila saya tahu kenapa saya perlukan itu,
mak peluk saya dan cium ubun-ubun saya bila saya tahu maknanya,


Saya tidak pernah menerima hadiah daripada mak,
biarpun saya dapat nombor satu,
biarpun saya menang di padang,
biarpun saya dapat result baik,
biarpun saya menang di pentas,
biarpun saya sedang menyambut pertambahan usia saya.
walaupun 'mereke' dapat..

Sekarang baru saya sedar..
Dulu..saya tidak perlukan itu semua..

saya dapat bila saya perlu.
Sebab Allah tidak bagi apa yang kita tidak perlu..
begitulah Hebatnya Allah...tiada kompromi untuk merasakan kehebatanNya

"“ Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertakwa, orang yang kaya, dan orang yang tidak pamer.” (HR. Muslim)



aku ingin mencintaiMu
by Edcoustic

Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa


Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan berulang kali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU

betapa tak ada apa-apanya
aku dihadapan-MU


Aku ingin mencintai-MU setulusnya sebenar-benar aku cinta
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku

aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi.




Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP