20 Mac 2015

pelan rumah impian

sepanjang kita membesar dan hidup di dalam bernama rumah..
kita akan bermonolog..dan mesti ada terlintas..alangkah canteknya rumah itu..kalau begini..begitu..

eh itu aku lah..

masa sekolah rendah dulu..mata pelajaran yang paling siuk..tentulah Pendidikan Seni. Masa tu cikgu yang ajar.. kepala otak dia pelik sikit...ntahlah..

tapinya aku suka!.

lagi.. kalau dia suruh lukis pelan rumah.

aku ingat..dalam 40 orang dalam kelas tu..aku dapat good mark. Sebabnya peta rumah impianku tu lain kot dari yang lain..

sebabnya rumah aku yang ku tulis tu siap ada bilik padi!.

heee..

almaklum anak pesawah petani penternak dan peladang..4P gitu.

padi tu sebelum diasingkan hempas dan dikeringkan sempurna..tidak boleh dimasukkan dalam karung..jadinya..mak bapaku main letak bersidai menggunung di lantai..so gatal-gatal sebab padi tu mungkinlah terjadi..ini biasa berlaku apabila musim menuai.
Dalam sebulan dua setiap tahun..
hoi..bila ingat balik..kesian pun ada ..kagum ada..marah pon ada..haha.

padahal kan..ada jak cara untuk padi tu selamat dari hujan dan tidak rosak.

tapi..sebab maklumat tentang padi limit. Maka main ikut cara yang nenek moyang dulu kala..

ok.


satu lagi masa sekolah menengah..ada ice breaking..kita buat rumah impian..and konfiden aku cakap dekat cikgu..rumah impian aku tu harga RM10 ribu. "mana da rumah harga gitu". Aku diam, tapi aku yakin ada jak..sebab aku saspek rumahku masa tu harga ratus-ratus jak..
padahalnya harga ribu-ribu juga..cuma tukangnya yang kurang mahir betukang..caca marba

haha.

itu sedikit kisahnya dulu-dulu.

bila dah kawen, dapat pulak duduk dirumah sendiri. Pelan-pelan rasa..impian rumah impian akan dapat dilaksana..bahasanya begitu

paling utama..
Tema harus menjadi Pencetus dan Semangat, deng...

tapi..bila dah ada anak-anak, impian tu simpan dulu la..nanti-nantilah kita laksana..

haha..seolah-olah ada sesuatu yang menghalang..

ya..tentulah..

...ongkosnya.

tapinya..fikir balik..kalau ongkos, boleh saja di urus dengan bijaksana.

betul.

makanya..kalau terbaca artikel yang DIY (Do It  Yourself)..terus rasa macam...eh macam aku dulu-dulu..sukanya bertukang...rasa nyesal kenapalah kemahiran itu aku kasi biar...

ok..

kita mulakan dengan
A. KELUASAN RUMAH.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus." (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

RUMAH!.

tapi.ingat rumah yang 'luas' pengertiannya perlu dibaca dengan jelas. Rumah yang luas itu berkait rapat dengan ketenangan. Eh itu kena kaji huraian hadis ini lagi..

semasa di Sanbongi-Cho..setiap kali jenjalan di kejiranan sana..tenangnya hati. Sebab sana rumah memang cenonet jak.
Termasuklah rumah Muizz yang kami tinggal tu. Rumah Bujang!.

tapi..kita rasa sesuai jak dengan jiwa..kan dah dibesarkan di rumah yang biasa-biasa saja...
rasa mau niru pun ada..rumah kecil cute tetapi menyenangkan!..
kemas pon..ndak payah maid.
itu sebab orang Jepun jarang guna maid...mungkinlahh...

mari kita lihat contoh pelan rumah yang cute macam rumah kami ni..heee

aku suka betul sama 2 pelan di bawah ni..lebih kurang dengan bentuk rumah kami sekarang.





Maaf..aku pun lupa Page mana asalnya ni..
 ada TV..sekeping Sofa..dan meja makan...
kabinet dapur..cukup!





ni best..sebab ada kaki lima...
Ni aku suka..sebab ada kaki lima tu..paling siuk time sarapan kah..minum petang ka..sambil panggil jiran join sekali kan..nikmatnya...jiran-jiran ni aku nampak depa ok jak kalau lepak sambil-sambil duduk luar ni..
minum-minum kopi..makan cekodok atau ikan bakar...ehhh

atau akulah wanita rajin ni..sambil menaip buat kerja, menulis..boleh duduk situ..sambil moniter anak-anak cerdas cergasku tu..biar dorang lari keliling rumah setiap petang..

pelan itu untuk rumah single la tapi..


amboiiii..
1. Sofa 2 ketul
2. TV lekat dinding
3. Meja makan
4. Kabinet Dapur

B. SOFA

SOFA seketul..boleh muat 3 orang

yang ni tambahan... nanti jadi bahan main anak sekali..ok apa

ni pon kasi gabung comel juga

ni lagi rare..cuma ambik ruang..rumah besar gedabak sesuailah..

Sofa ni...beli satu keping yang tahan lasak..tambahan tu..yang biasa-biasa sudah memadai.

C. TV
sekarang ni popular TV plasma kan..bagus juga guna TV tu..jimat rak TV..
lagi rumah yang saiz cenonet..
dan kebaikan tiada rak TV ni...selamat!

sebab ada anak ni..kena fikir juga..TV jadi pusat panjat memanjat..

dan elakk letak barang merapuh atas rak TV tu..

kalau perasan..rumah yang tiada maid memang kawasan rak TV ada memacam benda merapuh..kadang benda yang patut tiada pun..diletak atau terletak disitu...hmmm

TV perlu??
perlu sangat. Orang datang rumah..takkan kita mau ajak borak sepanjang masa kan..sesekali biarlah tetamu tengok TV..pepandailah pilih siaran.

kadang tuan rumah pun penat..kena story-mory lagi dengan tetamu..

kalau ndak story-mory..takkan main pandang muka..itu menjemukan ok!


D. Meja Makan..

Untuk rumah yang comel. Bilangan ahli rumah yang tidak ramai..perlu pilih saiz meja yang menjimatkan ruang!..
dan..sebaiknya meja tu boleh guna tempat study jugaa..haha

terus cari yang muat untuk 8 orang.

sekali fikirkan kalau ada tetamu bertandang..

kredit: Ikea.com.
segi empat tepat.. saiz dalam 260x95 sm
dekat Ikea harga RM799..pitam!.

tapi..kalau ada bajet memang sesuai..

kumpul lah..sebulan RM300..3 bulan boleh sudah beli..meja sajalah tapi..kerusi..HARGA asing..*pitam lagi

kelebihan bila beli asing ni..design nampak cute gitu..lepas tu..kalau bajet kurang bijak disimpan..beli kerusi satu-satu..haha..jadi nanti kerusinya lain-lain corak..

ni kerusi binaanya kukuh..tengok dekat kaki kerusi tu ada kayu menyambung..
ni harga pon dalam 80 Dollar..beli di Amazon.com
ni rare..tapi terasa memang sesuai untuk orang-orang yang tiada anak kecil..
harga pon cantek...95 DOLLAR sekali shipping..ambooii dolar bah dia...
kredit: Amazon.com


ni lah impian rumah nya..kabinet dapur...nanti kita cerita panjang lebar di bahagian lain.


Rumah adalah pusat rehat sementara kan..tentu kita tenang kalau duduk di rumah yang menenangkan...gituuu

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP