23 September 2012

si nasi lemak yang baik hati

al kisahnya,dah terjaga awal.Tetapi Fath berpaut.memang payah mau bangun.
tertidur.Lastly,bangun lewat.
terkejar-kejar bersiap.Kelas pukul 8,pukul 7 masih di rumah.Barang Fath belum disiapkan sepenuhnya.Semalam balik lewat.Letih otak dan tenaga.


Semalam lapar.Alhamdulillah sempat singgah membeli roti dan makan.balik rumah tidak larat mau bermasak-masak.

masa saya tahun 1 dulu,roti ni 50 sen jak.
Kerana laparnya.Dah lewatnya.Zauji gigih singgah di kedai makan depan Klinik.Beli nasi lemak.Beli kuih seri muka.Kuih tu abis.Fath pun yang masih lalok seronok makan.

nasi lemak tu lauk ikan bilis,telur goreng seciput dan sambal (sedap..dap..dap)

kesian Fath masih ngantuk dah dimandikan.Itu idea abi ya Fath.Ummi tolong laksanakn jeer.

Dalam rushing,apa yang boleh dibuat ialah istighfar.Mana tau dapat lecturer yang macam abi.Lewat tak dapat masuk kelas :).

Sampai blok.Terus tekan lif naik.Sampai ke kelas.Hingar bingar.Semua mesra.Saya jak yang jakun dan takut-takut.Kebetulan dapat meja betul-betul depan pintu.Sambil berkenal-kenalan dengan orang sebelah,hati saya berdetik gembira.Kira lecturer yang lambat la..
dan..hampir sejam tunggu.Perut tidak sempat pun jamah nasik lemak tadi.

Pukul 9 rasanya,lecturer sampai.
tup-tup, dia kata tidak dapat buat,kalau kelas hari Sabtu.
rasa macam nak tumbuk muka je.Dia mesti tau,yang datang belajar ni kebanyakan adalah pekerja isnin-jumaat.
lepas tu.saya tenang balik.dia kan ada kuasa.
akhirnya dia tukar ke hari jumaat petang kul 4.

betul-betul buat saya tidak senang.Macam ni saya kena beralah.Zauji bekerja jumaat.Siapa mau jaga Fath.Rasa nak nangis pun ada.Saya ada 2 sem sahaja untuk kelas.Sem depan belum pasti subjek tu ada.
Sekarang ni tengah berfikir.Saya kena ikut zauji ke ke tempat kerja.Lepas tu naik kereta api ke Tanjung Malim.Fath simpan gan abi.Nanti abi abis keja baru gi sama.
ataupun sem ni saya amik subjek lain.Supaya jumaat petang free.
hish.

pasal kisah nasi lemak tu.Tepat kul 12 malam ni saya amik dari bakul.Konon nak makan.Tapi sudah basi.Lalu saya berfikir.Nasi ini mesti dimakan juga.InsyaAllah oleh kucing.Besok saya akan ke luar pagar dan simpan elok-elok di atas tanah.(rezeki kucing namanya).Selama ni kucing tu asyik minta.Saya buat tidak ada perasaan.Amik hang!

Esok zauji pulak akan rushing.Selamat bergembira bersama SV ya sayam.(^__^).

pengajaran;
1.bangun.jangan sambung tidur,walau anak menangis merengek
2.sebelum tidur setelkan semua urusan rumah.Walau badan rasa mau tercabut
3.Berdoa selalu.sentiasa.dimana pun
4.jangan marah.senyum dan menyanyi oh lala.Supaya tiada timbul rasa benci kepada orang lain.
5.makanlah makanan yang zauji beli.walau apapun berlaku
6.jangan sombong dengan haiwan bernama kucing
7.semester ni mesti rajin baca jurnal.
8.buat hubungan bai dengan sesiapa.walau mereka kurang mesra dengan kita
9.makanlah pil yang boleh menambah tenaga.Sebagai perempuan,isteri,ibu banyak kerja perlu dibuat.
10.Jangan bermain alasan.kalau memang salah diri sendiri.makan.telan.jangan segan-segan.

19 September 2012

bapaku

bapa saya jatuh sungai.
tangan bengkak.
dalam kebun tu ada sungai.
sedih.Bapa saya jatuh ketika membawa sawit.
huwaa.(rasa nak pi ubat tangan dia).

bapa saya sangat kind orangya.
semasa saya sekolah dulu.dia selalu cakap.Tak payah keja.Buat keja sekolah.
huhu.
Bapa saya juga solat on time.Makan tak kisah apa.
kuat berkerja.
saya selalu berangan-angan.Saya akan masukkan geedebuk seploh ribu untuk dia cepat-cepat naik haji.
itu angan-angan dia sebelum ni.

ya Allah sembuhkanlah bapa saya.Baca Al-Fatihah seploh kali.(tamau sedih)

bapa cium pala Fath.Masa ni Fath sibuk kacau atok yang potong daun untuk buat buras

16 September 2012

saya suka gelaran pelajar

13hb pi daftar.Zauji amik cuti,jadi pengasuh dan driver.
InsyaAllah ilmu dituntut untuk penambah baikan amalan.




Fath dah nak berdidi di tingkap.Dia memang sedikit jakun dengan ilmu itu.Pantang ada tempat bersandar semua nak dimanfaatkan.

tengahari terik.Parking jauh sangat.Jadik..berjalan kaki la

Fath boring dengar ceramah.Dia nak main sangat.Bagi buku terus fokus main.Walaupun dikeronyoknya itu buku

panas ok!

Saya posa.Jadi rezeki abi.Saja amik buah lebih.Tapi zauji dok suka buah masam (paksa juga dia habiskan.Walau matanya terpaksa)

Fath rileks,lepas ni duk surau sampai ummi abis taklimat.


lepas taklimat.Pegi ke kampus Proton City yang baru tu.Indak bestnya.Luas.Suka lagi dengan kampus lama.Ala-ala keluasan sekolah.

saya suka no 03 tu.Bab bangunan keciwa.belum lama guna dah banyak retak.(ya Allah kontraktor muslim punya projek ni.mesti)


i.Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah). (HR. Ibnu Majah)
ii.Seseorang yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu niscaya Allah akan mudahkan baginya jalan menuju Syurga (Shahih Al jami)
iii.Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syorga. (HR. Muslim).
iv.“Barangsiapa melalui suatu jalan untuk mencari suatu pengetahuan (agama), Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.”(Bukhari)
v.Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Alloh sampai dia kembali  (Shahih Tirmidzi)

11 September 2012

Motor GP


masa ni Fath dah 6 bulan kot.(lupa pulok)

pengalaman saya di tahun 2011.
mengikuti zauji ke promote unisel.
di Penang.
Motor GP.bingit.
tiada kebaikan pun kepada saya.
hanya membazir wang milik syarikat bertanding.
beli motor luar negara.tambah-tambah sana-sini.
lepas tu cari penunggang.
dan masuk bertanding.
apa kebaikannya?
melaikan tolong promote duit Petronas yang dilaburkan dalam sukan motor ni.

Allah.
kalau betul niat mau menaikkan nama Malaysia.
Mudah.
suruh syarikat yang mau bertanding cipta motor sendiri.
selain boleh bagi duit kepada manusia yang ada Ir.
boleh juga membangunkan Malaysia.
Sampai bila asyik beli luar negara.asyik bagi tauke dari luar negara kaya raya.
sampai masanya bagi rakyat itu duit semua.Bukan bagi free pung.

Malaysia beli saja mesin dari luar negara.
gunakan beberapa manusia bernama Prof,Dr ,Ir untuk gunakan pelajar mereka di Universiti supaya cipta benda bernama MOTOR.

Hasilnya,bolehlah Malaysia cipta motor kuasa gas.Jimat minyak.Selamat di jalan raya.

09 September 2012

Kesyukuran buat raya

salam puan Majita.

Esok U nak bikin rumah makan-makan ka.Ala-ala Open In The House.Sekali harunglah kenduri kesyukuran.
Jadi U bikin apa lah untuk esok.Ataupun untuk pagi nanti?.

OK.I indak bikin apa pun.
Kue adalah dalam 2-3 jenis.Kue simple jak.Gi kedai sure Uols indak jumpa.
Maklumlah tangan I satu.Ditambah dengan kemahiran membuat kue yang hebat.Jadi I belasahlah apa yang mampu.Lagipun niat hati nak jamu orang.Jamu orang bagai jamu diri sendiri makan.Mestilah nak yang terbaik.Dan paling penting mampu buat.

U adakah barang nak guna buat segala menu.Rumah U macam kosong jeee.

Adalah.Orang lain guna periuk besar.I guna periuk yang guna masa belajar.Bolehlah masak 3 bungkus ketupat segera.

periuk masa tahun 3 dulu.masih boleh berjasa
Apa menu U,macam hebat.

Menu I.Biasa jak.Kalau U terbayang student-student rumah sewa buat rumah terbuka.Begitulah rupanya.Menu I Coto Makassar Ciplak,Cendol pulut,mee goreng,dan sedikit kue raya.Banyak kan.(^__^).
kek simple.Saya kukus.Leceh main bakar.Lagipun loyang tiada lagi

ni kulit popia.Adik kembar tolong roll.Lepas goreng.Bagi minyak meresap di kertas.Lepas tu boleh campur gula dan nestum,kacang


Banyak sangat.(telan liur.).Tapi rasa ok ka?.[macam menu budak kolej yang jemput kawan datang ke bilik]

Ok tak Ok I buat sedaya mampu. sigh*

Ok.

Dah jam berapa ni.U belum tido?.

Belum.I nak buat menu untuk esoklah punya pasal.Tadi I ke Bangi ada ijtimak.Best.tapi penat.Jamm sahaja jalan.Penat I tekan clutch.(erk).Zauji I drive.I kat belakang main gan Fath.
Balik pula,lalu Federal Highway.Apa lagi saja cari pasal lah Jamm.Sebab nak amik adik lelaki I.Boleh I buli besok jadi waitress.Takkan I,Zauji,Fath layan orang. (hohoho.gelak separuh gangstar).

U ni pembuli.

Mana ada.I minta tolong gan dia.Dah adik kembar I ada kelas tambahan.Erk.Kelas ganti esok.Siapa lagi yang dekat boleh diharap kalau bukan dia.Lagipun dia memang rajin. (ayat selamat).

Kenapa U tak start awal kerja semua tu.Dah tahu kemampuan terbatas.

Zauji I,tetiba nak buat makan-makan.Katanya kita tidak mampu nak buat macam orang lain buat.Tapi bukan alasan untuk kita tidak buat.Selain ajak orang masuk rumah baru kita.Kita ajak beraya sekali.Saya tukang sokonglah.

Budget ok?

Budget memang tak payah cerita.Bulan ni saya daftar.Zauji I ke UTM.Bulan lepas kenduri akikah.Agak-agak ok kah tu?.

emmm.

Tapi.Kita buat apa yang mampu.Itu yang jangan pelik dengan barang-barang yang tempat simpan menu tu.Macam rupa orang takda rumah.Hee.
Mak mentua pesan.Dari sewa rumah.Baik beli.Mahal sikit.Tapi tak terasa ada aset.(kata orang harta)

Yala..yala..pi lah sambung kerja terbangkalai tu.Kang mata esok payah nak buka.

Baiklah.Lagipun zauji I lepas Subuh nak antar adik kembar saya esok ke KTM Sungai Buloh.Kang menangis mereka.


lepas tu nak jahit selendang nikah.Nak jadikan ia selendang segera.Zauji dah tegur nipis masa pakai tadi.Memang nipis,tapi kalau betul cara pusing.Tidaklah nampak nipis tu.Silap diri sendiri.Kena dibetulkan segera.



Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP