13 Julai 2011

K.A.M.I BERSIH 2.0 dan biasa-biasa

mula-mula saya ingat.Biasa saja.
Tetapi bila ada kawan-kawan yang sound-sound.Saya pun chek-chek kenapa perlu disound.Emm.

Masa ni berasak-asak nak daki tembok.Sebab gas dah penuhi kawasan hospital Tung Shin. Saya pulak asyik pegang beg yang zauji bawa.
Akibatnya ramai muslimat tidak dapat kemana.Nak tak nak yang muslimin dan lelaki buat rebat. Bagi peluang muslimat lari. Depa baca doa Baca doa wehdah,laung takbir,baca doa yang tidak boleh tahan. Sedih siot!.
Hampit semua yang buat rebat digari dan digertak sehabis baik oleh polis-polis yang tidak memakai nombor anggota pada pakaian.Termasuk zauji saya.
Tapi dorang masih rebat walaupun polis dah depan hidung. Berani..moga semangat ni boleh diteruskan.Aminn.
Ada jugaklah mereka yang berjaya lari pecut.Ala-ala merentasi desa gitu. Saya selamat dari garian,mungkin sebab diorang tidak berani nak gari perempuan..cis!

Kenapa saya ditangkap. Sedangkan saya berpeluang melarikan diri.
1.Sebab saya tidak lari.
2.Saya duduk-duduk depan-depan Polis. (masa ni dok fikir,camana nak balik..beg ada gan zauji).
3.Saya memang berharap dapat follow zauji saya. (bukan dengan follow sambil bergari).

Saya seluk poket,ada coklat.Saya makan.Saya bergegar sebab terkejut dan lapoooo.
Polis-polis itu datang dekat,minta saya bangunNasihat saya macam-macam,kenapa perlu ikut telunjuk orang anti Islam.
Saya minta polis jangan dekat,nanti saya trauma.Iyalah dah lelaki mengelilingi termasuk jurukamera,mana tidak getarnya.
Lagi saya memang tengah sedih,sebab polis tarik zauji saya macam orang tarik upih sambil lari.
Saya minta polis jangan dekat.Nanti saya mual. Cehh..

Selepas bagi amaran kepada depa. Depa pulak ceramah saya macam-macam. Saya diam jak. Sebab saya memang lapooo tahap dewa..Dah masa lunch pun.Sesekali saya sebut Allah dan beristigfar.Sebab terfikir kalau my second mak yang tidak sehat tu tengok gambar saya dan zauji yang kena gari.Huh..mesti parah.

Ada kawan-kawan Jemaah yang kondem.Depa kata tulah..sapa suruh sorang-sorang.Emm.Sorilah kami memang hanya pergi sepasang. Dan kami menjadi jemaah di Jalan Pudu.

Kenapa mesti kena tangkap?
1.Kena kepung (polis main tipu serang depan belakang guna air berasid gan tembak gas).
2.Kena panjat tembok tinggi.
3.Muslimin nak cover muslimat-muslimat yang nak panjat tembok tu/tebing tinggi (mesti take time,pompuan kan)
4.Kami memang layak ditangkap,sebab tidak lari.Sedangkan polis lari macam lipas kudung ke arah kami sambil bawa gari.


Saya berasak-asak sekali.Masa zauji dah digari.Saya sedih sebab beg saya sekali dibawa.

Selepas bangun.Sekawan polis mengiringi saya sambil mulut berceramah.Saya hanya tunduk.Sebab memang malas dengar ceramah skrip TV depa.

Untuk ke Black Maria,saya kena berjalan hampir 100M.Polis wanita yang lawa itu pun sama.Mengiringi saya kemudian memprovok saya.Nak heret sayalah.Saya buat lembeklah.Paling tidak lupa ada makcik cina tua,sound:
"haayya..amoi pun nak tangkap kaa"
Beranilah makcik ni.Saya hanya lambai kat dia.
Tangan saya tidak bergari,sebab diorang dah kehabisan gari.Dan saya awal-awal lagi gitau saya pregnant.

Berpuluh-puluh kamera amik gambar.Saya malas dah nak cover muka.

Sampai depan trak Black Maria.Saya nampak sorang kawan lelaki yang kerja dia cikgu.Dia angguk dan senyum kat saya. Saya dah lega.Tercari-cari mana zauji saya.
Dia ada!.
Dan kami duduk sama-sama.Sambil berborak-borak pasal penangkapan itu.
Ada beberapa pacik-pacik,rasanya BERSIHsian gak,singgah dan bagi kami air yang sejuk lagi damai.Fuh..punyalah sedap.Terima kasih wahai pakcik-pakcik.

Sampailah naik trak,ramai yang lambai-lambai. Sepanjanga jalan. Seronok rasa.Kami dibawa dengan laju.Macam ambulans.Semua bagi laluan.

Sampai Pulapol.Polis gunting gari plastik tu.Pasangan gari saya budak SP berjubah bunga-bunga yang memang tak tahu apa-apa.Penat saya & Zauji menginterviu.

Kami beruntung.Sebab selamat dari dokumentasi.

Sana PULAPOL.Banyak mesin fotostat baru.Layanan polis pun bagus(sepatutnya begini pun).Iyalah kami bukan pesalah pun.Pun belum terbukti ada salah.

Yang lawak.Pakcik-pakcik asyik bertakbir bila sebut nama,masa pemberian IC.
Kalau yang bukan Islam,depa tepuk tangan. Memang meriah lah..macam ada expo pulak.

Polis-polis tu amik masa yang lama nak bagi IC kepada lebih 600 tahanan.Sebab dorang jerit nama satu-satu.Entah-entah masa tu ada yang solat,ada yang gi tandas yang hampeh.

kami untung sebab polis pegang IC sekejap jak.
Dan dapat cepat.

Inilah masalahnya,IC ambil,tapi lambat pulang.Tak pasal-pasal kena tunggu lama.Kesian diorang. Patutnya polis buat kaunter macam kita amik kad matriks dulu-dulu tu.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP