25 Mac 2011

tiada dah


Hari Rabu lalu (23/3/11). Hari yang penuh dengan rehat.
terkejut sekali lagi, aliran darah terlalu banyak.

"apakah?".
cepat-cepat saya memesej incik suami. Untuk memaklumkan.
sebagaimana pesan orang klinik.
"kalau darah banyak keluar..cepat datang klinik".

jam hampir ke pukul 4 sudah,
incik suami belum tiba,
padahal mesejnya suruh bersiap.
perut dah mencucuk!.

"ada Viva student..kena tunggu siap..".
oooo..saya harus faham.

sambil menjama roti dan air kosong,
coco-crunch+susu,
saya menunggu-nunggu, sedikit video cuba dibuat untuk persembahan minggu depan.
sakit makin menekan-nekan!.
seperti sengugut!.
saya gagahkan diri juga.

sebelum pukul 5, incik suami dah tiba diluar pagar. Menghon-hon tanda minta cepat.
sedangkan saya terkial-kial memasukkan kunci ke pemutar pintu.
terasa payah menegakkan badan.

"kenapa?".

saya hanya diam. Tidak mampu menerangkan.

"sakit". air mata saya dah keluar.

..........................................

"klinik dah tutup?".
incik suami cepat-ceoat masuk ke ruangan klinik ibu&anak.

tekanan darah saya diperiksa, keterangan diminta. Sakit!.

"dr dah balik...so..nak refer ke Hospital Tg.Karang?".
saya hanya angguk.
incik suami tidak puas hati. Mungkin semasa berbual di kereta tadi. Saya tersebut Hospital Sungai Buloh!.

"mana lebih dekat?." Incik suami tanya kat sorang lelaki, mungkin pegawai perubatan di situ.

"baik Hosp. Sg.Buloh..sebab sana ada pakar".

saya dibaringkan. Tangan dicucuk jarum sepanjang jari kelingking!. sakit lagi!.
badan saya dimasukkan air.
entah apa tujuannya.
mungkin untuk elak saya terhidrat.

van ambulans dah ready di luar. Saya segera dibaringkan. Seorang jururawat yang mengisi kad booking saya 4 minggu lepas menemani. Dia adalah pegawai on-call.

"saya pening..tak boleh pandang belakang".
dia memaklum.
saya hanya senyum.
kaki saya diselimutkan.
sedikit sakit masih terasa. Tetapi tangan kanan tetap dengan kesakitan jarumnya.

saya berbaring dan merenung langit sepanjang jalan.
bunyi siren ambulans membuatkan saya sesak dada.
saya sedang sakit!.

......................................................................
sampai sahaja di ruangan KECEMASAN, saya didaftrkan. Diambil tekanan darah sekali lagi. Beberapa pesakit membuat saya terinsaf. Ada lagi yang lebih daripada saya!.

hampir 15 minit menunggu, saya ditolak ke bahagian wad bersalin.
wooo..saya hanya mengikut. Terasa ada baby pulak.

saya dimasukkan ke bilik EPAU,wad no 16.

"Dr Ahmad!".
aduawai...kenapa lelaki pulak.
saya tidak betah duduk. Darah dah memenuhi ruangan belakang baju. Agak lama menunggu, seorang jururawat muncul. Jam menunjukkan pukul 7.

"nah..pakai...buka semua seluar". Kain berwarna pink diberikan.

sedang tangan saya setia dengan botol berisi air yang memasuki badan melalui tiub. Saya perlu memakai kain pulak..alahai..

saya segera masuk ke tandas dibilik itu jua.

darah menitik di lantai.
banyaknya darah saya!.

saya berjalan bagaikan orang masalah lutut.

"ekkk".
seketul daging sebesar tapak tangan keluar di kain pink.

"this is my baby?". Saya tidak dapat menahan mata. Dia dah pergi.........

........................................................................

"kenapa awak menangis..sepatutny awak bersyukur..manalah tahu..lahirnya nanti tak cukup sifat". Jururawat itu menegur saya yang menangis bagaikan kanak-kanak yang dicuri ais krimnya.

"saya sedihlah nurse". saya ingin membela diri. Tetapi..

"apasal duduk situ". Dia menegur saya, apabila saya terus duduk dikerusi milik Dr agaknyalah. Sedangkan saya sudah dipenuhi darah. Dia mengambil bekas untuk menempatkan janin tadi.
saya ingatkan tidak cukup,rupanya kecil sahaja dia. Sesuai dengan umurnya, 9 MINGGU 3 HARI.

innalillah..wainnalillahi rajiun..
sykurlah.dia keluar secara baik. tidak perlu dipaksa keluar menggunakan alatan pulak!
selepas menghubungi suami, saya diberikan katil untuk berehat.
saya memaksa suami saya masuk, walaupun undang-undang hospital tidak mengizinkan.

"tolonglah Cik...isteri saya sangat sedih sekarang".
Saya mendengar perbualan suami dan...mungkin scurity kot.
ya...saya memang sedang bersedih ketika itu. Dan saya tahu, saya sedih bersama-sama...


"sabar ya sayang...Allah mesti bagi hikmah banyak".





nota tumit:
moga masih ada peluang untuk saya menjadi isteri yang terbaik untuknya. Aminnnnnn


2 ulasan:

zulaikhahamidon berkata...

Takziah Majita. Dia menunggu di syurga insyaAllah :)

be a better muslim berkata...

maaf.lambat perasan ada ucapan cakna Pn.Zulaikha.
InsyaAllah.Saya Allah bagi saya anak juga selepas yang first tiada.

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP