12 April 2013

RFC yang enap

Tadi zauji bawa juga ke RFC Sungai Buloh tu. 
Abis Maghrib, kami pun pigi. Walaupun aku mabuk dan rasa mau uwek uwek.

haahaha.

sebab semalam saya ulang-ulang ayat RFC. Dan zauji pula kurang sihat. Tapi mau juga dia berlumba badminton dengan rakan sekerjanya.
jadi, saya sedikit terkecewa.
hihi.

poyo disitu.

Zauji selalu cakap. Kalau dia tidak bersukan, badan dia lemah.
ok.
dan saya selalu balas.
Diluar rumah banyak rumput boleh jadi alat sukan.
heee.

Di petang hari, dia memprovok dengan ayat-ayat RFC. Padahal petang itu saya sedang merasakan kepeningan kepala, keloyaan tekak. Dan tepat zauji balik. Saya pun uwek uwek dengan bunyi yang syahdu.

Balik dari RFC saya dah memang rasa kurang selesa, terutaman di bahagia 'rumah' si Angah tu.
Zauji pula dengan berbesar hati. Bermohon supaya dia boleh berehat.

Saya pula, dengan penuh rasa bersalah perlu mencari kaedah mendapatkan Gong untuk program kelas. Juga ditambah amanah untuk menyiapkan tugasan Prof Aminah.

Maka, kami dicabar oleh Fath yang dikereta diam seribu bahasa. Sampai rumah, aktif seluruh tubuh badan.
Saya dengan rasa berterima kasih, membiarkan Fath mencantas keinginan saya menaip. Dan saya terganggu untuk membuat kerja. Siang pun begitu, malam pun begitu. Itu semua alasan. Haha.

anak pintarsoleh penguat semangat umi dan abi.
Makanya, selepas Fath bertiduran. Barulah saya boleh meneruskan kerja. Dan kerja saya selalu tergendala, dek kerana apa yang mahu ditulis. Tiada langsung tertulis. Sebab otak langsung tidak dapat mengeluarkan idea.

Poyo kata orang-orang.

Sebenarnya....

Cabaran utama saya ialah diri sendiri. Saya tidak perlu melayan ketidak adaan idea dengan mencipta idea.
Cabaran kelincahan Fath, adalah penguat kepada semangat mahu menangguhkan kerja.

Ok. Saya sedar hakikat itu.
Maka, saya pun mesti menulis dan menulis. Supaya saya dapat menyiapkan kerja itu.

Bak kata zauji.
"tulis jaklah apa yang ada, nanti edit".

(^_^). Senyum walaupun sandi'.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP