19 Januari 2015

kedai perkakas rumah keperluan bayi online murah

bismillah.

alhamdulillah. Walaupun saya rasa kadang penat, tetapi bila dapat bantu orang beli barang tanpa keluar rumah.. atau keluar dari opis..or tempat kerja.

mestilah ada kekuranngan.
saya sendiri. kadang sambil reply sms/wassap mungkin sedang buat kerja juga. reply lambat..biasa kalau saya diluar kawasan..atau internet meragam..selalu gak internet ni meragam.

tapi..saya usahakan juga untuk mengurangkan kesilapan.
setakat ini kalau pun ada kesilapan. Kes lambat bank in..and barang pulak limited.
bila dah bank in..orang dah bayar pun barang itu. So..kita kena utamakan siapa yang beli dulu.

ramai..mungkin tidak yakin nak bank in banyak. Takut tertipu kan..
tapi..insyaAllah..jika beli dari Blog ini..atau no 0132001504..ITU bermakna BETUL.

ada gak kes..pembeli main beli..ukuran tidak dibacanya secara detail. Bila dah dapat, rasa geram sebab tidak muat..
bila kes begini. Pembeli perlu keluar kos untuk pos semula.
dan bagi saya, jika barangan itu kurang dari RM30..baik jual kepada sesiapa..jual murah la..rugi RM2-RM3 lagi bagus..dari keluar kos pos.
MELAINKAN ia berpunca dari saya..contoh beli warna putih..dapat warna hitam.


ada yang tertanya apa lagi yang saya jual. Sebenarnya banyak..cuma ada kalanya saya sendiri tidak kesempatan update. Masalah LINE internet la puncanya.

har har.

saya tidak pos. Semua di pos oleh supplier. Ini juga punca kenapa barangan yang saya jual sangat murah berbanding beli diluar atau secara offline.

saya direct kepada pembekal.

ada yang tertanya..bolehkah jadi dropship..

saya ok. Cuma harga saya adalah sama..terserah kepada anda untuk make up harga.


1. CUBES DIY
 - 16 CARTOON
 - 16 plain& shoes
 - 12 CARTOON
 - 12 plain
 - 9 cartoon
 - 9 plain
 - shoes rack

2. PILLOW
- semua corak FROZEN

3. ORGANIZER STROGER (WOOD)

4. KITCHENWARE

5. MUMMY DIAPER & CARRIER

6. TOYS

7. TV PRODUCT

8. ROMPER/ JOMPER/ SLEEPSUIT

9. PROJECT LIGTH MUSIC

10. SWIMMING POOL

11. ROCKER BABY

12. NURSING DRESS- BLOUES NURSING

13. SKIRT MURAH

14. PRODUK SHAKLEE

15. PRODUK TANAMEERAH

16. SEQY BEUTY BB CREAM




17 Januari 2015

TANDAS KANAK-KANAK

AMBOIIII..
tajuk gempak dan gelisss..

ok. sesuai untuk training anak umur 3 tahun tu..training awal pun bagus juga tuu.


RM65

postage:
RM8- SEMENANJUNG

SABAH SARAWAK: RM38.
agak mahal..pos laju kan..

sms/wassap: 0132001504
EMAIL: duhaihati03@yahoo.com








10 Januari 2015

Taufik Kopitiam, Restoran Cina Muslim Kuala Selangor

lama sudah nampak Sign besar restoran ni ..tepi jalan juga.

sementara ada keperluan..mari lah kita menyinggah..perut pun minta isi kan



belakang tu pintu ke atas..surau

masa masuk ni..ada pelanggan India..di luar ada juga beberapa meja..ada juga pelanggan
lengang juga..

SS order air Teh Halia

kah kak..dapat teh ni..dalam tu ada halia..sabar jaklah.. SS kan mana suka teh susu..

aku minta puji order nestum..harga RM2.50. oklah..kalau jarang-jarang.

SS order nasi goreng Itik..itik diptong-potong..dan dimasukkan bersama nasi tu dan digoreng..jadi nasinya hitam lah sikit :). Sedap juga..jarang makan kan..sedaplah

ni sup..aku suka dalam tu..sengkuang kali..

aku ini..nasi Itik..itiknya ndak berminyak..rasanya dibakar..sama macam nasi goreng SS. Harga RM7.50
komen:
1. Itik rasa cam ayam..baru terasa begini rupanya masakan Cina.
2. harga ok.


*tapi baru ni ada pigi..rupa nasi istiknya..lain..macam itik tu digoreng.
aku ingat kawan cina cakap, itik yang sedap dibakar..sampai habis minyaknya..

jadi..lepas ni..mungkin ndaklah kami makan disini..melaikan itiknya macam dalam gambar di atas.

hehe

06 Januari 2015

ke Taman Awam- Takashi Ryokuchi Park Juga akhirnya di hari last


bismillah.


masa duduk rumah Muizz. Aku rasa dah banyak gambar masuk draf.
huh..masa menulis banyak masuk FB jaklah.

mau blogging..memang kirim salam assalamualaikum salam sejahtera ke atas kamu.
sebabnya dekstop Muizz tu letak atas kotak..standard la tu..
biasa student ni sambil niarapnya jak kan..ada kotak ni kira ok.
Tapi jangan memain rumah si Muizz ni ada tv 45 inci kot..aku mana tau bab inci-inci ini.

eh..
jadi bila macam tu..jejaka dan gadis ini memang pantang umynya ketuk papan kunci. 
dia pun ketuk siap mahu pijak sekali.

over acting..
budak baru kenal papan kunci...biasalah.

jadinya, banyak kenangan aku tulis dalam FB kemudian aku sendiri malas mau scroll.
kemudian, terasa menyesalnya..
ini kisah untuk tatapan diri sendiri, dan zauji. Sekurangnya dia tahu..betapa bahagianya isterinya disitu..

ooo ya kerisauan SS ni, rasanya kalau ada skala 1-10..aku bagi ditahap 8.9
hahahhah.

kembali kepada tajuknya.

ya...

oleh kerana kelajuan internet dirumah Muizz itu sangatlah pantas bak guna hingga mengalahkan Unifi bayar bulanan RM150  maka, dengan senang lenang aku main Google saja kawasan yang aku rasa seronok untuk aku terokai bersama anak-anak kesayangan ini.

kerja mengoogle ini telah ku lakukan sebelum ke Jepun lagi..
kerananya..pada masa itu aku sedang rancak mencari rumah sewa untuk didiami sambil melihat bilangan duit yanga ada..

rupanya..punya belambak rumah sewa dikawasan Sanbongi-cho dan Cho..cho yang lain.
cuma mungkin peraturannya agak lah banyak hongeh ya..

ok bab rumah..aku cerita lain.

ni bab Taman yang aku sudah terhegeh-hegeh semenjak teror bab google ni.

melalui peta..aku agak taman itu jauh sangat sampai perlu naik kereta atau basikal..

kisahnya..

aku dah pi  pun bawa Fath..tapi aku kurang praktik bab masa..
hari sudah mau malam..

aku hanya sampai ke A.
MELENCONG ke tempat lain..
dan terjumpa taman B!


jadiknya..B kan dekat rumah..itulah taman yang 2 -3 kali pi.

Kisahnya mudah..mau terangkan terpaksa conteng peta.
siap ada masa lagi tu..kan sana awal Zohor..jadi sebelum pukul 3 Asar..biasa keluar lepas asar.
kisah ke Taman ni 29 Oktober 2014..:)


bawah tu sawah padi...dari tepi jalan tu boleh nampak TUT. Sayang sekali..aku tidak dapat round TUT..huhu


motor ni..penyewa atas ni punya, satu orang lagi basikal..jadi memang tiap kali selfie motor tu terpaksa join..

tapak parking ada 3..2 kereta.eh sebenarnya rumah depan kiri tu..rumah yang dapat siap dalam masa 6 jam tu!..boleh google untuk lebih tahu..

sejuk kan..kasi lah pakai tebal-tebal.
belakang tu selimut..sebelum chow besok kita basuh dulu wangi-wangi

ni kawasan parking kereta..ayyo..

jalan diorang ni kecik jak..kawasan taman kan..tapi orang bawa kereta kadang laju  macam perlumbaan..ni rumah comel..sebab ada bawa kolong..mau ambik gambar dekat..aku takut..kang tiba-tiba ada tuan rumah muncul..

bila sampai....waaaaaaaaaaaaaaaah. sukanya kehijauan dan eh..kita kena cari port untuk budak ni buat latihan otot-otot

ada kerusi..duduk sekejap..penat bawa Wafa lagi kan...betapa cantik padang belakang tu..kira terjagalah rumputnya..cuma ndak taulah klo ada anjing buang air kan..(^_^)

aku mau ambil gambar pokok pain atau pokok krismas orang kata..tapi kemahiran ruang aku kurang..

eh ini..gambar tadi..tu pasangan couple Jepun sedang jalan kaki sama-sama...diorang ni memang jangka hayat lama..sihat walaupun berusia.. :)


Fath pun sebenarnya terkagum..rasa tidak sabar buang perangai disini..asyik duduk dalam rumah kan..mau lari lantai bising..mau jerit takut kena marah jiran...

aku ndak pasti itu parit atau sungai..tapi airnya jernih!

taman permainan ini biasa..cuma banyak..dan diorang hanya guna pasir untuk lantai..

Waafa baru bangun..tadi lentok kan..ku paksa dia melihat sendiri taman dan sebenarnya mau dia main

mau main buai..tapinya ada pasangan tu bagi anak main..so kita main ni dulu

badak air dan arnab..
mula Fath nak badak..bila gitau ini arnab..terus dia pun minta tukar..

masa ni dah panas berpeluh...
jalan kaki kan..dalam 1.5 KM kot...

kita main papan gelongsor..yang jenis rendah..
jenis tinggi pun ada..lepas tu main warna biru sana tu

nilah yang biru tu..konon macam kapal layar la


bila buaian sudah kosong..baru kita bermahajalela

tengok macam hampir malam..mari kita tengok tempat lain pulak

tapi macam eh luas bangat ni,,kamu pi sana main lari-lari la...Fath ni siap ingat kita suruh main bola..dia mau join budak remaja situ main pun ada..

lepas penat-penat..marilah kita pulang..barang belum kemas sepenuhnya lagi..nampak sign ni..aku intai-intai macm dewan renang dari jauh..tapi bertutupla..
kalau lama lagi, memang kena cuba..tapi tidak apalah..bukan rezeki kita..

suami isteri belajar

MyBrain khabranya akan dihentikan.
sayang.
inilah antara peluang baik.
kepada rakan-rakan yang ingin sambung belajar.
jomlah..
kami suami isteri pun belajar.
saling support.
saling tegur dan menyindir.
saling belasah-mengutuk,
saling berkongsi dan menjadi sifu jalanan.
saling hentam-menghentam..
kalau hilang semangat..carilah semangat.*
suami saya semester 6. Febuari ini sem 7. Moga Allah permudahkan, supaya beliau cepat habis.
saya dalam semester 4. Ramai member dah konvo pun..nampaknya saya tertinggal kapal..
tapi..no pain no gain..kapal masih ada untuk saya tumpang.
Terima Kasih MyBrain.
anda telah bantu kami..
semoga kerajaan terus membuat inisiatif untuk menjadikan kita 'cepat merebut peluang'.


AL Mujadalah:
"ALLah meninggikan baeberapa darjat (tingkatan) orang-orang yang berirman diantara kamu dan orang-orang yang berilmu (diberi ilmu pengetahuan).dan ALLAH maha mengetahui apa yang kamu kerjakan"
“Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu kemudian tidak menceritakannya (tidak mendakwahkannya), seperti orang yang menyimpan perbendaharaan lalu tidak menginfakkannya.”
Hadits hasan: Diriwayatkan oleh ath-Thabrani dalam al-Ausath (no. 693), dari Shahabt Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu. Lihat Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no. 3479).



Al-Hasan berkata kepada Mutharrif bin ‘Abdillah :
“Nasihatilah shahabatmu”. Ia (Mutharrif) menjawab : “Sesungguhnya aku takut mengatakan apa yang tidak aku perbuat”. Al-Hasan berkata : “Semoga Allah merahmatimu. Dan siapakah di antara kita yang mampu melakukan semua yang dikatakannya ?. Setan sangatlah ingin mendapatkan keinginannya melalui perkataan ini, hingga tidak ada seorang pun yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemunkaran”.


Dan apa saja kebajikan yang mereka kerjakan, maka sekali-kali mereka tidak dihalangi (menerima pahala) nya; dan Allah Maha Mengetahui orang-orang yang bertakwa” [QS. Aali ‘Imraan : 115]
gambar: muhasabah diri&kutip semangat kamikaze di Uni Nagoya







05 Januari 2015

jalan kaki naik motor naik bas naik keretapi naik kereta- PENGANKUTAN AWAM





BISMILLAH.

JUMAAT baru ni SS ambil cuti, sebabnya mau join sukarelawan ke Kelantan..

jadi kami ditinggalin.
ada 3 biji rumah disini yang senasiblah dengan kami.

heee.

fikirin mau ke Rumah macik Santi di Serdang
macik ati pula mau datang Sabtu,
lalu diminta macik ke Serdang la..kalau ke rumah,ku hanya jumpa aku dan anak-anak, lagi SS tiada..siapa mau urus ambil hantar macik nanti...

fikir dah janji dengan macik ati..
hailah..

jumaat tu SS rushing beli khemah.
balik solat Jumaat, makan, ke masjid untuk kumpul..

jadi..memang tidaklah berkesempatan mau hantar kami ke stesen bas jumaat tu..

Sabtu pagi...ikut hati..malas mau pi ..
rumah pun berselerak..hasil kerja Fath dan Wafa..dan umy yang rajin juga mengemas.
dah tahu rajin, pi biar depa buat kerja..pasaipa kan...

lalalalla.

lama-lama dah tengahari cuci CD, sapu rumah, mop, kemas pakaian, jemur CD kemas ini itu..
aww dah pukul 3.30..

masih panas...pukul 4.30 kot..barulah tergerak jalan kaki keluar rumah.
terasa panas, patahlah balik ambilkan topi Fath..

sekali pakainya sekejap sahaja...


berpeluh juga jalannya..
ada 20 minit kot atau kurang..
ada adik 26tahun cekeding naik motor..singgah
mungkin nampak pelik kali orang jalan kaki sambil bawa anak..
maka offer kami naik motor...

mula kata takpa..
tapi tengok cuaca mau hujan..

naik..kata adik tu..jaga-jaga juga kawasan sini..
terus gerun juga rasa//
walaupun banyak jak lalu-lalang kereta.

adik tu bawa dompet untuk mak dia di kedai...
, mak tertinggal dompet..
memang rezeki kami.
ada doa...ya Allah mudahkan perjalanan ke stesen bas.
risau kalau orang kena SS tengok, kang fikir macam-macam pulak depa kat SS.


sampai jak stesen...
.. bas tiada lagi.
Fath tanya mana bas..
ulangan berapa kali juga.

jawablah bas belum sampai. lambat sikit.



Waafa ni kena ikat rambut, kang disaspek lelaki pakai baju robot :)

Naik bas...Fath Waafa penat main sebelum keluar rumah tadi..jadinya gaya mengantuk haruslah ada

02 Januari 2015

jubah dress clearence stock- mestilah murah

dalam bahasa PEMBERSIHAN STOK..

ehe..

sebenarnya..sendiri pun tidak pasti dari bahasanya.

tapi..semua faham kot.

kita mulakan dengan jubah dress.
jubah-
dress...

kain chiffon untuk harga terendah dahulu..BEZA  dari harga asaal..dalam RM10-RM25 tau...


RM45.00 EISYA POLKADOT DRESS - PURPLE

High Quality Korean Chiffon with full lining (except hand)- SO kena pakai inner ya. Wajib tau!



MaterialHigh Quality Chiffon with full lining - silk (except sleeves
SizeFree Size (Fits up to M)
MeasurementLength: 138 cm
Bust: 98 cm
Waist: 99 cm ( have ribbon , can adjust)
Shoulder: 36cm
Sleeve: 59 cm
Weight300 gram
Model's Height158cm







RM55.00 JELITA DRESS - DARK BLUE/ SOFT PINK/ BLACK/ TURQUISE
Top - Crepe & Bottom - Chiffon with full lining * 1 PIECE DRESS*
MaterialTop - Crepe & Bottom - Chiffon with full lining 
SizeFree Size (Fits up to small L)
MeasurementLength: 140 cm
Bust: 98 cm
Waist: 92 cm
Shoulder: 39 cm
Sleeve: 60 cm
Weight450 gram
Model's Height164cm









BLACK





TURQUISE






2. RM 59.00 FASHA DRESS - MUSTARD/GREEN
2 Piece Dress (blouse & skirt)
MaterialBlouse - Crepe & Skirt - Chifon full lining
SizeFree Size (Fits up to M)
MeasurementBlouse:
Length: 74 cm
Bust: 94 cm
Shoulder: 38 cm
Sleeve: 60cm

Skirt:
Length:100 cm
Weight600 gram







Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP