16 April 2013

sudah 4 bulan

bismillah.

Untuk bagi semangat kepada diri sendiri. Umy tengok vidoe perkembangan janin 4bulan. Woha..comei.Subahanallah.

http://www.babycenter.com.my/a1044267/perkembangan-fetus---hamil-18-minggu

dah boleh scan jantina.

paling penting. Nak tau, anak umy sorang ni sihat dok?. Maklumlah umynya rajin betul makan makanan berkhasiat. Sampai susu tepung abi beli, abi sorang tolong habiskan.
Umy tidak boleh telan dan aha..tengok pun jadi mati terus selera.

umy tanya abi. Manatau dia mau bawa pi scan. Bolehlah umy nampak anak umy comel ni. Umy dah rasa anak umy kick hari tu. Abi pun.

hai..
anak umy dah ditetapkan amalannya, rezekinyanya, ajalnya, untung baiknya. (sedih bila baca ni).


umy research. Jumpa dalam page abuanas.

Telah masyhur di kalangan ulama’ Islam yang dahulu dan  sekarang berfahaman bahawa kejadian janin yang pertama ialah; air mani (النطفة), segumpal darah (العلقة), kemudian seketul daging (و(المضغة. Semua proses kejadian ini ialah selama 120 hari, berdasarkan kepada apa yang difahami dari hadis menghimpun kejadian manusia (جمع الخلق) yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan lainnya dari ‘Abdullah bin Mas’ud  r.a katanya: 
( حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم -وهو الصادق المصدوق- قال: “إن أحدكم يُجمع خلقُه في بطن أمه أربعين يوما، ثم يكون علقة مثلَ ذلك، ثم يكون مضغة مثل ذلك، ثم يبعث الله ملكاً يؤمر بأربع كلمات ويقال له: اكتب عمله وأجله ورزقه وشقي أو سعيد. ثم ينفخ فيه الروح…”). صحيح البخاري رقم (3208).
Maksudnya: “Rasulullah saw telah menceritakan kepada kami –sedang Baginda adalah orang benar yang telah dibenarkan kata-katanya- sabdanya: “Bahawa seseorang kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian dijadikan segumpal darah seumpamanya, kemudian dijadikan seketul daging seumpamanya, kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat untuk menulis empat kalimah  dan diarahkan agar menulis; amalannya, ajalnya, rezekinya dan untung jahat atau untung baik, kemudian ditiupkan rohnya…”. [Sahih Al-Bukhari No. 3208].
Berdasarkan yang disebut dalam hadis, mereka menafsirkan  bahawa roh ditiup ke dalam janin pada waktu ianya  berupa seketul daging, yang pada zahirnya selepas 40 hari yang ketiga.






.............................................................................................................................................................

silap umy letak tidak letak dalam mangkuk. Habis lantai. (sudu ambil sendiri)

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP