06 Januari 2015

ke Taman Awam- Takashi Ryokuchi Park Juga akhirnya di hari last


bismillah.


masa duduk rumah Muizz. Aku rasa dah banyak gambar masuk draf.
huh..masa menulis banyak masuk FB jaklah.

mau blogging..memang kirim salam assalamualaikum salam sejahtera ke atas kamu.
sebabnya dekstop Muizz tu letak atas kotak..standard la tu..
biasa student ni sambil niarapnya jak kan..ada kotak ni kira ok.
Tapi jangan memain rumah si Muizz ni ada tv 45 inci kot..aku mana tau bab inci-inci ini.

eh..
jadi bila macam tu..jejaka dan gadis ini memang pantang umynya ketuk papan kunci. 
dia pun ketuk siap mahu pijak sekali.

over acting..
budak baru kenal papan kunci...biasalah.

jadinya, banyak kenangan aku tulis dalam FB kemudian aku sendiri malas mau scroll.
kemudian, terasa menyesalnya..
ini kisah untuk tatapan diri sendiri, dan zauji. Sekurangnya dia tahu..betapa bahagianya isterinya disitu..

ooo ya kerisauan SS ni, rasanya kalau ada skala 1-10..aku bagi ditahap 8.9
hahahhah.

kembali kepada tajuknya.

ya...

oleh kerana kelajuan internet dirumah Muizz itu sangatlah pantas bak guna hingga mengalahkan Unifi bayar bulanan RM150  maka, dengan senang lenang aku main Google saja kawasan yang aku rasa seronok untuk aku terokai bersama anak-anak kesayangan ini.

kerja mengoogle ini telah ku lakukan sebelum ke Jepun lagi..
kerananya..pada masa itu aku sedang rancak mencari rumah sewa untuk didiami sambil melihat bilangan duit yanga ada..

rupanya..punya belambak rumah sewa dikawasan Sanbongi-cho dan Cho..cho yang lain.
cuma mungkin peraturannya agak lah banyak hongeh ya..

ok bab rumah..aku cerita lain.

ni bab Taman yang aku sudah terhegeh-hegeh semenjak teror bab google ni.

melalui peta..aku agak taman itu jauh sangat sampai perlu naik kereta atau basikal..

kisahnya..

aku dah pi  pun bawa Fath..tapi aku kurang praktik bab masa..
hari sudah mau malam..

aku hanya sampai ke A.
MELENCONG ke tempat lain..
dan terjumpa taman B!


jadiknya..B kan dekat rumah..itulah taman yang 2 -3 kali pi.

Kisahnya mudah..mau terangkan terpaksa conteng peta.
siap ada masa lagi tu..kan sana awal Zohor..jadi sebelum pukul 3 Asar..biasa keluar lepas asar.
kisah ke Taman ni 29 Oktober 2014..:)


bawah tu sawah padi...dari tepi jalan tu boleh nampak TUT. Sayang sekali..aku tidak dapat round TUT..huhu


motor ni..penyewa atas ni punya, satu orang lagi basikal..jadi memang tiap kali selfie motor tu terpaksa join..

tapak parking ada 3..2 kereta.eh sebenarnya rumah depan kiri tu..rumah yang dapat siap dalam masa 6 jam tu!..boleh google untuk lebih tahu..

sejuk kan..kasi lah pakai tebal-tebal.
belakang tu selimut..sebelum chow besok kita basuh dulu wangi-wangi

ni kawasan parking kereta..ayyo..

jalan diorang ni kecik jak..kawasan taman kan..tapi orang bawa kereta kadang laju  macam perlumbaan..ni rumah comel..sebab ada bawa kolong..mau ambik gambar dekat..aku takut..kang tiba-tiba ada tuan rumah muncul..

bila sampai....waaaaaaaaaaaaaaaah. sukanya kehijauan dan eh..kita kena cari port untuk budak ni buat latihan otot-otot

ada kerusi..duduk sekejap..penat bawa Wafa lagi kan...betapa cantik padang belakang tu..kira terjagalah rumputnya..cuma ndak taulah klo ada anjing buang air kan..(^_^)

aku mau ambil gambar pokok pain atau pokok krismas orang kata..tapi kemahiran ruang aku kurang..

eh ini..gambar tadi..tu pasangan couple Jepun sedang jalan kaki sama-sama...diorang ni memang jangka hayat lama..sihat walaupun berusia.. :)


Fath pun sebenarnya terkagum..rasa tidak sabar buang perangai disini..asyik duduk dalam rumah kan..mau lari lantai bising..mau jerit takut kena marah jiran...

aku ndak pasti itu parit atau sungai..tapi airnya jernih!

taman permainan ini biasa..cuma banyak..dan diorang hanya guna pasir untuk lantai..

Waafa baru bangun..tadi lentok kan..ku paksa dia melihat sendiri taman dan sebenarnya mau dia main

mau main buai..tapinya ada pasangan tu bagi anak main..so kita main ni dulu

badak air dan arnab..
mula Fath nak badak..bila gitau ini arnab..terus dia pun minta tukar..

masa ni dah panas berpeluh...
jalan kaki kan..dalam 1.5 KM kot...

kita main papan gelongsor..yang jenis rendah..
jenis tinggi pun ada..lepas tu main warna biru sana tu

nilah yang biru tu..konon macam kapal layar la


bila buaian sudah kosong..baru kita bermahajalela

tengok macam hampir malam..mari kita tengok tempat lain pulak

tapi macam eh luas bangat ni,,kamu pi sana main lari-lari la...Fath ni siap ingat kita suruh main bola..dia mau join budak remaja situ main pun ada..

lepas penat-penat..marilah kita pulang..barang belum kemas sepenuhnya lagi..nampak sign ni..aku intai-intai macm dewan renang dari jauh..tapi bertutupla..
kalau lama lagi, memang kena cuba..tapi tidak apalah..bukan rezeki kita..

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP