17 Jun 2015

LARI lari di taman


bila Fath dan Wafa suka lari-lari ini.
makanya ada masa kelapangan kami bawalah dua cenonet ni pi taman.
Fath pun rajin ulang "nak gi taman..nak gi taman".

ada tiga taman yang dekat dengan rumah.
taman perumahan orang pun..

taman dekat rumah ni, mungkin lagi 2 tahun baru siapnya..mungkinlah.
harap lebih awal.
heeee..

biar senang moniter dua manusia ni.
niat hati mau bina kan jak playground kawasan rumah sendiri ni.
tapi bila nampak cuaca hujan panas hujan panas..uish mana lah sesuai barangan murah untuk buat playground.kena  beli yang tahan lasak.
kalau beli tahan lasak biar berbaloi, ni kalau anak sendiri jak yang main, kurang sesuai

ada rezeki kita ada bumbung, bolehlah buat..beli yang harga mampu.bukan yang jenis lasak cuaca tu
aminnn.
insyaAllah dalam masa 2 tahun juga,
itupun kalau masih di sini kita wahai anak.







Wafa ni 2-3 kali pi..hanya ngaga tengok kiri kanan budak cina main.sini kawasan taman perumahan bangsa cina, ada gelanggang bola keranjang.

hah..gambar jelas sikit. Teman miss Wafa rambut senteng ni. Sekarang rambut sudah panjang, rambut nipis ringan memang berbaloi kasi panjang..sebab selain serabai cepat, nak ikat pun mudahhhhhhh.eh


bila ke sini.
aktiviti biasa
1. Lari round gelanggang. SS lah selalu gitu.
2. main playground, papan gelongsor, jongkang jengket, naik kuda-kuda, naik buaian..sungguh tidak mencabar minda.
dan budak kenit ni lebih suka main lari-lari. Sebab luas di gelanggang tu..dan kami pun suka anak lari-lari dari main benda ni...heee


masa ni style Wafa lari ialah berjalan ala-ala laju begitu. Belum tahu konsep lari kot. Sekarang dah mau masuk umur 1 tahun 9 bulan ni..bolehlah dia berlari sikit

larian ala-ala kiri kanan kiri beliau..kiri kanan..kiri kanan..hep..pandang hormat!

yang ni Fath jagoaan..gembira betul kalau orang kejar dia..kasihan anak umy ni..jarang orang sudi kejar dia...SS lah yang suka kejar dia. atau suruh dia lari dari sini ke hujung sana.

sambil lari..ngaga tengok budak lain main alatan yang ada tu

Wafa masih setia kiri kanan kiri kanan kiri

Fath ni kalau nampak orang main, lepas tu dia mau juga la tu...

SS temankan Wafa..sebab Wafa ni jenis kalau suka buat..dia peduli apa kiri kanan..dia dengan dunia sendiri yang indah penuh bunga-bunga gitu...haaaaha

aku selain ambik gambar,
duduk .

tapi sekarang start lah buat jalan kaki tu.
adalah juga senaman otot ni.


gambar lama dah ni, dalam 3-4 bulan lepas
eh ntah..lupa..heee


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ni rasanya makan malam ka apa.
masa beliau datang pi rumah Santi, beliau seperti biasa membawa buras kesayangan beliau ni.
aku suka juga.
cuma aku taulah..masak burasak ni penat. dan lama..jadi aku malaslah, bila penat ni senanglah aktiviti marah-marah berlaku.
beliau lah tu..haha.


bila bawa, aku ambiklah dalam 3 ikat.
sampai rumah masuk peti ais.
sebab benda ni, makan dengan ayam atau daging baru wallahhh!.

aku cadang mau makan dengan daging rendang kering.
pi beli barang. aku beli perencah kurma!.
eh otak aku time beli tu tidak dapat hadam ka apa..

haha..
lantaklah kita makan jaklah buras cicah daging masak kurma.
eh ka ni masak kari?.

lupa juga..
tapi bolehlah.

lebih sedap kalau makan dengan yang tidak berkuah sebenarnya,.
lebih kick gituu.


buras yang perlu dimasak santannya dahulu..kemudian di balut daun pisang..kemudian di rebus sekitar 2-3 jam di atas dapur kayu..sebab jimat gas...pengsaaaan.



ini gambar buku tu.
lembu makan rumput.
masa tengok gambar ni, Fath tanya lembu buat apa.
maka kami ceritakanlah lembu makan.
lembu makan rumput.

Fath ni cam pelik. Rumput kan biasa atas tanah.
kami ceritakan rumput tu kena potong baru bagi makan.

mungkin Fath pelik..kenapa rumput makan kena suap.

jadinya, menghadap lah gambar ni beberapa kali.
tanya soalan yang sama.

hailah...

lepas tu ceritakan susu lembu.
kadang payah mau terangkan ni guna gambar..kena rasai pengalaman real.
nantilah nak..kita usha-usha kandang lembu..
senang bagi kamu faham kehidupan seekor lembu.

lembuuu...maowwwwwww!


gambar buku teks bahasa Arab

last sekali,
ni sup daging menjilat pinggan..
sebab sedap yang amat.
haha.

kita selalu makan..kita sendiri boleh tau..mana yang sedap dengan tekak kita lah..
tekak orang lain..lainlah mungkin.

tapi bila nampak SS sungguh-sungguh hirup kuah tu..pastilah dia pun setuju ini sup kick!
mungkin sebab bahan cukup, siap ada daun sup banjir tu..
biasa makan sup kedai jak jumpa daun sup..
huhu..
sebabnya..jarang juga terbeli benda tu..
padahal khasiatnya banyak..

harap lepas ni..lebih kerap masak yang rebus-rebus ni.
baik untuk kesihatan gitu.

bahan buat sup kick
1. Daging (rebus dulu sampai lembek..biar senang usus kita proses)
2. Daun sup-cincang halus
3. Sup bunjut (kalau tiada, pastikan ada kayu manis, ladah hitam, ketumbar, bunga lawang)
4. halia cincang nipis
5. ubi kentang potong kecil
6. Tomato potong kecil
7.lada (dah anak suka hirup kuah sup..letak cabai dalam mangkuk sendiri sajalah bila mau makan tu..)
8. Bawang putih dan merah


cara masak.
1. tumis bawang. gunakan minyak yang sikit.
2. masukkan daging yang sudah di potong kecil-kecil..(daging yang sudah direbus sampai lembek)dan ubi kentang
3. masukkan air lebihan rebusan tadi..dan air tambahan
4. bila ubi dah lembut sikit..masukkan tomato
5. matikan api. Masukkan daun sup.

makan dengan nasi sederhana panas, insyaAllah licin mangkuk. Sebab halia dan tomato pun dimakan sekali!. Dapatlah khasiat dan paling penting tiada pembaziran.
*bubuh serai, bawang goreng pun lagi naik rasanya. Tapi setakat ini, serai baru tanam semula..jadi kesian mau di petik. :)


sekianlah random kisah anak dan makanan.

semoga selepas ini, makin rajinlah aku ni menulis. Ada juga bahan tatapan anak-anak bila mereka besar dan teringat kisah kanak-kanak nanti.aminnn.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP