30 Jun 2015

puasa 1-15

masuk jak Ramadhan, memang niat buka puasa solat maghrib Isyak di masjid..semuanya...

masa baru kawen, solat Subuh pun di surau!.

hehe. Kebetulan surau dekat rumah.

Ni lah kelebihan surau dekat. Senang mau berjemaah solat.

maka, puasa pertama alhamdulillah. Kadang makan ok, sebab ndak ramai. Kadang makan nasik dan kuah sup. Sebab lauk habis...hahah..orang ramailah tu.
tapi tetap rasa enak ya..
tetap enjoy ok.


masuk puasa ketiga kot. Sahur sempat minum air saja. Sebab terlajak. Akulah tu. Bangun pukul 4.30am, Waafa plak mau BF.

akhirnya terlelap bersama.

lepas tu terhegeh jugalah.

10-11 Ramadhan, balik Koyan sekejap. Balik dalam pukul 4. memang terpaksa buka di kedailah jawabnya.

sebelum tu..Jumaat petang tu SS bukan main, bawa ikan kolam segar bugar.
kawan kat nisel bagi.
lama nak makan ikan..baru dapat ni.
rezeki.
ikan haruan besar tu hidup lagi...jadi lah Pet budak tu.

balik Koyan, buka dekat keta jak...sebab belum pun sampai Raub. Sampai Raub SS mau makan Pizza. Lama ndak makan katanya

sekali di Raub tu, hanya ada Pizza ala-ala style mamak..haha.

belasahlah. Harga pun boleh tahan..sama taraf dengan PIZZA Hut.

order. Air panas. Dan air lemon.

sambil tunggu oreder..kita pi kedai depan. Kebetulan la pulak.
dalam kereta tadi, bukan main Fath mau main AEIO tu..

masuk kedai tunjuk lego tu...dia terus pegang. Sebab ada beg kan.
umpan benda lain. Langsung tidak tergugatla dia ni..

lepas tu main lah mereka..sambil tunggu order pizza small 2 biji..seafood dan beaf kot. Tapi...tekak aku rasa...pizaa hut lagi sedap. Mungkin sebab suasana kan...huh. Patutlah banyak restoran ni, makanan mahal...rupanya disebabkan suasana..cam Starbucks, OldTown Coffe, KFC, McD, semua tu lah.

mahal harga suasana eksklusif ni.

ni suasana,, duduk luar. Sebab kawasan tingkat atas tutup.

kan pukul 8 gitu.


balik Koyan, dapatlah terawih sendiri.
lepas tu MIL bangunkan sahur.
huh.
letih sangat ka apa ni.

tapi bila tidak makan vitamin C, memang terasanya letih tu.


buka puasa..MIL masak cekodok pisang. Memang bawa pun pisang tanduk sebiji..masuk dalam beg kain..lebam terus. Niat hati mau goreng..dah lebam..MIL pun memang sukakan cekodok. Mungkin lebih sesuai kan...untuk orang yang tiada gigi.

lepas tu MIL letak telur. Katanya telur tu untuk cekdook jagung.
aku biasa letak telur kalau buat cekodok. Rasa lebih enak.
tapi MIL mungkin tidak...

MIL masak ikan masin masak lemak.
sedap.
MIL ni biasa lauk pauk, kalau anak-anak datang dalam3 jenis.
SS pulak, memang teringin nak makan ayam organik.
bila pi beli..kecewanya sudah habis.

maka MIL pun masak ikan perkasam buat lauk tambahan.

MIL masak awal..sebalum Asar dah start.
aku tolong gorengkan cekodok jaklah.
dan potong buah.
Hidang air.
masak nasi.
Segan sibuk, time orang masak.
jadi buatlah kerja-kerja tu.

lepas tu...MIL gi Terawih. Aku kemaslah semua singki dan meja. Dah tadi MIL masak kan.
aku gitau tong gas kat rumah habis. Terus MIL pun siap asingkan lauk untuk sahur kami.
Terima kasih mak.

tapi tak makan pun. Sebab basi...sampai rumah pukul 2am.
jam tak set.
makanan pun tak masuk peti ais.
bangun Subuh, baru nak masukkan peti ais.
bagi Waafa makan, dia tolak. Tak tahu pun basi...-____-.
hailahhh.

ikan perkasam jaklah makan sahur 13 Ramadhan.

lepas tu.....
ikan 10 Ramadhan dari kolam nisel ada lagi..itulah lauk sahur.

dalam 14 Ramadhan...balik terawih SS kata nak makan nasi.
siap order ikan panggang.
masaklah baki sebelah ikan merah dan sebelah lagi ikan talapia.

sedapnya...sebab aku letak perasa BBQ. First time beli...berbaloi juga beli..walaupun harga mahal tu...
beli masa SS gi Dubai. Nanti lah cerita, kenapa SS gi DUbai.
makan dengan tomato berlada..hee


alhamdulillah budak ni memang riang ria kalau ke masjid.
jadi Waafa ikut abi.
Fath offer dan sentiasa mau follow umy.
bila umy hilang sat..terus cebek..sedih.
Fath..baru umy tau..kamu sayang umy hahah.


kadang ada juga kelakuan Fath yang bikin panas,
macam main sembur air liur kat orang,
sepak orang, orang sepak balik
pukul orang guna kain..

tapi...bila umy larang..jadi ndak juga dia ni.

Wafa follow abi..
jadi selepas terawih..
Wafa pun akan mencari umy, dan abi akan hantarlah dekat umy.

bila Fath dan Wafa bergabung..memang mantop.
Wafa pon menyerlakan bakatnya..menjeritt

17 Jun 2015

LARI lari di taman


bila Fath dan Wafa suka lari-lari ini.
makanya ada masa kelapangan kami bawalah dua cenonet ni pi taman.
Fath pun rajin ulang "nak gi taman..nak gi taman".

ada tiga taman yang dekat dengan rumah.
taman perumahan orang pun..

taman dekat rumah ni, mungkin lagi 2 tahun baru siapnya..mungkinlah.
harap lebih awal.
heeee..

biar senang moniter dua manusia ni.
niat hati mau bina kan jak playground kawasan rumah sendiri ni.
tapi bila nampak cuaca hujan panas hujan panas..uish mana lah sesuai barangan murah untuk buat playground.kena  beli yang tahan lasak.
kalau beli tahan lasak biar berbaloi, ni kalau anak sendiri jak yang main, kurang sesuai

ada rezeki kita ada bumbung, bolehlah buat..beli yang harga mampu.bukan yang jenis lasak cuaca tu
aminnn.
insyaAllah dalam masa 2 tahun juga,
itupun kalau masih di sini kita wahai anak.







Wafa ni 2-3 kali pi..hanya ngaga tengok kiri kanan budak cina main.sini kawasan taman perumahan bangsa cina, ada gelanggang bola keranjang.

hah..gambar jelas sikit. Teman miss Wafa rambut senteng ni. Sekarang rambut sudah panjang, rambut nipis ringan memang berbaloi kasi panjang..sebab selain serabai cepat, nak ikat pun mudahhhhhhh.eh


bila ke sini.
aktiviti biasa
1. Lari round gelanggang. SS lah selalu gitu.
2. main playground, papan gelongsor, jongkang jengket, naik kuda-kuda, naik buaian..sungguh tidak mencabar minda.
dan budak kenit ni lebih suka main lari-lari. Sebab luas di gelanggang tu..dan kami pun suka anak lari-lari dari main benda ni...heee


masa ni style Wafa lari ialah berjalan ala-ala laju begitu. Belum tahu konsep lari kot. Sekarang dah mau masuk umur 1 tahun 9 bulan ni..bolehlah dia berlari sikit

larian ala-ala kiri kanan kiri beliau..kiri kanan..kiri kanan..hep..pandang hormat!

yang ni Fath jagoaan..gembira betul kalau orang kejar dia..kasihan anak umy ni..jarang orang sudi kejar dia...SS lah yang suka kejar dia. atau suruh dia lari dari sini ke hujung sana.

sambil lari..ngaga tengok budak lain main alatan yang ada tu

Wafa masih setia kiri kanan kiri kanan kiri

Fath ni kalau nampak orang main, lepas tu dia mau juga la tu...

SS temankan Wafa..sebab Wafa ni jenis kalau suka buat..dia peduli apa kiri kanan..dia dengan dunia sendiri yang indah penuh bunga-bunga gitu...haaaaha

aku selain ambik gambar,
duduk .

tapi sekarang start lah buat jalan kaki tu.
adalah juga senaman otot ni.


gambar lama dah ni, dalam 3-4 bulan lepas
eh ntah..lupa..heee


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
ni rasanya makan malam ka apa.
masa beliau datang pi rumah Santi, beliau seperti biasa membawa buras kesayangan beliau ni.
aku suka juga.
cuma aku taulah..masak burasak ni penat. dan lama..jadi aku malaslah, bila penat ni senanglah aktiviti marah-marah berlaku.
beliau lah tu..haha.


bila bawa, aku ambiklah dalam 3 ikat.
sampai rumah masuk peti ais.
sebab benda ni, makan dengan ayam atau daging baru wallahhh!.

aku cadang mau makan dengan daging rendang kering.
pi beli barang. aku beli perencah kurma!.
eh otak aku time beli tu tidak dapat hadam ka apa..

haha..
lantaklah kita makan jaklah buras cicah daging masak kurma.
eh ka ni masak kari?.

lupa juga..
tapi bolehlah.

lebih sedap kalau makan dengan yang tidak berkuah sebenarnya,.
lebih kick gituu.


buras yang perlu dimasak santannya dahulu..kemudian di balut daun pisang..kemudian di rebus sekitar 2-3 jam di atas dapur kayu..sebab jimat gas...pengsaaaan.



ini gambar buku tu.
lembu makan rumput.
masa tengok gambar ni, Fath tanya lembu buat apa.
maka kami ceritakanlah lembu makan.
lembu makan rumput.

Fath ni cam pelik. Rumput kan biasa atas tanah.
kami ceritakan rumput tu kena potong baru bagi makan.

mungkin Fath pelik..kenapa rumput makan kena suap.

jadinya, menghadap lah gambar ni beberapa kali.
tanya soalan yang sama.

hailah...

lepas tu ceritakan susu lembu.
kadang payah mau terangkan ni guna gambar..kena rasai pengalaman real.
nantilah nak..kita usha-usha kandang lembu..
senang bagi kamu faham kehidupan seekor lembu.

lembuuu...maowwwwwww!


gambar buku teks bahasa Arab

last sekali,
ni sup daging menjilat pinggan..
sebab sedap yang amat.
haha.

kita selalu makan..kita sendiri boleh tau..mana yang sedap dengan tekak kita lah..
tekak orang lain..lainlah mungkin.

tapi bila nampak SS sungguh-sungguh hirup kuah tu..pastilah dia pun setuju ini sup kick!
mungkin sebab bahan cukup, siap ada daun sup banjir tu..
biasa makan sup kedai jak jumpa daun sup..
huhu..
sebabnya..jarang juga terbeli benda tu..
padahal khasiatnya banyak..

harap lepas ni..lebih kerap masak yang rebus-rebus ni.
baik untuk kesihatan gitu.

bahan buat sup kick
1. Daging (rebus dulu sampai lembek..biar senang usus kita proses)
2. Daun sup-cincang halus
3. Sup bunjut (kalau tiada, pastikan ada kayu manis, ladah hitam, ketumbar, bunga lawang)
4. halia cincang nipis
5. ubi kentang potong kecil
6. Tomato potong kecil
7.lada (dah anak suka hirup kuah sup..letak cabai dalam mangkuk sendiri sajalah bila mau makan tu..)
8. Bawang putih dan merah


cara masak.
1. tumis bawang. gunakan minyak yang sikit.
2. masukkan daging yang sudah di potong kecil-kecil..(daging yang sudah direbus sampai lembek)dan ubi kentang
3. masukkan air lebihan rebusan tadi..dan air tambahan
4. bila ubi dah lembut sikit..masukkan tomato
5. matikan api. Masukkan daun sup.

makan dengan nasi sederhana panas, insyaAllah licin mangkuk. Sebab halia dan tomato pun dimakan sekali!. Dapatlah khasiat dan paling penting tiada pembaziran.
*bubuh serai, bawang goreng pun lagi naik rasanya. Tapi setakat ini, serai baru tanam semula..jadi kesian mau di petik. :)


sekianlah random kisah anak dan makanan.

semoga selepas ini, makin rajinlah aku ni menulis. Ada juga bahan tatapan anak-anak bila mereka besar dan teringat kisah kanak-kanak nanti.aminnn.

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP