13 Mac 2015

kenduri maulud nabi 2015

bismillah

balik Sabah 3 Febuari hari tu..
8 Febuari tu beliau kata mau buat kenduri maulud.
"tak buat kenduri pun..duit habis..baik buat kenduri".


ha ha ha

itu kata beliau.
masa tu hari Rabu kot..
aku kata kalau buat kenduri, baik buat malam..
sebabnya Jumaat petang dan sabtu beliau tu busy meniaga sayuran.

8hb petang tu Pai pun mau balik..kalau buat masa tu rushing..kataku..

tapinya...non hado..

khamis tu masih fikir bila nak buat..
ikut hati beliau memang gegila mau buat Ahad jugalah..mana-manalah.
Ahad pun ok. Sitti dan K.Mia cuti...senang lah sikit kerja-kerja urusan rumah ni..

Kenduri Maulud tu..kira ada berzanji..ada makanan..gitu jaklah.
Tapi..biasa bugis ni..bunyik bacaan doa selamat..sembelihan mesti ada. Ko tidak mampu kambing, lembu..ayam kampong pon kira power jugala..

dan aku sebenarnya..malas mau masuk campur..hahaha. Kau nak sembelih..atau apa yang penting tidak memberatkan..dan ko tidak bertauhidkan hal tu..kira buatlah!

Petang Sabtu tu dapatlah pi memborong barangan keperluan, ayam dan segala macam jajan, tepung, telur..kotak bunga telur..akulah harapan rupanya..
kebetulan jalan kampung tu runtuh..jadi memang takut nak memandunya..patut boleh jak mebelih belah hari khamis, jumaat, sabtu pagi tu..

oleh sebab yang besar tu...jadi tunggu Edilah yang bawa kami..akulah teman mak. Mak tu pagi gi berjualan..lepas tu gi ambik bekas air di rumah orang nun sana..
baliknya terbungkang..
petangnya..ajak aku keluar beli barang tu..
aku ni pulak..ada anak..tak sampai hati tinggalkan. 
Time Waafa tido..dapatlah juga keluar..lepas asar kot..
kesana sini..
maghriblah baru pulangnya..


lepas Isyak..malam Ahad tu..sesi membikin kuih muih untuk esok hari la..
orang datang membantu berapa ketul jak pon..tapi koman ada makanan berhidang.
dan adikku ni bijaksana buat air sahaja..hadoii
yang SS pula ikut UstazZ gi urusan tunang orang Joho..

bila SS tiada..budak 2  ketul ni menempek sajalah..
fikir..buat saja kuih lempeng.
upgrade sikit...letak jagung yang tersalah beli 
itulah..sesambil masaknya..dua ketul ni kat kaki. 
Waafa tu minta dukung bagai..

hailah..itulah masalah mak-mak anak kecil. Susah nak buat koje yaaa..lagi time kenduri..baguslah sekarang ni ada katering..selamatlah yang nak buat makan-makan ni.

tapi..kampung ni kirim salam lah..
semangat tolong menolong masih ada..padahal saling membalas budi sebenarnya..aku kenduri ko datang, nanti ko kenduri aku datang..gituu





aktiviti memotong ayam ni..aku masih geram..sebab depa potong ayam..dan darah ayam tu kena simpan..nanti baca doa selamat..darah tu ada sekali..erk....itu adat..tapi kami dah saiko beliau..jadi memang tidak buat. Tapi bila guna khidmat orang lain...sabar sajalaaaaaaaaaaaa.
buat paigi Ahad..Fath ni teruja..lagi ada kawan tu..ada abi di sekeliling..senanglah. Coba kalau abi tiada..melekat sajaaaaaa

lepas potong tu..SS ajaklah kanak-kanak lelaki ni cabut bulu ayam (kaum kerabat..bau-bau bacang sebelah beliau perempuan)
SS kata makcik aji tu macam tidak senang tengok..yolaaa

Bugis ni..ego kaum lelaki dididik sejak kecil...takboleh buat kerja dapur..haha..macam ni ndakpa..orang sibuk..depa tengok TV..haha..tapi ni time dah sattle kot..sebab budak lelaki tu dah relaks

Letak makanan tengahari di meja..ambik kalau perlu. Masa ni belum pun zohor. Jadi kaum perempuan yang datang..depa bolehlah makan..nanti lepas tu pi basuh pinggan..potong bawang ka..err..akupun lupa time ni aku buat apaa

tengok..semua dah rehat..air teh tepi tu tak habis...itu minuman masa breakfast. Tengahari tu..aku suruh adikku yang tido tu masukkan ais..alhamdulillah licinnnnnn

Rasanya ni time tunggu..Lepas Zohor kan..Pak Ustaz yang akan mengetuai berzanji. Pak Ustaz tu lah yang nikahkan kami dulu..kira orang yang dihormati laa
masa ni aku rasanya kat dapur susun makanan..lepas tu depa kaum perempuan minta nak solat kat bilik kami. Alhamdulillah..konsep SS yang mahu sentiasa bilik kemas menyelamatkan keadaan. Syukurlah..makcik-makcik kampung ni solat belaka. Cuma anak-anak kot yang bermasalah..yola kan..kadang petani peladang ni kerja keras..sampai pendidikan tarbiyyah anak depa harap kat sekolah saja.. :(


Hah ni...menu wajib untuk sebarang upacara doa selamat.. Aku biarkan saja..pisang tu wajib cukup dalam sikat tu..kalau kurang satu tidak layak digunakan untuk sesi bacaan doa nanti..

oleh kerana SS adalah tuan rumah..dan Fath ni masih kurang biasa situaisi ramai orang ni..dia menjadi jurugambar..Fath ni..asal kurang selesa kat hidung..korek..kadang 2 tangan untuk2 lobang hidung tuu..

kebetulan juga rumah ni banyak kucing..jadi bahan mainan la


ni rasanya Pak Ustaz dah sampai..



ni yang selawat kot..kan dalam berzanji tu ada selawat..jadi part selawat tu semua manusia kena berdiri..tanda hormat kot

pokok pisang ni kira hiasan sajalah..bebudak ni seronok ada telur+gula-gula dalam tu..


Pai ni harapan bangsa dan negara. Tiap kali balik Kampung adalah kerja perlu dibuatnya..eh..pagi ahad tu dia siapkan meja dapur. Kata mamaku meja tu dari bulan 10 lagi..haii..aku saiko-saiko..paksa meja tu naik atas rumah..barulah dia terpaksa siapkan. Kalau kat bawah rumah..tempat lepak bangsa ayam-ayam kampung member*k sahaja

tengok..Fath orang berselawat tu...dia main kocing la pulakk

Edi ni bangsa kena push penuh positif baru jalan..tapi kira ok. ada bebudak lelaki yang malu nak naik rumah..dialah gi hidang kuih muih tu..














ikan goreng tu..lauk tengahari..sekalikan dihidanglah..dalam talam tu untuk pakcik-pakcik yang join berzanji..yang tak join..makan bufet gitu...heee




anak abi ni...

ni geng buat penyediaan di dapur. Yang lain sebenarnya dah takda apa nak buat..tinggal tunggu makan lauk kenduri..ada yang kenyang makan tengahari..dah kurang makan lauk kendurinya.

minta Waafa aminkan..aminn sat sat jak mek ni

rumah ni mana muat untuk semua tu..jadi yang lain-lain tu makan himpit-himpit lah..takpa..bukan lama..dah makan blahh

ni jiran aku..depa ni segan kot nak datang..jadi habis berzanji..aku paksa Pai pi panggil..
sebab depa ni kalau buat makan-makan..kadang sampai 2 orang datang selang seli ke rumah kami untuk menjemput..haha

orang dah bali..barulah tuan rumah makan..hai lah..Fath duduk lantai bolehhh?

SS cari lauk ayam kampung..dia ambik kat dapur..habis dimakannya..mau lagi..nak seperiuk!..
haha..ayam ni kitaorang jak yang belasah..orang lain dah lali








budak cenonet ni..mak dia pun sibuk kan..so kakak dia tolong jaga. abang-abang dia 3 orang gi main gusti..

lepas asar gitu..keluarga Ustaz pulak main..


Khabsyah dengan Waafa ni lahir bulan September 2013..Khabsyah lahir dulu..comel jak




depa ni ambik gambar barusan..selama ni bila jumpa..memang tak terfikir nak ambik gambar. Keluarga ustazZ ni rumah wajib kunjungi kalau balik Sabah..

Oklah..tulah coretan sepanjang kenduri maulud.
penat tu, memanglah.
Tapi..Edi tu siap kena hantar Pai lagi..
ha ha..
esoknya..hantar kami pulak..

hee..Arigato gozaimasta!

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP