31 May 2014

Dress Plus Size Murah

PUN BOLEH jadi jubah, sebab takda getah pun dekat pinggang
Harga asal RM75.
sempena bulan Syaban ni, 

harga jadi RM69!

Kalau beli 2 , free postage lagi. Wow..

Ramai juga jenis buat persiapan pakaian raya awal-awal. Jadi nanti Ramadhan, boleh fokus benda lain. Terutamanya bab memanfaatkan Solat Terawih tu lah..hehe

so, kalau rasa mau buat persiapan untuk raya nanti pun bagus. Mau buat hadiah pun sangat digalakkan.





Material


















High Quality Chiffon with full lining - lycra (body & sleeves) 
High Quality Korean Chiffon with full lining * free belt
Size
Free Size (Fits up to XL)
Measurement
Length: 140cm
Bust: 104 cm
Waist: 96 cm
Shoulder: 42 cm
Sleeve: 60cm


Weight450 gram
Model's Height160cm





EMELDA PLUS DRESS - PEACH




EMELDA PLUS DRESS - APPLE RED







EMELDA PLUS DRESS - BLACK





EMELDA PLUS DRESS - DARK PURPLE




EMELDA PLUS DRESS - DARK BLUE




EMELDA PLUS DRESS- TURQUISE



sms/wassap: 0132001504
email: duhaihati03@yahoo.com

29 May 2014

aktiviti cuti sekolah

kalau orang kampung yang macam aku dulu..memang cuti sekolah adalah sangat tidak osem!.

kerana..

MAHU atau tidak kena ke kebun jadi pekerja. Bantu beliau!

DULU saya benci yang amat cuti sekolah. huh!

tapi...

tidak semua orang benci pun.

ada yang suka..sebab tidak perlu buat kerja sekolah. Tidak perlu bangun awal ke sekolah.

hihi.

walaupun terasa eh bestnya mereka.
Hakikatnya..sama jak pun. Mereka pun punya ujian hidup.

tiba-tiba pulak, ujian segala..

ok.

untuk mereka yang tidak berkebun. Bolehlah cuba aktiviti ini bersama anak-anak. Terutama yang tiada peperiksaan besar (^_____^).

1. marker sharpie+ kertas lilin = cermin berwarna


Sharpie%20marker%20+%20Wax%20paper%20%3D%20STAINED%20GLASS%21%20
lekat dekat cermin..sangat sesuai yang punya cermin..kalau tiada tak dapat lah membuatnya!


2. guna kertas logam untuk buat sungai

Use%20foil%20to%20make%20a%20big%20river%20in%20the%20backyard.
orang yang tiada sungai dan dapat air percuma, sesuailah sangat. Tapi kalau yang hari-hari jumpa sungai atau senang jumpa sungai. Permainan ini tidak menerujakan. Tapi tetap best!. Cuma bil air tu..faham-faham sajalah.
mau jimat..boleh main time hujan lebat dan boleh main kapal-kapal sekali. (^__^)


3. Buat Jalan Raya guna pita pelekat berwarna

Make%20roads%20for%20toy%20cars%20by%20using%20colored%20tape%20on%20carpet.
semua boleh main, boleh letak halangan guna kotak-kotak yang tidak digunakan pun..


4. gunakan pinggan plastik, pewarna makanan untuk menghasilkan seni lukisan

Use%20plastic%20container%20lids%2C%20glue%20and%20food%20coloring%20for%20a%20neat%20painting%20craft.
pastikan pakaiannya senang untuk dibasuh!


5. Gunakan kertas yang digulung untuk  'simple game'.
Tape%20a%20paper%20towel%20roll%20to%20the%20wall%20to%20make%20a%20simple%20game%20for%20your%20toddler.%20
yang ni kalau baru mai akan rasa seronoknya mereka


6. Roket Guna Belon

Balloon%20rockets%20teach%20a%20lesson%2C%20plus%20they%20are%20just%20fun.


7. Main ping pong guna belon dan pinggan tapau..
Balloon%20ping%20pong%20is%20a%20fun%20activity%20your%20kids%20can%20safely%20play%20indoors.%20

8. Kotak lama untuk 'slide'!

Transform%20an%20old%20box%20into%20an%20indoor%20slide.%20


10. Lukisan mural!
Cover%20a%20toddler%20table%20with%20white%20paper%20and%20let%20the%20kids%20create%20a%20mural%20for%20your%20home.%20Allow%20them%20to%20use%20whatever%20media%20they%20like%21%20

11. Menghias makanan!
You%20don%27t%20have%20to%20bake%20because%20it%27s%20hot%20out...challenge%20your%20kids%20to%20come%20up%20with%20fun%20new%20ways%20to%20serve%20the%20salad%20before%20dinner.

12. Pekhemahan di luar rumah!

On%20those%20ever-so-dull%20rainy%20days%2C%20go%20camping%20indoors%20and%20let%20your%20kids%u2019%20imaginations%20run%20wild.%20
sebaiknya dekat luar.. buat unggun pun best. Bakar ubi kayu..masak guna kayu api. Ini sekaligus ajar bagaimana mahu surviva dalam keadaan terdesak..mungkinlah. SS dah lama mengidam mau buat..tapi dia belum jumpa khemah yang dimau :)

semua gambar cilok disini http://news.distractify.com/culture/less-than-10-kids/?v=1
dan diedit ikut suka hati! huahua



17 May 2014

ceritera Kelahiran Wafa Najla

lama dah berkurun ni, baru boleh siap. Penat mau ingat.
oklah..sebelum 20 Mei -__-
_________________________________________________________________________________





Assalamualaikum Wafa.
ni umy nak cerita pasal kisah kelahiran kamu...sila baca sambil membayangkan yaaa.. (amboiii umy)

Menurut nurse yang menulis buku pink kamu. Kamu dijangka lahir 13 September 2013. Setelah ditanya
1. bila last period, 
2. berapa hari selalu kalau period..eh banyak soal tau itu nurse.

umy bagi jawapan fakta benar dan jangkaan umy sendiri. Sebab masa abam Fath hari tu lewat seminggu lahirnya.
Ingatkan bila umy jangka, kamu akan lahir seperti dalam jangkaan.
Konon umy ni dah ada ilmu kepuanan la, iyalah kan..dah ada pengalaman masa abam Fath dulu.

Tetapi..begitulah, Allah juga yang lebih tau benda yang kita konon boleh tau tu.
Allah takdirkan kamu lewat juga sama macam abam Fath.

ini cerita selepas dari Due yang diberikan oleh pihak PKIA (Poliklinik Ibu dan Anak).
sebenarnya ada cerita sebelum itu, yang kamu 'dipaksa' lahir sebelum due oleh Hospital GOV. ooh nanti umy edit dulu tulisan berkaitan ya. 

kita fokus kepada kelahiran kamu.....

pada minggu itu abi dah mula start cuti di hari Selasa (17 September), konon kamu akan lahir mungkin awal.
Yalah..berhuru-hara jiwa bila kamu belum lahir. Nenek dari Sabah sudah datang malam minggu (14 September) tu. Dah 3 hari nenek ada dirumah ni. Kamu belum juga ada tanda-tanda mau lahir.
ok..umy dah macam tingtong.Ehe,sebab kenapa tiada tanda ni...oooh.

Rabu (18 September)  itu ada janji dengan Klinik untuk chek up terakhir. Nurse yang tulis minggu sebelum tu kata, minggu ni adalah "the last la"

A. Last chek di Poliklinik Kesihatan (PKI)
haihai..bila pegi tu nurse tanya takda langsung tanda ka?.

umy jawablah."Takda, mungkin baby nak stay lama sikit kot".

lepas chek dengupan jantung kamu dan segala prosedur. Kecuali chek HB, sebab dah chek minggu sebelum tu.Nurse senyum-senyum dan minta umy bersenam banyak sikit. muaaahhaha.
Sayang missy tu!..macam tau-tau jak yang umy ni 'rajin' sangat bab bersenam.

sebenarnya umy kawal kaki,sebab takut kamu keluar sebelum nenek Sabah belum ada. Padahal umy ni mau sangat berjalan-jalan dan bersenam-senam segala..*cewaaaaaaaaaaaaaaa*

Dan umy sejak minggu lepas harap dapat scan kamu. 
A.1 
Walaupun dah scan hari Isnin (16 September). Bayangkan, semua klinik yang ada doktor perempuan di Puncak Alam tutup.Kan hari tu cuti umum. Mujur ada satu klinik yang guna nama Islam tu buka. Dan abi bayar untuk scan. Sebab buku log majikan tak bawa. 
Doktor yang scan tu perempuan, tapi mak aiii..lambat gila dia menscan..sampai abam Fath kecoh-kecoh dalam bilik chek di Klinik tu. sama jak kisah doktor di Hospital Sungai Buloh tu. Yang katanya, ketuban dah kurang. Cuma bezanya, mesin scan situ ok sikit kot. sikit jaklah.

sambung balik kisah di PKIA, minggu lepas tak dapat scan kamu, sebab doktor lelaki. Minggu ni pun sama doktor yang sama. *Sabar sajalaaaa*.. padahal umy beriya mau tengok kamu ok kah di dalam tu.
doktor tu bagi surat sinta. Suruh pigi PMC esok, sebab kamu harus dipaksa keluar. *Senyum jak umy tengok abi bila doktor tu bagi surat tu*. Dua nenek di rumah pun bertanya kenapa lama sangat di klinik tu, mau bersalin sudah ka?

Baliklah kami dengan wajah penuh ternanti-nanti. Abi pun pegilah kerja selepas menghantar umy balik rumah. Padahal abi dah konfiden kamu akan keluar hari ini..*apadaa jangkaan abi ni*.Sampai cuti dah apply. Siap cancel kelas segala...

Masa tu, nenek Sabah dan nenek Koyan ada dirumah. Abam Fath baik jak masa duduk dengan mereka. Siap ajar nenek Sabah pakaikan dia pempes. Maklumlah nenek Sabah manatau benda-benda main pakai buang nunn..

Nenek Koyan ada sebab nak buat kaca mata dan lawat Dahin yang terjangkit HFNM. 

Malam tu, umy dah berperangai lain-lain dah. Rasa macam sakit..tapi tidak teratur. Lepas tu masa abi balik kerja, bisik kat abi..eh mungkin malam ni beranak kot..ready tau. Abi pula jawab dengan suara yang saja nak bagi orang lain dengar. Maka respon nenek-nenek kamu pun bergelimpangan..apadaaaa abi ni. Malu umy tauuu..

Umy rasa macam nak marah, macam nak tido, macam nak mengamuk..ehe macam nak mati pun ada..ishhh ini berbahaya untuk dilayan.

sambil berzikir dan berfikir umy pun buat tidur..dan abam Fath bersama nenek's diluar main. Abi gi surau berIsyak dan balik agak lambat..macam ada bacaan tahlil apa ntah. Dan umy rasa memanas..mental ka apa..biasanya kalau abi balik lambat umy cool jak,sebab umy tau mesti ada hal, tapi malam tu..lain gila perasaan umy.

Malam tu tu..ehe  sejak ada nenek Sabah di rumah, umy rajin memasak mengemas..*huahua*. 
Malam tu umy melantak berjenis-jenis makanan termasuk langsat yang manis..awww..

umy tak rasa bersalah berkurung dalam bilik, tapi buka sikit pintu jugalah..dan buat-buat macam tidur, sebab siang langsung tak tidur umy. Kalau malam tu beranak, memang habis tenaga la, sebab langsung tak bercas

B. Besoknya 19 September
umy berkira-kira..nak pi PMC pagi kah..atau bila ni. Semua ikut arahan umy jak. Umy pun selepas mengemas dan berkemas rumah. Konfiden yang balik nanti akan bawa baby dan rumah haruslah kemas dan teratur sebelum keluar. (ini terpakai sejak kita selalu keluar rumah berlama-lama,hatta satu hari pun).

Maka, sebelum zuhur dan selepas menyidai kain. (abi yang sidai..sebab umy dah letih buat sarapan dan kemas rumahh..huawahuawa).
maka..kita pun berangkatlah...

sampai di PMC..doktor Ratna belum masuk lagi..dia masuk pukul 3 petang. Abi pun berkira-kira menghantar nenek Koyan dulu ke rumah mak lang kamu. Kalau Dahin tak dikuarantin, kita boleh lepak sambil tunggu jam 3 petang...tapi Dahin dikuarantin dari mendekati kanak-kanak (abam la tu). Jadi kita pun tidaklah melepak di rumah mak Lang.

abi baik hati...buang masa makan dulu..ehe menabur duit di RFC Sungai Buloh. Kan sana ayam goreng dia, ayam organik..laa konon.


umy tak larat nak berdiri menyibuk tengok menu..jadi tunggu abi datang hidang jaklah. Tengok tu abam Fath memeluk  Sang aummm....

kerusi itu, konon bagi abam Fath makan selesa..

Umy tak berminat nak melantak,jiwa dah masuk labour room..*sah mental*
umy bantu abi makan jak..dan minum air bergas yang manisnya ya ampun...

sebab dua nenek's tu jenis tak minum air manis..
dan abi order 3 gelas..semua umy rasa..sedappp. abam Fath tak payahlah..kalau nampak air berwarna saja..gatal punggung tak mau duduk diam, mau juga dia baa.

maka sambil makan,sambil layan abam laaa

lepas antar nenek, langsung ke Masjid Besar dekat rumah Mak Lang untuk berZohor..masa ni dah abis solat, tengok tu umy ambil gambar sambil bercekak pinggang..letih dik..jalan ditengah hari. Masa tu nenek tunjuk jalan tu, suruh abam Fath ikut, tapi abam Fath ni mana layan nenek kalau abi ada..umy pun  diabuat dono jak




C.Di PMC
walaupun datang sebelum jam 3. Tetap dapat nombor belakang sikit, kira ada 5 orang kot barulah nomor umy. Nenek Sabah sampai tertidur-tidur menunggu. Abam Fath pula ke sana sini situ sunun.. abilah yang mengawal, umy duduk berdiri berjalan dan ke tandas saja kerjanya.

masa turn tu. abi,nenek, abam semua masuk.
Doktor Ratna senyum. lepas scan dan chek bukaan. Memang tiada tanda langsung, bacaan air ketuban ok jak.
Doc kata, boleh jak bagi peluang sampai Ahad, tapi..biasanya ramai yang dibagi peluang, datang balik dalam keadaan yang sama. Dan langkahnya juga sama, masuk ubat dan beranaklah. (Sama jak jalan ceritanya samada buat esok atau 3 hari lepas tu)

dan kebetulan Sabtu Ahad Doktor Ratna takda, ada kursus apa ntah..maka beliau menggalakkan supaya umy beranakkan kamu esok. Umy pandang abi..abi blurr..umy terangkan sikit dekat abi. Umy ok jak. Abi pun follow jak umy. Umy tau abi kurang beri perhatian masa doc tengah membuat penerangan. Sebab kawal abam Fath yang nak buat taman permainan di bilik doktor Ratna tu.

yang umy ingat, abi tanya balik macam mana prosedur kelahiran yang dipaksa (induce).
doktor tu gitau, jam 11malam, masuk ubat bewak, kul 3 masuk ubat, insyaAllah beranak esoklah juga.
jam 8 pagi kalau bukaan dah melebihi 3cm, doc akan pecahkan ketuban.

Doc suruh datang kul 10 malam dan terus stay dalam wad. Tapi bila tau rumah agak jauh (dokek jak pung). Kebetulan rumah Mak Lang ada Dahin yang berkuarantin, maka teruslah stay di wad. Solat Asar di Wad...

Mula dapat wad yang bilik 4 orang tu, sebab wad yang single biasa tu dah penuh. (ramai orang nak beranak yee). Adapun wad single yang kelas 1. Mahal sikitlah..umy dah macam takpalah..tapi abi jenis malas fikir panjang, pulak nenek dan Fath ada sekali..maka setujulah duduk wad yang tinggal satu tu.

Umy dah terbayang wad yang macam kat DEMC (padahal belum pernah pegi..hanya tengok dalam blog orang).
Sekali masuk..alahai..biasa jak pun.Lebih kurang yang single biasa, cuma besar, meja solek dan almari tinggi, juga sofa (kalau yang single biasa ada meja dan dua kerusi)Tapi tetaplah bersyukur kan.



tak tau camana nak pusing gambar ni..nak tunjuk sofa yang lama dah tu..





tengah berperasaan sambil layan Fath makan dan minum. Amboi Fath.

ni namanya puji-pujiang sebab syok sendiri..ehe abam Fath sedang melantak lagi biskut tu

abi dan abam..memang anak abi sungguh



sempatlah umy amik gambar sebab masa ni tengah tunggu pukul 11 sambil round-round bilik ni..lama-lama umy pun tidur juga, yalah esok perlukan banyak tenaga kan..
namun tak kunjung tiba pun nurse tu. Silapnya umy pun tak panggil kan..padahal kaunter dengan pintu bilik ni dekat saja.
termimpi macam-macam umy..haha.mimpi nurse datang la...

D. 20 September 2013

jam 3 pagi nurse kejutkan untuk masukkan ubat. umy gitau yang semalam pukul 11 umy belum dapat ubat buang air. nurse tu pi ambil dan bagi..hahhh..setengah jam begitu dah memulas dan menandasla.

lepas tu masuk nurse tu tanya dah buang air?.
nuse tu suruh baring, terdengar dia baca selawat sebelum memasukkan ubat. Ada dua tiga kali minta maaf sebab risau umy sakit. umy ok jak, tak rasa sakit, cuma kurang selesa sebab kena baring terlentang.
lepas masukkan ubat nurse suruh jangan bergerak sangat. takut ubat berubah kedudukan.

Ubat tu letak betul-betul di kawasan luar rahim. baru berkesan.

D.1 start rasa sakit
lepas masuk ubat. nenek Sabah sudah pun bangun. berqiam dia. banyak kami borak pasal pengalaman dia melahirkan kami dan menjadi tukang beranak orang.

umy tak kejut abi, sebab tau abi letih tahap gaban tu...

sampailah Subuh..abi bangun, tanya umy macamana..hai..tertinggal kapal lagi la abi ni..maklumlah tidur dibawa air cond yang sojuk tu..walaupun suhu 25'C jak pung,

masa ni umy tengah berjalan-jalan seluruh bilik ni..bila umy dah rasa sakit, nenek suruh jalan-jalan..abi amik Quran baca..umy nak gak baca Quran..terutama surah Maryam tu..tapi kalau baca baik duduk kan.Jadi baca doa Nabi Yunus tu jaklah.

D.2 Pecah Ketuban

Pukul 8, umy tengah baring, separuh tidur. Doktor Ratna datang, tanya khabar dan chek bukaan. Dia dengan nurse seorang. Diorang berbincang.
"ok dah ni".
siapkan barang!

time ni.Umy dah ehe..lepas pecah ketuban ni, mesti sakit kan.

ooh kepala dah macam ehe.
tapi usaha juga bertenang. Bertenang dan bertenang.

datang nurse tu bawa kayu panjang (chipstik laaa).
dan ketuban dipecahkan.
Doc cakap dalam tempoh 3-4 jam nanti boleh beranaklah.

Sepanjang tu.Umy berbaring sebab air ketuban keluar macam bocor perut.
duduklah. Basah lencun habis.

umy mandi bagi wangi wangi. Lepas tu tukar cadar tukar baju. Sebab cleaner tu tiap pagi akan datang kemas bilik bawa baju untuk umy sekali.
makan.minum.

makan sikit jak mampu telan. haha. otak dah lain kan.
tapi coklat tetap ada.
ehe kurma takda. Sebab tak beli pun. HUHU.


Sesekali sakit. Umy duduk..katil pun boleh dilaraskan, jadi macam duduk sambil baring la.
nenek suruh juga umy jalan-jalan. Tapi macam kan..dah sakit..ndak larat baini.
ada jugalah datang nurse chek bukaan.
ehe masih 4.

masih 5

masih 6

kenapalah belum 8 kan..hissh




D.3 Masuk Labour Room

sebelum pukul 11 rasanya. masa ni dah sakit sakit kuat. Tapi masih berjarak lagi sakitnya.
nurse datang.
kalau dah kurang sakit terus naik ya kerusi roda tu.

masuk labour room.abi ikut. kami borak sikit-sikit.
abi bagi semangat.
umy tau abi pun separuh kuat tu.
tengok mata dah berkaca.

nurse cucuk jarum di tangan kiri. ehe. susah pulak masuk jarum.
nurse keluarkan jarum.
masuk jarum lagi di sebelah kanan.
ehe..masih belum berjaya.
wow!
sakit sungguh jarum itu.

lastly dia panggil nurse lain.
dan alhamdulillah berjaya.

sakit mau beranak satu. Sakit lepas cucuk jarum yang salah dua.
dua sakit ya.


lepas tu nenek pula masuk.
masa ni Fath masih ok.
nenek letak kain di perut umy. Urut pelan-pelan mana yang sakit.
umy letak kain, gulung kat perut. Macam gantung perut dan goyang-goyangkan. Memang kurang rasa sakitlah. Tapi tetap sakit jugalah.

bila dah makin sakit. Nurse berkali chek
masih 6-7. Dah nak masuk 4 jam  dari ubat dimasukkan.
nurse pun suruh ambil ubat tahan sakit.
umy tau kalau ambil mesti mengantuk.
lepas tu kena sedut gas la kan.

umy kata nantilah..kalau tidak tahan dah.
nurse nasihatkan, ubat tu akan bantu bukaan cepat buka.
ok.
tapi nantilah bila bukaan 8 kah begitu.
masa ni mampu mengiring kanan kiri jaklah.
lagi kalau sakit, umy panggil nenek.
nenek pula bagi air Gau yang umy beli masa ke UTM dulu. Masa tu mungkin kamu baru 6 bulan. lama dah umy beli, baru buka.
tu kira air selusuh,air yassin.
air tu cuma usaha..

abi sms..kata dia nak kat labour room tu. suruh nenek jaga Fath.
tapi umy selesa kalau time sakit, nenek buai perut tu.
jadi umy sms, gitau abi, kalau dah nak bersalin nanti barulah nenek keluar.

"kalau boleh nak abang, Fath, nenek sekali..tapi dah peraturan hanya nak seorang teman". macam ni kot isi sms umy, minta abi bersabar dulu. Berbelah bahagi perasaan tu. Kalau abi masuk best, boleh borak sikit. Kalau nenek, boleh bantu supaya sakit tidak terlalu.

huhu.


D.4 DOA umy makbul!
Setelah dua-tiga kali chek bukaan yang masih 6-7. Nurse masuk suruh tunggu di wad.. oh ok.
berkerusi roda tanpa selipar.

nenek kot yang ambilkan selipar di bawa katil dalam labour room tu.
masa ni apa saja yang orang tolong, mesti umy cakap terima kasih..bagusnya kan.

nurse suruh rehat dulu.Simpan tenaga.Tapi saya saspek nurse pi urus pesakit lain  di labour room.hihi.
masa ni Fath kadang rewet
tapi umy non pulak marah-marah. baiknya!.

umy sakit.Nenek suruh bangun.Gantung. Ok secara tidak sedar, sangatlah seronok begitu.
eh aku ni nak bersalin kah tidak ni.
Nurse pulak tidak letak alatan CTG tu.Alat yang ambil imbasan dengupan jantung baby.

ada dua kali kot nurse datang dan chek dengupan jantung baby dengan alat macam dekat KKIA tu.Ishh..
Alhamdulillah, anak umy masih berdengup.Walaupun begitu..
Tentu doa "lailahaillah anta kuntum minazzolimin' tu lah baca selang dengan doa dan surah lain.
abi pandang,urus Fath,bagi sokongan.

Nenek paksa gak aku berdiri..oo

umy try teran perlahan-lahan, neneklah juga suh. Akupun fikir logik juga. Kalau boleh biarlah abi ada masa Wafa lahir.Janganlah gara-gara ni abi tak berjumaat.

Eh tiba rasa macam ada benda kat pinggang.
nenek pun tanya sakit kat mana, belakang kah pinggang.
aku kata eh macam nak beranak dah ni.

lupa dah siapa panggil nurse.
tapi yang jelas, nurse datang dan chek.ok dah 9cm.jangan teran dulu. Tapi aku rasa nak teran juga.
sakit tu, tapi masih boleh aku kawal minda la.

jangan teran dulu ya.kalau sakit, tarik nafas.
nurse dah 2 orang kot masa tu.siap -siap pakai sarung tangan. Sebenarnya aku tau Doc belum ada..hoho.Aku dok bayang Doc Ratna tu tengah lari-lari dari bawa, macam ari tu masa tengah tunggu turn chek.Tiba-tiba tung-tang-tung-tang bunyi kasut Doc lari.

Rasa nak suruh Doc Ratna guna kasut jak..huahua.

Doc Ratna masuk,siap suara rileks suh saya bersabar.Lepas pakai sarung tangan.Suruh teran.
aku tak ingat.
tapi tangan dok pegang kepala katil.
patutlah kena jahit!.

teran 3 kali. Fath dah mula nangis. Nenek berdiri sebelah. Bagi semangat, abi duk jauh sebab Fath kena dukung.
Mungkin terganggu. Doc minta Fath dibawa keluar. Baru dia perasang ada Fath disitu!

Aku tak sampai hati suh nenek.Nenek macam bersemangat di tepi katil ni
Doc pandang mak.Mak pun ambil Fath.
masa tu dah berjaya keluarkan Wafa pun.Mak sempat nampak. Doc letak atas perut umy.
Doc tanya abi nak tak potong tali pusat. Abi macam luar kawal sikit.
"eh bolehkah?"
see.
Doc bagi potong.
Tak ingat,
tapi rasa macam abi cium ubun umy lepas potong tali pusat tu.

lepas tu umy tertidurlah.

bangun-bangun.Baju dah pakai yang baru waaaa.
tengok kat kaki, dua nurse sedang borak sesama dia.
dan sempat suruh saya berehat masa dah terjaga tu.

Ada abi kat sebelah kot.
eh banyaklah lupanya
yang ingat masa ni dah nak Maghrib.
gadis umy..fresh lagi


semua ikut style abam jak ni..hi



nurse bawa masuk, nak bonding la lagi. Abi kena ambil nenek koyan, suruh snap kan..


gitau Wafa nak balik jap amik barang

mata Wafa sepetlah..

nenek Sabah try juga dukung
abi balik rumah, bawa barang yang kotor..dan bawa baju untuk malam tu dan esok. bekalan baju-baju tidak cukup untuk tanpa dua malam.
salah bajetan umy!

.
abi memang dah letih gila-gila tu..hehe
lagi satu nenek Koyan pula nak balik esoknya,
mahu tidak mahu, kena ambik sekali nenek yang masa tu dekat rumah Mak Lang.

masa abi balik rumah tu. Fath nangiss waaaaaaa.
tak nak kat nenek.
tapi mana boleh bawa Fath..penat mau jaga..balik pun sebab mau ambik spek nenek. Mau ambik barangan untuk stay warded malam tu.

kena ambik nenek rumah Mak Lang. Sebab nenek mau tengok cucu ni lah juga.
kalau balik rumah dulu baru ambik nenek..lebih panjang cerita dan banyak kerjanya.


semasa abi balik tinggal umy dekat wad. Bersama Fath yang ndak mau dengan nenek. Jadi biarlah Nenek Sabah tidur.
umy tidur bangun, tidur bangun.
bangun.Muntah ya, sebab lama sangat baring.
bila muntah, datanglah nurse, nurse ni shif baru kot, sebab tanya bila umy bersalin. Nurse tinggikan katil


Doc Zarul datang untuk tanya perkembangan.
"dah buang air?"
doc pesan, kalau bangun jangan berdiri sendirian.
bila tau umy muntah, doc tu macam lain. Dia tulis panjang dekat buku panjang dia.


mana nak berjalan. nak bangun rasa macam tak larat.
Fath menempek kat sebelah.
rendahkan katil semaksimum. Tidur sama-sama
Fath tu dah ngantuk.
rasanya Fath tak tidur.
nenek pula tidur.kesian juga nenek tu.
akibatnya, umy taklah dapat ke bilik air untuk buang air. Itukan prosedurnya.Lepas bersalin kena buang air. Lagi cantik terus mandi, biar segar. Kat toilet tu kan ada air panas juga.

tapi dengan Fath yang tidur ayam sebelah ni. Nenek yang tidur..takkan mau kasi kejut.
Mau tidak maau mengharapkan abi juga cepat-cepat balik.
boleh papah umy ke toilet. kang pi sendiri jatuh sebab pening dan kurang stabil camana...

sms abi bila nak sampai,

Bila Fath dah ok.Rasanya masa ni dah tidur dengana aman.
umy pun mengagahkan diri gi toilet. Rasa tidak selesanya bersama darah yang mengalir dan badan yan lesu dan penat gilaaa. macam baru abis kerja di kebun seharian.
Melahirkan memang penat!!!


Maha lemahnya diri. Iyalah, beranaknya Zohor. Isyak baru bangkit.Woiii lamanya.
gitau nenek yang tengokkan Fath.
Suruh nenek tengok tidak perlu jaga. Sebab Fath kan tengah tidur aman.
Nenek macam mau bangun.

lepas mandi, rasa ok sikit. Walaupun doc suruh berteman, umy pigi sorang jak. caranya jalan pelan, pegang dinding dan alhamdulillah!.

lepas mandi dan pakai baju lain.
Baring balik,
lepas tu nampak ada makanan . makanan tu suruh nenek makan. Nenek makan sikit.

minta tolong nenek buatkan air panas
Nenek buatlah. Dapatlah Minum air milo suam. Sebab air tu kurang panas sudah di termos :)


Tidak lama kemudian.
Mereka sampai.

Selepas isyak..
bawa kain balut dalam kain sarung..muahhh, sebab senang. Tidak perlu beg-beg ni. Hehe
pampers Fath pun ada gak,
masa warded tu memang bawa juga pampers cukup-cukup..tapi ntah napa ndak cukup..lupa dah sebabnya.


bila dah salam. Abi tunjuk sup dan nasi suruh umy makan.
umy tidak senang hati sebab Wafa belum pun sempat dipeluk lagi secukupnya.
Dan mintalah tolong abi pi ambik Wafa.
Padahal, Sebelum Solat Jumaat abi azankan. Sempat juga ambik gambar.
ndak puas hati hanya tengok gambar. hee

nenek Koyan di nurseri kot tengok Wafa masa ni.
jadi abi pun pigilah ambik Wafa dan nenek sekali ikut masuk wad.
bilang nenek Koyan, muka kamu Wafa macam muka Mak Lang masa kecik. heee. Fath pun teruja..sebab memang Fath suka budak kocik!

entah bila punya gambar ni



lepas antar nenek Koyan ke rumah Mak Lang.
sebab nenek mau balik sudah besok.
abi datang balik gi Wad, barulah umy makan sup daging yang abi beli.
haha. Sup daging pedas..comel abi, orang baru bersalin makan pedas-pedas..takdanya lah. umy makan daging gan nasik saja.

yang lain nenek Sabah yang makan.
nenek Sabah tu lapar, tapi bila umy tanya lapar.. dia jawab "nantilah.."
maksudnya apa juga tu??

berkias-kias lagi.

lepas makan, umy tidur. Waafa pun dah masuk nusery balik. Depan bilik wad ni jak pun.
abi mandi..kot..

Biarkan Fath sebelah umy tidur bersama botol susu.
nenek Sabah pula tidur dekat lantai, kebetulan abi pun bawa juga toto sekali.

abi suruh nenek tidur dekat kerusi, tapi nenek berkias-kias lagi :).

abi pon tidur.

malam nenek Sabah bangun..dan kata badan dia sakit-sakit. suruh tidur sebelah dekat katil umy..
nenek ok jak.
baringlah sama-sama kami.

ooh lupa...
ada selang masa nurse datang suntik ubat dekat tangan yang ada jarum tu...
dan bawa ubat dalam bekas. Rasanya ada 4 biji ubat perlu ditelan juga.





E. 21 September 2013
selepas Solat Subuh dan sarapan esoknya..kita pun ada peluang balik.
sebab kamu..Baby Waafa oii pon dah buang air.
umy pun juga sudah :p

buang air kecil besar adalah syarat untuk kamu Wafa.
dan umy syarat buang air kecil.
sudah melepasi syarat, bolehlah balik.

datang lagi yang cleaner bersihkan Wad.
Sehari dua kali kot. Pagi dan petang.
datang cleaner pasangkan cadar baru..bawa baju baru juga.
datang juga bawa makanan untuk Sarapan.
datang juga bawa ubat lagi.

selepas makan, mandi dan berkemas. pakai baju baru sekejap.
borak


lalu datang Nurse bagi gift dari pihak PMC.
kali ini dapat dua beg, 1 bakul buah
satu beg penuh dengan susu untuk umy 1 tin, susu baby 2 kotak kecil..
satu lagi beg kecil..dalam tu sampel-sampel cream untuk napy
dan risalah pasal vaksin.

1 bakul buah..

nurse kata ini untuk mommy, untuk Fath dan baby..

abi menyampuk "untuk abi takde kah?"

nurse tu pun cakap...takde.

tiba-tiba muncul pegawai urus bil-bil.
"hah yang ni untuk abi dia".

haha.

bil lebih dari budget yang disediakan majikan abi,,bhehe
terpaksalah talk dan
dengar ayat dari pegawai..di opis sebab apa ntah ejaan dalam surat kelahiran PMC salah ejaan.
pegawai tu ke opis untuk betulkan dan bincang pasal bil tu.
orang tu..merangkap orang kampung abi juga..
muahaha.

lepas dah sattle, barulah kita boleh balik.
nurse pun datang bawa Waafa, kita pun berjimba-jimba amik gambar. Padahal badan umy sakit segala, macam baru lepas bertumbuk dengan orang. :(

lepas amik gambar puas-puas.
nurse datang balik, sebab Waafa poo pooo

nenek ambik gambar memah comel begini..muka letih


Fath nak pegang Waafa la

nak dukong jugaaaa!



lepas tukar baju sendiri, dan bedung sendiri.. abi hantar barang sikit-sikit dekat kereta.
nenek tunggu.

lepas tu turun , haruslah naik wheel chair. Sebab tu prosedur PMC situ.
pacik yang tolak tu kuat juga, sebab umy naik sekali dengan Waafa kot.kah nurse tolong bawa..lupa ingat sudahhh.

turun bawa ada abi parking depan pintu..

maka, balik lah kita..ke rumah kita


ok sampai rumahhhhhhh..selamat datang my gadis









kepenatan yang amat. Tidurlah kita..
lepas tu, sejam atau kurang sejam Waafa bangun.

masa tu susu untuk Waafa belum ada, jadi kita bagi FM yang klinik tu bagi.

apa ntah malam pertama Wafa dekat rrumah, Fath baca doaa

aminnn

baring pun mau sebelah Wafa juga la

pegang kepala...Waafa kurang selesa kot :)
bila dah hari ketiga begitu, hoiii..dia mai dah..dia mai daaa
Waafa boleh jak nak mamam,
tapi tetap tidak kurangkan bengkak,
jadi umy pun pump..
dahlah letih masih ada..mana cukup tidur pun.

Waafa pula, boleh sambil makan tu dia tido..penat umy kejut, tak bergerak mulutnya.
itulah tanda Waafa dah kena jaundice..
minum susu pun kena paksaaa :(
ni mungkin selepas balik dari klnik, dalam 4-5 hari selepas lahir. Sebab disyaki Wafa jaundice

jadi kita letak dekat bilik, buka tingkap biar bercahayaa


seee Fath sangat seronok ada Waafa :)

sikit-sikit mau sayang adek

akhirnya tido pon sebelah Waafa




hari keberapa ntah..pacik Edy gitau yang kawannya/orang kampung baru dapat anak sulung, maka disuruh nenek Sabah datang melawat.
abi pun ok jak, kebetulan kot itu hari masih hari cuti lagi..atau memang weekand kot.

haruslah umy ikut sekali.. :)


maka berjalanlah kami ke Subang Jaya yang tak dikenali lagi tempatnya. Sudah digoogle tapi..tetap tidak tahu..
singgah tanya kedai minyak,
ayoyo satu bahasa yang dia faham ialah bahasa isyarat tangan..yang dekat mulut keluar satu pun umy tarak faham
Hari ketujuh..kot gi melawat anak orang kampung yang duduk Subang Jaya.. belum habis pantang dah keluar.. (^_^)



itulah kisah kamu Waafa, serba sedikit di awal kelahiran.