25 Oktober 2014

Aku Cerita menangis Dan Bas Jipun


Aku Cerita menangis Dan Bas Jipun.
Aku ikut umy ke kedai...konon umy mau beli pakaian.
Bas pukul 6.24pm..pukul 6.20 kami sudah terpacak berdiri disitu. Sambil tu aku tidak sabar makan roti 7E..yang baru dibeli.
aku tanya "umy mana bas ni?".
Umy kata bas lambat.Mungkin bas ada hal.
Ni memang janji jipun..lama juga kami tunggu..berapa minit ntah lewat dari jadual yang ditulis.
Tidak lama kemudian,umy kata tu sana bas...
Sukanya aku tengok itu bayangan bas.
Aku akan naik bas lagi. Yea..!
Dalam bas aku minta umy buka itu roti. Umy bagi aku sikit.Waafa sikit.
Waafa tu diam jak dalam kendongan.
Sampai kedai..aku teriak mau rotiku. Sebab umy masukkan dalam begnya.
Umy sudah panik. Sebab aku teriak dan nangis kuat-kuat.
Umy kata jangan nangis,nanti kena tinggal.
Tapi aku menangis jugaaaa.
Akhirnya umy bagi rotiku..aku simpan atas troli.
Tapi jatuh..lalu umy simpan dalam bakul.
Tapi aku tidak mau simpan di dalam bakul.
Aku teriak lagi.
Akhirnya umy suruh aku pegang..sambil buat muka garang.
Aku peduli apa..kalau aku mau jerit..menjeritlah walau dimanapun.
Setelah pusing kedai yang sejuk kerana banyak sangat frezzer terbuka..umy pun sudah mula lap-lap hidung. Tanda umy sudah tidak tahan sejuk.
Kami pun pi kaunter bayaran. Tapi orang ramai. Jadi kena berbaris. Waafa sudah keluar taring..tidak selesa.
Akupun..sejuk juga
Umy suruh pakai hood jaket. Tapi aku tidak suka.
Syukurlah ada satu pekerja tu baik hati..dia bawa kami pi kaunter yang closed tadi.
Selepas membayar. Kami perlu berjalan untuk ke stesen bas yang tiada kerusi tu. Tidak jauh kalau jalan sambil berborak.
Penat juga tunggu bas..tapi bas tiada pula.
Aku tanya berpuluh kali..bas mana.
Umy kata kita terlewat beberapa minit. Kena tinggu next bas.
Lama juga...
Jadi aku tanya lagi berpuluh kali. Jawpan umy sama jak. Bas kat Stesen Toyohashi.
umy suruh nyanyi macam-macam sambil tunggu bas.
Umy dah sejuk. Aku sejuk juga..tapi tanganku masih panas.
Tangan umy dah macam ais.
Tu lah..lain kali pakailah baju tebal umy.
Aku nasihat umy. Tapi umy kata dia tak faham sepatah hagham pun.
Umy chek tangan kami..umy kata semua panas lagi.
Setelah beberapa lama. Bas pun nampak dari jauh.
Umy kata aku ni kalau nampak bas senyum sampai ke telinga.
Dah memang aku suka bas..
Mau buat camana lagi kan...
Sebelum naik..driver tambahan tanya umy nak kemana.
Nasib umy faham juga soalan tu.
Tapi kerusia bas yang kami biasa naik..ada nenek dengan atok duduk. Aduh...umy pula suruh aku duduk sebelah diorang.
Umy duduk sebelah..
Aduh...ini menakutkan.
Aku cepat-cepat nangis...
Nangis...
Barulah umy letak aku dipangkuannya.
Tapi kakiku tersangkut.
Haha. Yang penting duduk dekat umy..aku dah rasa tenang.
Bila nenek depan tu turun. Umy pun duduklah situ.
Akupun duduk sebelahnya. Bahagianya hidup.
Aku tengok ada butang merah ditepi kerusi.
Gatalnya tanganku mau tekan.
Tapi aku takut umy marah..jadi aku pegang hujung-hujung sajalah.
Tiba-tiba driver tambahan tu datang dan cakap jepun.. Suruh aku jangan tekan loceng tu.
Aku terkejutlah..
Terus aku tertekanlah..dan menangis lagi kuat dari biasaaa.
Umy tutup mulutku. aku gigit tangan umy.
Umy tutup juga..
Sampai pun aku masih menangis.
Umy pula lambat betul. Tukar duit dulu baru bayar tambang.
Driver tambahan tu minta maaf dengan aku. Tapi aku takut dia..jadi aku makin lah kuat nangis.
Lamanya aku nangis. Umy kata jangan balik kalau nangis. Nanti jiran marah
Aku tahan-tahan juga.
Tapi ternangis juga. Terhenti-henti kami berjalan dari jalan raya ke rumah.
Selepas cool. Barulah kami jalan ke rumah.
Jiran sebelah tu ada anjing..aku takut juga. Itu yang membantu aku kurang nangis.
Terima kasih umy,sebab sudi tulis.

Yang Menjalankan tugas:umy






17 Oktober 2014

perjalanan ke ZToyohashi Zoo & Botanical Park Non Hoi ParkToyohashi bahagin 1

BISMILLAH..

gambar masuk draf lama...
baru hari ini (10/01/2015) dapat tulis dan ingat balik. Fuh..

OK.
selepas balik dari OSAKA..kerana kehabisan hotel..fuh gilal bebeng punya
penuh tu..

sini.

Besoknya..Sabtu..kami pi tempat lain.
kalau nampak peta tu..
dekat saja pon dengan Sanbongi-Cho..tempat aku tinggal.

cicittt.

tapi..malam tu duduk Hotel Associa..iaitu hotel terbaik di Toyohashi..juga berada di bangunan pusat keretapi..macam KL Sentral..

maka..terasa jauh jugalah..lagi naik keretapi jenis lamboyot..local tren.

masa aku di Park ni..aku perasan ada bunyi keretapi..so sahihlah memang dekat pun dengan Sanbongi-Cho nun..

balik kepada tajuk.

malam tu..sangatlah kebuluran kan.
jadi..SS memang membeli makanan di Lawson eh..apa kah nama kedai dekat bawah hotel tu.
dan lagi pula..aku ada bawa megi kan..konon mau makan di Osaka..hahaha tapi bukan rezeki la..siapa suruh ndak book awal-awal hotel.

tapi..sebenarnya..syukur sangatlah ndak juga stay sana.. ndak terbayang betapa ramainya manusia bercuti di sana kan..sampai hotel penuh..
kalau pun dapat jenjalan..mesti kurang selesa la sebab ramai macam semut orangnya.

ok. Mungkin sebab ramai orang dah berjalan ke ke Kota Besar.
keretapi kami naik agak lenggang.






abi suruh Fath buat peace..

ni tudung semalam...lalala

sejuk la..depa dua ni mandi awal..air panas juga pon..

hah..ni Fath carii pasai dengan Waafa kot..terus kena bagi hadiah..pek tangan tu!

dalam 15 minit sampai.
ada 1 -2 jak singgah.

sampai-sampai terus ditiup angin..
OMG sejukkkkkk.
memang aku rasa, sengsaranya kalau ada salji.
sejukkkk..
tahap subuh di Malaysia pun ndak terlawan.

aku mati hidup ingatkan kita mahu melawat kawasan hutan berbukit nun...
rupanya..kita melawat haiwan-haiwan liar yang dikurung (zoo).
tapi bukan sebarang zoo..
ada botanical...ada park (fun fair)..ada menara macam dalam gambar bawah ni

sumber


sebab aku ndak tahu kan..dan kecewa sebab bukan ke hutan tu..
me suka mau nengok hutan real..bukan pokok ditanam..
barulah terasa realitinya.

lepas turun stesen..
 jalan sikit nampak ada jalan raya..

kami naik jejantas untuk ke seberang..
SS la tukang tanya orang..
aku biarkan jak..
sambil tahan sejuk pagi..dan sejuk musim luruh kan..

selepas menyeberang..dan sempat ambil gambar..


bawah ni  jalan raya pun lah  




turun naik guna lift juga pun..selamat kaki ku.
semalaman di Osaka..berjalan jak kan..
penantlah juga ini kakinya..hehe




turun lif nampak haiwan ni


nampak-nampaklah ni..
kawasan perumahan jak pun



batu-batu ni banyak ditepi jalan..kira penghadang jalan..jadi kasi peluang ini budak layan 


sepanjang jalan dari jejantas ke zoo tu.. adalah tugu haiwan-haiwan ni..

eh ini selepas jejantas..kawasan letak basikal..kami ingatkan boleh sewa basikal coi!

yang haiwan dikenali Fath kami kasi peluang dia berkenalan dan bermesraan

hutan belakang tu lah yang ada kawasan untuk pelancong pencinta alam cam aku ni..tapi sebab akupun ndak tau camana mau kesana..maka kita ikut rancangan bos!


jarak dari stesen keretapi..Futugawa kot nama stesen tu..dalam 20 minit perjalanan.
haha..
tapi kan sejuk..
jadi memang kuranglah berpeluh



nampak ada rumah tu jual macam ubi ..tapi aku  malas ambik gambar..ni ikan kot dipeliharanya..mungkin juga dijual

jalan depan tu..hah rumah sewa bujang..aku agak sebab kurang besar..macam saiz rumah sewa si Muizz jak

akhirnya...sampaiiii..semputtt..SS suruh posing..penat kepala fikir posing paling realiti...LOL

sebagai balasan..kita suruh dia posing muka hepi..sebab tidak terbuang duit di Osaka!

posing tambahan..Fath laju sana depan..macam tau-tau jak budak ni mana pintu masuk..

masuk pintu..ada penjaga..tanya mana beli tiket..terus ditunjuknya cara beli tiket guna mesin..ndak payah guna kaunter. Bagus..marketing sekali teknologi kamu ya..bijak..bijakk

jalan kaki dan jalan-jalan di Osaka City dan cerita cari penginapan

oleh kerana SS ada cuti..Sabtu-Isnin.
maka SS berbesar hati yang amat bawa kami jalan-jalan.

aku ni pulak tengah emo. Tidak mau ke bandar besar. osaka tu bandar setelit. sudah pasti besarlah..

tapi..bila fikir dah orang ajak. Jangan buat perangai lah.

bila google..semua lebih kepada shooping segalanya, Makanya lagi makin tidak berkenan. Cuma tang hutan bambu tu..aku berminat lah.

lepas terfikir..jarak dari Toyohashi ke Osaka..mesti jauh. Takkan naik bas. naik bas kena sambung. naik tren pun. Tapi tulah aku lupa chek. Toyohashi ni pusat pengankutan gak..
jadi segala macam tren akan lalu sini.

maksudku lalu dikawasan Toyohashi Station. Macam ala-ala KL Sentral. Segala pusat disitu.


SS pula duduk di Associa Hotel.Bangunan dalam Toyohashi Station tu juga. Untunglah...memang bagus hotel tu..

jadi. SS datang dari hotel...patut terus gerak. Tapi aku lagi baru mau tidur dengan nyaman.

huh.

tiadanya mahu sarapan, kemas-kemas..mandi 3 orang ni. Semua tu amik masa. Dah pukul 11 baru jalan kaki ke jalan besar.

Padahal belakang rumah pun jalan bas. Cuma lupa plak..
ngam betul.

jadi bejalan kakilah kita ya..dalam 100 meter kot..atau kurang..jauh juga lah..ehe..

ni bejalan kaki tengahari memang ngam. Rezekinya duduk negara sejuk..ada angin sejuk..jadi kurang terasa panas pon.



 ni belum setting kecerahan hp..jadi si abam kelihatan kegelapan yang amat bangat 




monopod tiada..tangan pod pun jadilah labu...
luas lorong pejalan kaki/basikal..sebesarlaluan jalan kenderaan 2 hala tu.
belakang tu tempat tunggu bas..tiada pondok ya..kalau hujan..emm..diorang guna payung kali. Sikap diorang ni..berbaris tunggu..padahal bas belum pun sampainya lah..
SS tu tengah kira bajet,,atau kira setting masa perjalanan??
naik bas, dapat kerusi untuk 'orang-orang yang diutamakan'..hai..Topi Waaf a ni jatuh masa jenjalan gi taman dekat-dekat rumah. Ada juga hartamu jadi kenang-kenangan di sana cik Waafa :)

dalam 10 minit..sampailah kami ke stesen Toyohashi...abam ni jakun naik bas..teriak-teriak jakun dia. Padahal umy pon la juga..cuma bas itu tidak mesra kamera..jadi ndaklah umy amik gambar naik bas tu.
Dalam stesen Toyohashi  tu semuaada..kedai..kedai..termasuklah hotel SS menginap. Aku tengok sign pun dah cukup..kesiannn
eh ni gambar sepatutnya sebelum atas ni,,haha..susah mau kasi ubah..
kami tunggu bas berlindung di bayang papan tanda perniagaan tu..sambil tengok orang buat kerja. Bagus, Semua pekerja berdarah Jepun. Jadi kerjanya secara langsung berkualiti. Kalau orang luar..mungkin buat sambil lewa...rasanya diorang betulkan papip bawah tanah..




sebab jarak Osaka ke Toyohashi dalam 200KM kot..atau bih..memang ndak sempat aku servay semua tu, JR ni Jepun Railway..macam kita Keretapi Tanah Melayu - KTM la.

sebab kurang faham guna mesin ticket..haruslah ke kaunter beli. Dan memang diorang mana tahu english sebutan kita. Kita pun tidak tahu..tapi fahamlah juga orang lain apa yang kita cakap. Diorang english slang diorang lah


takdir Allah..ada penumpang perempuan ni fahamlah english kami kan..terus tanya dikaunter dia jadi translate..
ada dua tiket shinkansen ni..1 book tempat duduk*reserved..1 lagi tidak. Macam naik flight Air asia..kalau booking tempat..bayar sikit..dalam 500 yen..gitu. Jadi kami beli ynag tidak lah..selamat 1000 yen. Fath dan Waafa selamat dari ticket. Pasal ticket Shinkansen ni..boleh semak di blog lain. Blog ini tiaa infonya ..hihi

Sudah beli..masuklah no yang ditulis di ticket. Sebab SS ni mahu sahih..gi tanya orang yang lalu situ juga..ni ke Osaka-Shin eh *shin ni maksudnya-central

abam takut pulak naik escolator ni..padahal..sebelum ni..pantang tengok






Bila tengok depan mata dan rasa sendiri angin kelajuan kerata api laju ni...Fath lah paling terujaaa. Waah laju..lajuuu



Salah tempat..patut ke balakang sana Platform..sebab bahagian depan untuk orang yang reserved tempat duduk..pew...haruslah cepat-cepat sebab ke sana,,tren mau sampai dan berhenti pun sekejap jak kan..berlari-larilah kami macam apa

mau naik pun..aku snap juga..ndak payah posing kira 123 ya
main snap-snap jak
bila dah duduk..aduh lega...cuma dalam ni ndak sejuk..kami pula pakai jacket kan..hih

ada meja boleh adjust..kerusi pun boleh kasi rendah belakang untuk tidur.. tapi tengok juga ada orang belakang kah tiada,,,masa ni ada orang belakang..keluarga juga..jadi ndak dapatlah

Fath ni sedang perhatikan budak belakang tu..adalah diorang borak sikit..bahasa budak-budak ni..kadang akupun tidak dapat teka



fath masih khusyuk
masa masih cergas..mari kita snap..snap..guna hp juju abi




baru dia pandang

sebab Waaf a enak tidur..kita senang juga lah hati amik gambar

keluar airpot..baru rasa perut lapar..fath siap nangis lagi kesian..duduklah dikawasan orang tunggu teksi..sebenarnya mahu ke Toyo Hotel ataupun Diamond hotel..tapi ndak tahu dimana letaknya. baru rasa nyesal..kenapalah aku ndak study semalam..huhu



sambil tengok orang-orang bandarmerokok dan buang rokok situ jak..ada orang rambut panjang dan kasut tinggi ni lalu..aku rasa artis..lah kot

terfikir camana mau keluar dari stetsen Osaka-Shin yang besar. Rupanya kena laluan lain. Dan bermulalah pengembaraan kami dengan beg belakang dan sedikit stress

sambil jalan cari hotel yang ndak ditahu..jumpa hasil kerja ni

penat round..ndak jumpa pun. tanya orang pun ndak tau. Yang klu aku tau..dekat stetsen jak..
dan di Osaka-Shin ndakda wire less kan. Camana lah mau cari tempat tu..hah..duduk mana-mana jaklah..tapi ingat poket kita bukan tebal ya..jalan-jalan situ..rasa biasa jak pun kawasan Osaka Shin punya bandar tu..adalah banyak hotel..tapi dalam 7000 yen punya..kira mahal juga untuk kami. Sedangkan Toyohashi tu dalam 350 yen..cuma kongsi bilik air saja.Kita bukan mahu senang-senang. Kita mahu mengembara/

Duduk depan pintu hotel ni..dapatlah tumpang tenet..bolehlah rujuk dimana Toyo atau diamnond hotel. baca-baca dalam blog orang..Hotel Toyo tu dekat stetsen lain..bukan stesen sini. mau tanya orang, Tapi tiada bantuan untuk lebih faham. mau sewa basikal terus..tapi masalah besarnya kami ndak tau stesen tu letak mana..makanya

jadi bejalan kaki balik semula ke Osaka-Shin Stesen yang besar gedabak kalah KL Sentral kita..huhu.
sambil balik ke stesen itu..akulah paling nyesal..kami buang masa jalan kaki dalam 2 jam dengan anak yang kecil kesian tu..nilah akibat ndak study. SS pula ndak booking hotel tu. katanya ndak payah booking..kawan dia kata boleh jak terus duduk.

Hp sim Jepun beliau pula hang-hang. Jadi memang tiada alat bantuan dah kami..kecuali Allah. Aku doa Rabbi Yassir sajalah.

 jalan balik pun jauh juga, tapi secara tidak langsung kami dapat nampak kawasan situlah. Ada tanya orang..tapi seperti biasa..diorang bantu..tapi kami tidak faham bahasa jepun..dan diorang pun..setakat tangjkap muat apa yang dia bayang pakai tangan sambil tunjuk-tunjuk dan sebut stesen tu..stesen yang dekat hotel tu lah

makanya..SS pun makin kalut..hari pun mau malam. SS tanya siapa ntah..rupanya stensen yang kami cari tu..kena naik tren dan tukar tren untuk sampai.

maka kami pun ikutlah..

sesak..sebab mau malam..orang balik kerja.. jumpa lagi orang untuk SS tanya sebagai pengesahan mau ke Stesen tu. Dan

bila naik keretapi lain. Akulah panas hati. Tengok aku bawa anak ni..diorang mana ada mau offer duduk. Haha..sama jak pun perangai orang kita di sini.

tanya penumpang sebelah..syukur sangat budak tu kata dia pun mau turun stetsen yang kami mahu turun.

sebab dia ada GPS..dia offer diri bantu sampai kami jumpa hotel tu..sebelum sampai hotel tu..banyak juga hotel lain yang harga tidaklah sampai 7000 yen. Dah kata mahu ke Toyo..jadi SS bilang..kita carilah dulu Toyo tu..

Stesen Imamiya lah yang kami cari tuuuu

jauh berjalan kaki..sampailah juga kami. Budak ni student..jadi oklah juga english beliau. Dia faham SS cakap..dan kami pun faham apa dia cakap.
sebelum apa-apa dia pun minta diri. faham juga lah kan..masing-masing ada urusan

sampai pun. Walaupun GPS beliau ndak ditect tempat ni..berkat budak tu tanya hotel tu..dapatlah kami sampai..masuklah tanya kaunter.
cehhhhh..PENUH!

aku chek semalam..ndak pun..hemmm

hotel Toyo tu sebelah ini jak pun..Razin ni besar gedabak.
bila tanya pun penuhhhhhh.

hoiii

aku dah naik minyak. Jalan-jalan tanya semua penuh.
aku saspek ada yang menipu..sebab mungkin kami macam palauk kan gayanya..aku lah tu..muka tensi lagi.


bila dah round dan tanya..maka kami dah fed-up. ditambah dengan suasan kawasan Imamiya yang kotor dan ramai orang. Bertambah-tambah aku stress. Dan paling tidka boleh bla..tensi. sebab tenet tiada. Susahnya..mau minta tolong orang lain yang duduk OSaka pun susah.

SS lagi lah..bila aku stress dia cuba coolkan. Tapi akulah lambatnya cool.

maka kami sepakat cari penginapan tempat lain. kena naik tren balik. Dan syukurlah..dapat solat maghrib jamak di paltform yang sesak tu. huh.

Ya Allah mudahkan jangan susahkan.
mudahkan tu maksudnya, nampak susah..tapi kita boleh lalui.

aku ingat mau turun di Nakaba..tapi SS kata ndakpalah..kita balik ke tempat pertukaran tresn bandar tadi.

turun tren..kami nampak ada hotel tepi tu..
jadi kunun stay lah situ.

jadi SS pigilah hotel tu..
dan kami 3 ketul tunggu di kawasan lobby stesen apa ntah di tengah bandar ni.

sambil tunggu SS pigi chek hotel tu..aku duduk di kerusi kawasan tu. abam yang tidur..memudahkankerja juga. Yodo ni macam SOGO gitu..tempat membeli belah dalam list peminat yang tegar shooping tulah. aku tengok..rasa ada haraoan beli kamera ni nanti

Waafa ni asyik berdukung kan..jadi kasi peluang sama dia lah..


lama pula SS ni pigi servay hotel..malam sudah..angin pun kuat..sejukk. Pegang tangan Waafa macam ais sudah..kasi paksa dia pakai hood tu. suruh duduk janganlah jalan-jalan

buka jacket..bagi bungkus badan abam yang nyeyak tidur. Tadi dalanm tren teriak-teriak mau roti. lapar la  tu.sama penat.
Time ni aku penat sudah..tertidur-tidur.

rasa eh..aku ke sini mahu ke bamboo forest saja

iyalah..dalam senaari tempat wajib lawat..ni jak aku berkenan..SS pula konon mahu berbasikal saja..selain kami mahu tengok tempat orang


.

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP