05 April 2014

Jumaat barakah dan cerita ayam kampung

tadi patik jumpa SV..kul 12.45pm begitu. Faham-fahamlah, sejam mana cukup.

Fath wa Waafa dekat abi. Tunggu di parking kereta.

Azan pulak tidak ku dengar.Hp pulak masalah.So tiada sms/tiada call. keluar pukul 1.50pm.ooh my love-lobe solat Jumat!

lari-lari..tengok mereka tiada di parkingan.
mesti dekat masjid!

Patik pun tiru Usain Bolt..ke masjid. OMG..dah rakaat kedua!..(ramai jak pun lari-lari kejar rakaat tu).

(-__-). Sampai masjid tengok jejaka&gadis kecil tu rileks je sebelah abi dan jemaah yang lain.



tu diaa Fath hujung soff..soff kanak-kanak dia tidak layan

sebelah abi tu lah Waafa rileks meniarap,merangkak...kiki

Ambik Waafa gi naik tingkat atas..Solat terus.. Waafa tidak nangis pun..padahal sejam lebih dikasi tinggal..

Bagi fail umy ni..ni la mainan dia..ditolak sana..di tolak sini...eh jumpa Yanti tu, tapi tidak sempat amik gambar pulok...
p/s:
1. Naluri ibu harus ada..tapi harus kawal juga.
2. Tolong menolong amalan mulia
3. Bersangka baik dengan Allah. Yakin. InsyaAllah pasti akan baik-baik saja





Dekat UPSI ni ada 1 kedai  makan popular dengan orang luar, sebab jual ayam kampung. Jual juga nasi padang. Memang sedap dan kampungan juga rasanya.
Itu pun rasa masa semester 1 dulu..waa lama sudah rupanya juga.

Abi kata dia lapar ayam kampung.
Dalam minda patik, ayam kampung kedai baru tu.

Tapi dalam fikiran dia mau lagi makan di restoran ini. sebab itu, manusia ni kena rajin berkomunikasi.


ni pemandangan depan kedai. Kalau samapi dalam pukul 1..menangis mau parking dimana. Cilok gambar di sini


patik tidak mau sudah ke situ, walaupun sedap jugalah..tapi harganya boleh makan 3 kali tambah kalau di kedai-kedai siring jalan nun.

Sebab itu hari lah,  itu hari makan ayam dua ketul, sayur 1 pinggan kecil.. sebab niat mau rasa jak pun. Sekali bayar, tercekik terus.
Mujur dapat air sejuk free. Ingatkan teh O ais..
air kosong jak pun -___-

Sekali kemarin tutup... Terus tepuk tangan patik dalam hati. Apalah abi ni , kan kita mesti menjadi pengguna, menang membeli..menang memakan ;)

Patik sudah kasi tau, ada restoran jual ayam kampung baru buka dekat UPSI lama tu.

lagipun dia memandu, mana sempat melilau semasa memandu.

Abi macam memanas sudah..maklumlah banyak kali juga patik ni konfiden cakap, sekali salah dan silap fakta.

Tapi pasal restoran ni..patik dah yakin terlebih-lebih. Tiap kali ke UPSI mau singgah, mesti abi kata mau cepat, mau ini.. mau itu.

Sudahlah restoran tu di hujunnng sekaliii.

Memanas juga abi.."mana-mana...mana..mana kedainya??"

haha.(dalam hati jak pun)

Patik kata hujung sana. Kalau ada, nanti patik tumbuk lemak tu ya.

orang tengah memanas, dikasi panas lagi.

Dan Alhamdulillah buka juga itu kedai. Kalau tutup habislaa patik kena FIRE!


meja baby ada sisa nasi.. pekerjanya tidak kasi bersih. *kecewa disitu
Order set A kali.RM7.50.Ayam kampung goreng, kuah kari, ulam dan sambal. Abi pun sama, sebab set lain semua macam ndak kena. Yang sup ayam kampung pula, mahal RM1..hi

Order tambahan ayam goreng 1 lagi. Tapi dapat dua ketul, sebab katanya kecil. Senyum abi dapat 1-1. hehe. Sedapnya ayam kampung. Panas-panas lagi tu.

Terus tanya mau minum apa..patik suka minum air suam jak, air kaler-kaler ni berkira sikit.Maklumlah buat sendiri lagi enak dan puas lagi kenyang.

Ada Fath ni, mau tidak mau..kena order kaler. Tapi kalau manis, kasi tambah air..

"air abammm..air abammm"

mimpi Laila, mau share dengan kita. Nanti dia kenyang barulah sudi bagi-bagi
 lepas tu tunjuk orang, "itu siapa..itu siapa".  Kadang kita jawab..kadang dia jawab sendiri soalannya. Kadang orang tu disebelah jak. Suka-sukanya jak tunjuk dan tanya kita. -___-

"itu atokk.." pacik baju batik belakang tu ada uban-uban..sedap jak Fath gelar itu atok..hakhak


kemasnya pinggan patik..maklumlah sebelah tanga dukung Wafa..sebelah kanan menyuap diri sendiri. Ndak terfikir mau kemas


habis patik makan. Kacang botol, kacang panjang, daun-daun. Heee. Tidak pernah-pernah berulam-ulam begitu. Kuah kari makan sikitlah. Sebab saya bukan peminatnya. Abi tu peminat pun tapi sama juga ndak abis.

Ada juga kubis-kubisan. Semua bagi dekat abi. Sebab patik kan BF Waafa.

"ingatkan I ni kambing ka?"..abi dah kenyang lah tu buat ayat kambing pula.

patik memang akan berusaha licinkan termasuk tulang-tulang. Tapi dah makan sebelah, Waafa pun protes pelan-pelan.

padahal perut dah padat. *oh ini bukan sunnah

p/s: dari order tambahan 1 ayam, baik order set terus..lebih kurang jak harganya. Kalau ndak abis, kasi bungkus


Lepas makan..cadang mau belikan barangan untuk abi di Tanjung Malim. Tapi abi menolak, sebab katanya mau balik cuci keretalah sangat

Jadi mau ke Lebry la palek. Sekali ndak tejumpa matrik kad. Abi kata macam ada di rumah. Kepala patik yakin kad tu dekat kereta. Mungkin Fath tu lah suka main, dimanalah dia simpan. Korek semua ndak jumpa juga.
Konon mau tanya boleh kah tanpa kad matrik guna IC jak.
Si pegawai di pintu masuk lebri bilang..ndak boleh.

apa-apalah. Malas mau bertekak.


Bangunan lama juga yang cantik dan comel. Yang tinggi ni...biasa-biasa jak pun bagi patik


ok. Sekianlah.

Proposal kena kasi baiki..kihkih.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP