28 Mac 2014

ingatan untuk si ibu & si bapa


merasakan anak adalah 'amanah', tidak sama dengan merasakan anak 'milikku'.

aku kata aku mau anak aku nanti menjadi pencetus ummah, generasi pencinta Islam..mendirikan solat, bermanfaat dan berkualiti untuk ummat.

panjang betul senarai 'kehendak' seorang manusia yang tamak ini.Mentang-mentanglah aku sakit mengandungkan, aku sakit melahirkan, aku letih berjaga malam untuk menjaganya..aku berusaha memberikan makanan yang terbaik.

Sesungguhnya anak-anakku ini AMANAH. Walaupun aku bebas bergaya mengatakan dia anakku. Rambut, bibir mungil, lemak di badan terhasil dari air susu seorang ibu.

Aku, seorang hamba yang lemah rupanya.




hasil mulut mungil Waafa.. bravoo bravooo anak. umy tidur, dia pigi bacakan..(-__-)


tribute untuk Muhaymen Fath (2y 2m 3w) dan Waafa Najlaa (6m 1w)- 28 Maret 2014


25 Mac 2014

Perlu Tunggu 4 tahun (Jaja&Din 2 tahun pun jak)

Mereka yang hilang. Perlu tunggu  4 tahun, baru disahihkan telah MATI.
huraian Ustaz Hadi Awang di sini


ini kisah Jaja & DIN

Sang S suruh pilih buku..masa tu Fath belum ada..bolehlah bangga simpan bajet bulanan untuk bukuu ;)

Jaja si gadis manis. Free Hair.
sukakan lelaki Mat Saleh katanya.
Diminati oleh ramai jejaka.
Tetapi tiada satu yang membuka hatinya.

berkerja di bahagian pengiklanan bertaraf Internasional.

Jatuh hati pada gambar yang 'ditembak' oleh rakan sekerja.
Lelaki yang mempunyai wajah persis Sami Yusuf.

terlalu jatuh cinta dan kerana tidak pernah jatuh cinta. Jaja bagai terhegeh-hegeh merancang pelbagai agenda untuk menjadikan CINTAnya tidak sia-sia dan berakhir ke jinjang pelamin.

Din, seorang lelaki berkelulusan Asia Barat. Bercita-cita Syahid. Pulang ke Malaysia kerana katanya, ibu bapanya sakit. Terlalu menjaga hati. Berkerja sementara di sekolah agama yang bergaji 'Zuhud'.

Sesekali tidak bercita-cita berkahwin dengan wanita 'tidak baik'. Kalau boleh biar atas pilhan ibunya.

Akhirnya, dengan permintaan Pak Sedara Jaja. Din berfikir dan beristiharah.

Tetapi Din tetap dengan pendirian.Meninggalkan isteri yang tengah sarat anak sulung. Pergi dengan redha Ibu bapa.Redha Isteri. Ke pergunungan Afganistan yang sering dilupakan media. Berjihad katanya!

Mentarbiyyah Jaja yang serba tidak tahu.Tetapi amat bersedia di Tarbiyyah.

Jaja si gadis manis. Bersuamikan seorang penggila Syahid!. Si Penterjemah Kitab Buruk. meninggalkan dunia pengiklanan yang syubhah.

Alhamdulillah. Disaat mendengar berita mungkin Din sudah syahid. Jaja hanya memeluka Umar 'harta warisan' Din yang baru lahir ke dunia.

Jaja katanya ingin bersama Din di akhirat sana. Menolak lamaran lelaki berkerja 'pengintai kekuatan Islam' yang rupawan.

2 tahun dia bersabar dan bertabah.


akhirnya. Din balik. Dua jarinya  terputus akibat terkena bom.

[aku suka buku ini.MUST READ kataku untuk yang selalu berkhayal tentang makna BaitulMuslim  - jahat bunyinya

Allah tidak dilihat

ibarat rasa suka dan cinta

hanya mampu dirasai.

Hebatnya Allah Tuhan Kita

23 Mac 2014

Abang Long la kawasan

Fath sudah 2 tahun 1 bulan++ gitu.

Mamat ni perangainya makin ada yang menunjukkan dia abng Long sejati.
ada juga yang menunjukkan dia tetap seorang anak kecil (-__-).

hari ini hurai pasal kelakuan abang Long sejati bergandingan dengan jiwa anak kecil sekali.

1. Bila adik main kunci, kunci tu kunci Fath lah. Dia memang bajet naik motor dan guna kunci gitu.
-Fath akan ambik dan simpan dekat meja, "tak boleh main dek, tajam..bahaya". Ayat ni aku selalu guna, kalau Waafa tu la main apa-apa benda yang tajam.Macam kereta mainan misalan gitu.



Wafa baring. Fath selimutkan berlapis-lapis kain :D
Fath amik kerusi letak macam tu..sekarang guna kerusi yang besar, sebab dah mampu angkat. Kadang kedudukan kerusi betul, kadang terkena kepala, kaki, tangan adek. Hoiii mental juga bila difikir







 baring, kalau jauh dengan Wafa berusaha nak dekat. Kadang berpindah-pindah baring sebab follow Wafa. Wafa kan move ke sana-sini.





Aum ni kesayangan betul. Wajib ada kalau minum susu macam tu. Kalau tidak, "auumm mana?" berulang-ulang disebutnya

kereta ni lah yang bisa mengundang persengketaan emosi dan mental
2. Adik sepak-sepak
- "takmau main kaki dek, tak mau". Inilah larangannya sangat baik
-tapi dia selalu juga gi sehpak kepala ka, kaki Waafa sebab kadang Waafa termain mainannya. Bukunya. Dan semua mainan yang kepunyaannya. #Macam_banyak_jak :(

hah..tiru adik tu satu hobi yang amat comel lah sangat

masa UNIC datang ni mini karnival depan masjid. lepak di kaki lima saja, sebab Waafa ni mau test power  meniarapnya

3. Adek nangis
-ada masa dia akan gosok-gosok belakang dan berzikir "Allah..Allah".
-kadang juga Waafa nangis, Fath bagi tumbukan atau sehpakan :(

4. Buai
-Fath selalu buai dan pastinya akan berzikir "Allah..Allah".
-Selalu juga buai sampai rasa nak runtuh buaian tu. Kadang juga sampai terpusing-pusing dan telantuk kepala adik dekat dinding #sakitnya_hatiku

baru lepas mandi, nampak Wafa meniarap..terus follow begitu..
5. Suka tidur,main dekat dan baring sama
-suka kalau main atau tidur dekat adik. Adik tidur luar, dia pun akan kelaur bawa segala bantal dan selimut tuala.
-main kereta pun dekat adik. Bila adek sentuh mainan dia, Dia pi hempuk kepala adik dengan mainan. #rasa_nak_hempuk_juga
bila kita pindahkan adek ke tempat lain, dia pi angkat adek tu. Bila kita dukung, dia menangis dan mendesak dengan penuh reformasi suruh letak adek dekat lantai.

*huh

6. Makan pun nak suap dekat adek dan haiwan peliharaan
-haiwan peliharaan ini termasuklah bear dan bear dan tiger. *penggunaan dan yang salah
-bila dia nak suap dekat adek, kami akan ulang

"adek tak boleh makan, tak boleh duduk, tak ada gigi lagi"

Bear tu mesti duduk.Mesti!


22 Mac 2014

wow Matematik kita

salam.

seperti biasa, semalam kecoh kan pasal SPM. Katanya meningkat. Ok. Itu berita menggembirakan. Namun..dalam hal yang perlu diutamakan dan difikirkan secara kritikal banyak mata pelajaran kita masih mendukakan. Terutamanya MATEMATIK!.

ini yang cuba saya selitkan dalam penyataan masalah kajian saya. *agak poyo bunyiknya


Sinar Harian yang bertarikh 14 November 2013 menyatakan Ketua Pengarah Pendidikan Tan Sri Abd Ghafar Mahmud keputusan UPSR 2013 adalah yangterbaik dalam tempoh 4 tahun, namun bagi mata pelajaran Matematik, Abd Ghafar berkata ia menurun sebanyak 0.03 mata GPMP berbanding tahun lepas dan peratusan calon mendapat Gred A dan Gred A,B dan C masing-masing menurun sebanyak 1.2 peratus dan 0.08 peratus, Gred D menurun 0.2 peratus dan Gred E meningkat 1.0 peratus.
Dalam test yang melibatkan becrk antarabangsa, Malaysia masih berada jau ketinggalan dengan beberapa negara yang menuju negara maju, ia menjadi suatu yang menghairankan. Walaupun PMR 2013 menyatakan keputusan semakin memberangsangkan  terdapat perbezaan besar pada keputusan ujian PMR di peringkat tempatan berbanding keputusan ujian antarabangsa seperti TIMSS 2011 dan Pisa 2012. Lebih membimbangkan, lebih separuh pelajar Malaysia (51.8 peratus) tidak mencapai tahap keupayaan asas dalam Matematik (iaitu di bahawa Tahap 2). Ini dapat dibaca melalui result yan dikeluarkan oleh TIMSS dan PISA melalui laman web mereka.

Berita Sinar Harian bertarikh 20 Mac 2014, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof menyatakan Berdasarkan keputusan SPM 2013, beliau berkata enam daripada tujuh mata pelajaran teras meningkat iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Sejarah dan Sains, kecuali Matematik menurun sebanyak 0.08 mata daripada Gred Purata Mata Pelajaran 4.91 mata pada 2012 kepada 4.99 mata pada 2013.
 Walaupun peperiksaan bukan segala-galanya, namun ia adalah kayu ukur untuk melihat sejauh mana bakal-bakal pemimpin yang akan mencorak negara kita terhadap kemampuan dari segi intelek. Oleh itu itu kajian ini secara langsung ingin melihat perkaitan pembelajaran dan kefahaman kanak-kanak ditahap prasekolah, iaitu tahap awal pembelajaran secara formal di negara kita.


contoh guide line yang berguna dan sangat baguih untuk geometri dan spatial.

rujukan:
1. http://www.eduplace.com/math/mw/background/1/08a/te_1_08a_overview.html
2.http://www2.ed.gov/pubs/EarlyMath/whatis.html
http://eworkshop.on.ca/edu/resources/guides/Guide_Math_K_3_GSS.pdf

19 Mac 2014

Suamiku Pensyarah

dah memang Sang S pensyarah. Udahlah..
apa yang nak dihairankan..kan..kan.

tapi, ramai lah yang kagum..kan.

contoh;

"maje, ko ndak keja?"

aku cakap, keja,Jaga anak, belajar dan blaaaa.

"suami keja apa?"

yang part ni, sebenarnya aku malaslah mau jawab. Sebab ntah kenapa. Sebab malas lah.hihi.

Akhirnya aku mengaku juga. Sebab malas fikir panjang.

macam SV aku tu.

"Majita, husband keja apa?"
dia tanya pun sebab aku gitau anak husband jaga, bila aku jumpa SV.

bila SV tau, terus dia macam mau cakap. Hah senanglah nak adjust masa, senanglah nak faham camana nak planing kajian..dan macam-macam.

dan betul, SV cakap.
"ohh..senanglah..lagipin lecturer ni boleh adjust masa kan".

nah. Terus aku rasa, berat juga title jadi isteri pensyarah ni. *tetiba.

paling sandi, ada juga yang mensuspek aku ni gila pangkat dan duit *mengong

aku "hahahahah" kan saja.

aku kenal Sang S masa dia konvo pun belum. Kerja pun belum. Masih aku tak tahu kemana hala tujunya. Akupun ada pandangan sisi negatif kepada manusia berkelulusan Engineering ni.
Bukan senang nak kerja, kerja berat, gaji hampeh

Haha.

Tu jelah. Syukuri apa yang ada, dengan tindakan. (^__^)

17 Mac 2014

mesti ngaji

lidah kalau jarang mengaji, jarang buka Quran dan baca..memang akan jadi kaku. Membaca merangkak-rangkak.
:(.

sebab tulah saya kena ngaji, walaupun hanya 1 ayat. Takut nanti mulut ni jadi terlupa, termerangkak membaca kalam dari Allah.


Fath ni memang suka tiru apa kita bua (*Fath baca tafsir terbalik)

semoga kita sentiasa punya hubungan baik dengan kalam Allah.aminnn

12 Mac 2014

Selepas marah

selepas sedar marah itu harus teliti.

kita harus ingat, semasa amarah telah bermaharajalela. Nilai rasional telah hilang ditelan oleh angin kus-kus.
yang tinggal hanyalah semangat ingin menmpar-nampar orang.

akibatnya, ada hati yang tercedera. Ada fizikla yang terluka. Ada dendam yang kesumat. Ada trauma yang minta kena lempangan.

Makanya, ubatnya haruslah ada.

MOHON MAAF, MINTA MAAF.

Itu sebaiknya, jika sudah tersasar marah. Terkurang rasional.

Maaf dan katakan saja.

Bersungguh-sungguh dan mengharapkan kemaafan.

Terimalah kemaafan dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) daripada orang yang jahil. - Surah al-A‘raf : 199
dan.

jangan kemaruk mengharapkan orang terus memaafkan.

dan lagi.
urut hati dan katakan, MAAF itu besar sekali kebaikannya.

 Dan (ingatlah) ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. - Surah al-Nisa’ : 25

ingat,
memaafkan tanpa melupakan, hanya mencederakan 'emosi' diri sendiri.


Allah, ampuni kami.


ada jak yang disengaja-sengajakan.harap jangan sengajakan la....

07 Mac 2014

memarahi pun harus teliti

sejak kecil kot begitu.
aku selalu kena marah.
kena kutuk depan orang.
kena maki hamun depan orang.

apabila, aku dah mula boleh berfikir.
aku agaklah apa cara pendidikan yang aku terima itu akan buat aku makin hormat, makin rajin, makin baik.makin cergas, pintar soleh, segala macam yang baik-baik.

mula-mula..itulah keyakinan aku!.

tapi lama kelamaan. Itu menjadi satu trauma!

asal ada orang marah aku. Aku cuma teringat.
aku bukan sekali dua kena marah..
asal orang kutuk aku..aku akan teringat hal-hal yang pernah kena sebelum ni.
sebaliknya, aku jadi malas untuk mengingat apa sebab aku kena marah!

kadang respon aku, aku hanya senyap.
tapi ada masa juga aku rasa aku punya kekuatan luar biasa dan ada potensi menjadi jahat.




misalnya:
tengah aku goreng nasi.

ada orang maki-maki dan marah-marah. Aku rasa aku boleh tahan.

tapi still marah-marah dalam tempoh yang lama..sampai aku rasa, tak boleh tahan.
aku ketuk sudip dekat kuali. dengan harapan Stop marah-membebel-memaki.
tapi harapan aku tidak kesampaian.

aku mula merasakan kekuatan dan kejahatanku luar biasa.

aku ketuk sudip sekuat hati..dan hasilnya kuali kesayangan yang ringan dan mudah dibasuh itu berlobang!

ya..marahku tidak habis.

akhirnya aku matikan api dan pergiii.

itu sajalah kaedah yang berjaya setakat ini.

apabila aku memarahi anakku. Aku selalu terbayang bagaimana dahulu aku dimarah, dimaki hamun. aku harap sangat agar aku tidak membuat perkara yang sama kepada anak-anakku ini. Tapi kerap juga kelakuanku seperti sama saja dengan orang yang pernah memarahi, memaki hamun aku :(

aku doa.Ya Allah kasi lembut hatiku ini.

sebab itu, jika aku sudah marah.Aku akan menangis. air mata akan tumpah tanpa mata rasa pedih. Kerana ia benar-benar air mata yang berhubung secara langsung antara emosi dan fikiran.

menangis ialah terapi, itu hakikat
.

aku sebenarnya benci mendengar bebelan:
1. dari dulu aku dah kata, jangan buat begitu..tengoklah sekarang?
(motifnya, jangan buat hal. Tapi bebelannya mengunkit)
contoh: masak nasi, terlupa matikan api. Nasi hangus.

"kan aku selalu ingatkan..masak nasik kena jaga, sekarang dah nasi hangus siapa mau makan...blaaaaaaa"

"dari dulu aku cakap..masa masak nasi jangan tengok tv (tv juga yang salah), jangan mandi (erk)..ni kalau ruamh terbakar (longkangnya mulut, cakap yang tidak diingini), kalau..kalau..kalau..".

KAN BAGUS:
1.nasi hangus, pi makan sorang!
2.pi beli beras baru, masak!

1 &2 ini akan menghukum secara terus tanpa meninggalkan dendam kesumat.

......................................................................................................................................................

anak sibuk buat kerja rumah, sibuk hafal formula.
sampai biarkan kerja lain terbangkalai...sedangkan ibu bapa sudah kepenatan berkerja mencari rezeki.

sebagai ibu bapa, harus berasa sangat geram.

"ko dapat 10A+ pun, kalau ibu bapa tak redha..ingat boleh bahagia dunia akhirat?!!"

"ko dapat buat semua kerja rumah, cikgu suka..ko ingat ko boleh cium bau syurga..kalau kerja yang ibu bapa suruh ko tak buat??"

apa sebenarnya yang ingin diluahkan?.
apa kesalahan sepatutnya yang difokuskan?
apa sebenarnya yang menjadi kita marah?

kembalilah menjadi manusia yang tidak merosakkan emosi orang lain.
walaupun syurga di telapak kaki kita, jangan biadap mengaku "aku tak redha, ko jangan mimpi dapat syurga"!

cukuplah Allah SWT yang menggunakan kuasa itu.Cukuplah.
janganlah kita berbangga dengan kelebihan yang kita ada.

jika kebanggaan kecil itu kita sudah berkuasa dan sering mengulangi, ingatlah kita memarahi manusia, bukan robot yang tiada hati.

semoga kita tidak PUTUS ASA dengan rahmat Allah. Kerana putus asa adalah satu 'jenayah'.
semua orang berhak marah.

dan marah yang baik, ialah marah dalam sedar diri.

Allah..jauhkan kami dari menjadi manusia yang suka mengunkit, mengata, memaki hamun, menjatuhkan air muka orang lain dan semua perbuatan mungkar yang manusia tidak suka dan ENGKAU membenciNya.aminnn





05 Mac 2014

kasut koyak rabak

aku nampak ramai dok share pasal kisah kasut buruk dan berjaya dalam pendidikan.

hello.

aku rasa itu tiada kaitan langsung.erkkk.

sebab ramai yang kasut smart dan kemas, rajin mengutuk juga berjaya dalam pendidikan. Malah kerja pun bergaji besar.

opsss.

Aku teringat semasa aku sekolah rendah dulu.
Dalam Darjah dua kotlah begitu.

Kasutku pun koyak rabak, tapak haus, skirt sekolahku pun sama disiringnya asyik berjahit, sebab aku kan aktif.


ada dua pengalaman yang sangat menginsafkan;

1. balik sekolah petang hari, naik bas pairit (bas sapu)..seorang wanita Tagalog non muslim (aku dengar diorang berborak & rantainya)- memberikan aku RM10. Besarnya nilai tu..rasa bagaikan dapat RM100 sekarang ini!

2. seorang ustaz bergaya dan smart menegurku dihadapan kawan-kawan- "tidak malukah?..pakaian busuk dan kotor tu?..kamu tidak jaga pakaian kah? kamu tidak basuh bajukah".

aku harap aku tidak akan ingat rupa ustaz tu sampai bila-bila. Dan aku harap juga ustaz itu makin bijak menilai dan membuat hukuman.

walaupun aku seorang perempuan. Aku tidak dididik dengan baik bab menjaga pakaian. Dibebel, iya sudah pasti. Bukan sebab ibu bapaku malas, tetapi mereka sibuk mencari rezeki dan aku pula tidak terfikir akan hal itu.

Ibu bapaku dua-dua berkerja keras di kebun, tiada kesempatan untuk menunjuk ajar. Memarahi itu sudah lah pasti..mesti mereka pun naik malu dengan pakaianku ke sekolah. Tapi, iyalah sebagai budak yang mengutamakan kegembiraan, dibebel hari-hari pun tetap konfiden dengan gaya pemakaian :(. Ini bukan bangga. Tetapi pengajaran.
Ajar anak dengan membebel. Mereka tidak akan berubah dengan baik.!
aku lah tu.

aku harap aku tidak akan menjadi pembebel. Walaupun peluang selalu ada :(

tidak suka bukan tidak cinta

aku tidak suka berniaga..
bikin aku adi selalu berfikir

tapi itulah caranya untuk aku tidak berada di ZON SELESA!

01 Mac 2014

Soft Book Murah

Yes murah..dan pelbagai fungsi..
terutamannya untuk anak yang suka menggigit barang tu..

hehe

tak nak bagi i-pad,
tak nak bagi tengok video,
bagi jak ni..insyaAllah dia akn fokus dan tidak membahayakan pun kan..

mindanya juga akan berkembang sebab tengok kaler macam-macam, boleh sentuh, boleh pegang sekuatnya, boleh usung sana-sini..

dekat FB ni banyak boleh tengok..

https://www.facebook.com/pages/Dress-baju-ibu-anak-baju-baby-alatan-edukids-MURAH/854313374594934?ref=hl

terima kasih.

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP