24 Januari 2014

muhasabah sebelum klik SHARE

aku cuma harap kita tahu mana memberikan impak baik bermanfaat kepada ummat.barulah klik butang share.
terutamanya yang melibatkan maruah dan kesan kepada emosi.
contohnya kisah kematian yang menyayat hati sama ada di Syria, Somalia mahupun Malaysia sendiri.

saya dulu pun suka share. misalan banda yang lawak. Macam karangan budak yang lucu. Tapi bila fikir balik, kang suatu masa nanti si penulis tu dah dewasa. Dan tahu yang ramai orang baca karangan dia dulu..ohhh itu sangatlah membuat dia berasa down. lagi kalau yang share siap buat status memedihkan.
melainkan dia jenis tidak kisah kan..

saya pernah menegur seorang lelaki yang sentiasa mengaku dia Dai'e kerana menunjukkan gambar si totok ameno yang telah meninggal dunia. Jenazahnya disembahyangkan oleh seorang ahli gerakan Islam. Seolah menngatakan begini.
"si totok ni dulu memusuhi perjuangan Islam, namun semasa dia meninggal si pejuang Islam tetap menyembahyangkan jenazah si totok".

hal ini
1. menunjukkan si pejuang Islam manusia yang baik, kerana sanggup datang walaupun almarhum memusuhi perjuagannya.
2. Bila si Dai'e share dan tunjukkan muka si almarhum sekali..apa kes??.
3. Kalau tak letak gambar almarhum. orang kan lebih respek si pejuang itu?

muhasabah.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP