10 December 2013

aku yang dulu

malam sudah larut kan.
baru habis meratap semua ikan-ikan sungai yang di goreng. enak biasa saja rasanya.

mereka kembali meneruskan rutin. duduk sambil bercerita.

kami anak perempuan. mengemas gelas dan piring-piring plastik.
tidak terus mencucinya.kerana air tinggal sedikit.cukup-cukup untuk hajat malam.
esok pagi akan menjunjung bawa ke sungai yang cetek.

aku rasa untung jadi lelaki.siang berkerja. makan semasa masanya.
tunggu anak perempuan membawa makanan dan minuman.
bekasnya cuma besen dan jug.

jeles aku dengan jiran sebelah.ibunya siap kunjungi dengan bekas yang menyelerakan nafsu makan.

tapi itulah kehidupan.kau gembira atau derita tanggung sendiri.

aku jadi bebal untuk faham.

patutlah banyak kisah kanak-kanak ku hanya muncul bila aku terlihat sesuatu.

oo aku tidak berdendam.cuma aku harapkan selepas ini kehidupan anak-anakku tidak seperti aku.