24 November 2013

sweetlah bagi kami ni

aku dulu pun terpengaruh dengan istilah

"bercinta selepas kahwin".

hikhik.

jadikan aku konon bertegaslah begitu, begini.

bila dah tau sikit-sikit maksud 'Falsampah' tu, terus kan..ek ele..bajeeeetlah konon!

atau dalam bahasa kasarnya. Hoi jangan nak sweet-sweet manis gula-gula!.

kesimpulannya
bercinta is sedia menerima saki baki daki segala hal!.

so..kalau masih terasa eeii its sweet..bagus kan chek balik dalam relung hati dan minda itu. Nak kahwin sebab nak sweet..atau apa..

kalau sebab nak sweet..rasanya,belum cukup syarat menjadi pengantin kot..kotlah.Tak setuju, no hal.aku setuju saja, sebab aku yang fikirkan..dan tulis! hueeee.

sebenarnya, aku nak tulis pasal tadi aku menemani sang zauji ke Sport Planet..erkk kah Planet Sport..?.
menjadi peneman kadang sweet,kadang ooohhh..:p

aku ke sana, sebab niat mau jumpa kawan lah..kawan tu isteri kawan sang S.Aku rasa better aku gelarkan si zauji Sang S.Ala-ala cerita perwira gitu..
saumi-suami itu berjanji akan bermain futsal sepenuh riang.

kawan tu akupun tak tahu nak panggil nama apa..lastly aku panggil Lis. Amboi rupawan sungguh kan.. nama beliau.

Beliau ada anak dua dah. sorang lahir 2010, sorang lagi baya Fath

dengan harapan apabila dua jejaka beliau bertemu dengan Fath, maka bertambah luaslah jaringan persahabatan mereka itu.

huhu.

hakikatnya, sepanjang Sang S berfutsalian..kami berdua juga sibuk melayan kepintaran dan kecergasan jejaka-jejaka kami. Wafa terselamat, kerana asyik nak minum saja..huwaaaaaaaaaaaaaaa.

sambil melarang, membangunkan anak yang enak-enak bertiarap di lantai,anak tersepit di celah tiang, anak bertengkakmel (tengkar+tekak+comel),anak nak masuk gelanggang Futsal main sekali...kami berborak sedikit dua tiga empat ratus patah perkataan.ini pun 20 meter dari gelanggang futsal itu.

serius kurang romantis!

tetapi sebagai ibu bapa yang bercita-cita meniru gaya keibubapaan mithali, kami rasa ok jak pun.

masuk kereta dan balik adalah waktu untuk berehat mengawal jejaka dari melakukan aksi stunt.

ya.sweet sekali.
sesuai dengan falsafah "bercinta selepas kahwin".
iaitu, ketika suami bergembira.kami isteri pun jangan lepaskan peluang bergembira!
hoho..entah ngam atau tidak kaitannya.harap ngamlah

semoga kami berjumpa lagi.aminnn.

Lis..patutlah awak mentain comel jeeewww!

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP