12 November 2013

ego seorang budak kocik

EGOsentrik

aku malas belek apa yang bapak Jean Piagaet tu kaji pasal anaknya tula.Tapi aku ada ingatlah dalam kerangka ayat kepala sendiri.
situasi cerita yang berlaku ketika anak berumur 2-4 tahun.
tetapi, kanak-kanak yang sipi-sipi umur begitu pun akan ada ciri-ciri umur itu.

macam kan Fath umur 1 tahun 9 bulan ++. Tapi, aku nampak, anak aku sorang ni sudah punya EGO gitu. EGO ni bukan yang seperti kita selalu guna kalau contohkan orang tu buat salah, lepas tu tak mau minta maaf tu.

dia macam, kalau aku ndak mau.Its mean aku ndak mau. Kau jangan paksa-paksa, sebab aku tidak akan mau juga..nuaaah.

gitulah yang terjadi kepada anak soleh aku ni.

contoh:

umy: "Fath nak kue tak?"
Fath: "nak..nak" (bunyi sengau sikit).maksudnya tak nak.Kalau nak,Fath ambik terus tanpa bunyik

lepas tu 1 minit aku ulang ayat yang sama. dan dia pun jawab sama dan dobol gitu. Menunjukkan betul-betul tamau.Faham tak umy!.

contoh 2:
abi: "jom tidur dalam bilik dengan adik"
Fath akan minum susu botol sambil diam-diam.
dan abi akan bangun.
Fath still di situ. Tak ikut pun masuk bilik.
(sebelum-sebelum ni,bila di ajak,memang tak mau,tapi dia ikut sebab takut sorang-sorang)

Maksdunya, aku tak nak tidur dalam bilik. Nak tidur sini!

contoh 3
abi bawa masuk botol susu Fath dengan harapan Fath akan masuk bilik ambil botol susu dan tidur dalam bilik juga.
Tetapi, Fath akan ambil botol susu sambil bawa bantal keluar.Baring dekat situ.

Kemudian abi panggil dari bilik suruh masuk.
Fath akan datang, dan pegang tangan abi paksa abi tidur dekat luar sama.
bila abi berkeras.Fath akan tarik dan meraungggg...huaaaaaaaaa.

Sampai ketika, abi terpaksa rela.

Itulah egosnetrik kanak-kanak pada tahap PRA OPERASI yang berlaku kepada anak soleh kami.




Fath jangan kasaq dengan adik tau.adik kita tu kecil jeeew.

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP