19 Oktober 2013

kalsium itu penting

masa mengandungkan Wafa 8 bulan begitu, aku pernah terkejang kaki. Woii sakit lah punya tahap gaban..
tengah tidur, nak pusing kaki tak dapat dan sakit. Rupanya itulah namanya kejang.

Sekolah dulu-dulu,sepanjang aku ikut sukan lari 3000M itu, 1500 M apa ntah latihan yang menyakitkan kaki dan seluruh anggota badan, tidaklah aku merasa erti kejang itu.

Zauji bagi amaran, kata beliau bahaya kalau bersalin dan kaki kejang.
aku dah gerun membayangkan.

jadi aku usahakan mendapat kalsium.
1.susu+coco crunch+corn flakes+ (bulan bintang).. yang ini boleh telan dengan aman, tapi kalau selalu buat, muak

2. makan yogourt. Ok. sedap. Tapi jarang beli, sebab jarang keluar

3. Makan Calcium...yang ni tak sempat,sebab selalu terlupa beli kalau ke kaddai

4. minum susu segar (susu kotak). Susu putih pun boleh habis. Aku sukaaa. Tapi lagi enak kalau yang perisa kopi..yang coklat tu pun ok juga..tapi yang straberi tu kureng sikit,

5. buat aiskrim susu+nestum. Ni aku buat 1 jug. Ok habis. Tapi memang muak juga, lagi tekak macam kembang kempis kalau sudah minum.

ok tu saja.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP