29 September 2013

Wafa in NICU

bismillah.

wah.aku suda selamat berada di rumah.

start malam jumaat hingga tengah hari sabtu aku dikampungkan di NICU Hospital Sungai Buloh. Waiina..pengalamana sungguh.

Bacaan Bilirubin Wafa 350 something, gila tinggi bacaanya.

1.PERASAAN
Haruslah bercampur baur. Petang sebelum Klinik Kesihatan (KK)tutup, nurse datang rumah untuk chek aku dan Wafa. Mereka cadangkan supaya Wafa di bawa ke Klinik petang tu juga untuk chek kuningnya. Sebab kata nurse sehari sebelum (hari keempat) kuning hanya bahagian dada.Tetapi petang tu dah turun ke pusat, jadi, nampaknya kuningnya makin menaik.
Dan seorang nurse tu tunjuk dan tekan-tekan kat kaki Wafa dan kata kaki Wafa pun macam nampak kuning.

Aku tunjuk Fath sebagai halangan untuk aku ikut mereka tu ke KK. Dan mereka akupun juga setuju agar terus bawa ke Hospital Sungai Buloh.

2.Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh
Sehari sebelum tu bawa juga Wafa ke jabatan tu,sebab bacaan 297++. Tinggi juga..tapi doc tidak pula suruh tahan. Tetapi malam tu kira-kira sebelum 12 malam, doktor minta ambik darah di belakang tapak tangan. Kesian Wafa..sakit baitu kalau dicucuk jarum untuk ambik darah.

kena tunggu antar1-3 jam.
jadi aku target dalam 1.33am gitu, bolehlah dapat result darah. Tetapi pukul 2 lebih baru dapat. Letih jugalah menunggu.

dan akhirnya doktor kata bacaannya memaksa Wafa ditahan.Aku memang dah bawa semua barang zauji,Fath dan diri sendiri.

3.NICU
Pertama tengok signboardnya aku sudah rasa lain. Haiisss.
zauji dan Fath ikut sekali masa aku kena tolak guna wheelchair.
kami masuk kawasan bayi ramai-ramai tidur dalam tempat,ada juga yang dibawa lampu, dalam kaca dan waaa...ada tangisan ramai-ramai bergabung.

aku rasa zauji sudah mula cuak.Lagi Fath yang sepatutnya tidur sudah buat perangai dalam tu.
Setalah diberi penerangan akan cara mengurangkan bacaan bilirubin tu. Datang mokcik guard. Suruh Fath dibawa keluar. Dan zauji pun keluar ambil barang untuk stay.

Zauji rasa mau stay dirumah.Lebih selesa.Aku ok jak.Diorang tidak boleh stay sama, macam pengalaman duduk PMC.
Jadi baliklah mereka. Zauji kata dia letak Fath dikerusi sebelah pemandu.Dan Fath boleh pula tidak meragam atau ganggu pemanduan malam tu.

kawan-kawan Wafa yang duduk dalam hall tu.Wafa selamat..duduk sebelah katil umy (umy duduk dalam bilik Pantri..hee)


4.Pengalaman NICU
Walaupun bunyi Unit Rawatan Rapi Neonatal. Yang mengawal rapi bukan para pegawai perubatan.Tapi aku. Wafa mula masuk sudah dibagi 60ml susu dari NICU. Dan aku rasa separuh dari tu terluak, bayangkan hanya memerlukan 5 minit untukmemasukkan  susu ke mulut Wafa sebanyak tu. Sesuailah Wafa luakkan.

Malam tu aku masuk dan tidur. Penat gila. Dan haruslah aku pumpkan 4oz lebih. Kalau ada bekas lain pasti banyak lagi hasil.
Wafa ditogel dan duduk di bawa 1 lampu biru,sebelah katil. Ada juga doktor bersoal jawab pasal Wafa sedangkan maklumat tu ada dalam buku Pink Wafa..layan jaklah, doktor pelatih kali kan..

Pengalaman gila duduk situ walaupun hanya 2 malam dan 1 setengah harii.

nanti umy sambung taip ya Wafa..dah lewat ni, mengantuk umy. Lagi-lagi 2 jam dari sekarang Wafa perlukan susu lagi..

chow!

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP