16 Julai 2013

minggu 31 Angah

ouk.
aku sudah kurang mahir bermadah. Menulis pun rasa macam malasan.
mungkin sebab jaringan sosial aku makin mengecil, iaitu aku Fath dan haiwan peliharaannya. (tiger dan bear).

agak lama juga aku tidak menulis tentang Angah yang sedang aku kandung sekarang.
Ya Angah sudah berusia 7 bulan.
Angah sudah lengkap tubuh badan. Cuma tinggal nak membesar.
Angah selalu pusing sampai aku selalu terjerit. Haha. Sesak nafas sekejap.
Sebab tulah kan, aku rasa hidup aku makin kurang jaringan sosialnya..
he he he. Sebab aku harus melayan perasaan dan tindak balas Angah.
(ehe..ada kena mengena ka?).

Minggu lepas aku gi chek up. HB aku rendah gila melampau. 8.9. Memang buat aku insaf. Aku tau, semua mungkin sebab cara aku makan pil zat besi. Ya..
aku memang liat teruk kalau bab telan pil. Walaupun pil coklat tu kecil la juga.
Sebab selalunya apabila aku sudah telan, aku rasa nak muntah. Dan apabila aku muntah aku dapat rasakan betapa azabnya rasa pil itu.

Tapi, apabila memikirkan Angah. Aku usaha juga.
Tapi masuk bulan Ramadhan ni, aku dah jarang makan. Sebab peraturan mendatori pil tu kena makan sejam sebelum makan. Atau dua jam selepas makan. ehe. Bila masa yang sesuai..sahur?. Aku pernah cuba, hasilnya, habis aku telan makanan sahur, semua keluar dengan banyak dan bangga.

Aaha.
aku lupa pil tu sampingan. Banyak benda yang boleh kasi tambah kepekatan darah, macam makan kurma kan, jambu.
jadi aku biasakan makan kurma sebiji habis!
padahal aku mau habiskan setengah biji kurma, memang bercinta lah. Entah kenapa aku bukan jenis peminat kurma-kurma tu. (-_-).

Ok.
Minggu lepas zauji bawa ke Masjid Shah Alam untuk iftar dan terawih.
masa otw tu. Aku mengeluh segala, sebab rasa nak muntah dan Angah goyang bukan main. Sampai aku terjerit sikit.
zauji tanya "yang mana teruk..ni atau Fath?".

Soalan tu buat aku macam rasa teruk. Akupun lupa. Padahal aku kandungkan Fath 2011 jak pun. Sudah boleh lupa ditahun 2013?.

"entah..lupa pula".

haha. Memang teruks sekali.
lalu aku mau jugalah menulis tentang perkembangan Angah di rahim ni. Manatau ada rezeki aku mengandung lagi, aku boleh belek-belek balik kan.
aminnn. (^_^).


Angah,
umy nak oyak ni, masa ngandungkan kamu umy emo lain-lain. Ya kadang macam ok. Kadang macam not. Dan kamu suka sangat goyang time umy buat kerja..dan umy baring-baring. he.

Abe kamu, tu suka sangat usap-usap kamu dan cakap "adek..dek..dek".
entahlah umy tak pasti Abe Fath ni tau atau tidak yang kamu ada dalam rahim atau hanya terpengaruh dengan iklan abi dan umy.

he.

Abe Fath memang sudah tau, kalau nampak gambar baby, dia akan cakap "bebe..be be".
he.
Harapnya, dia pun teruja sebab bakal dapat kawan baru.

hari itu Abe Fath nampak baby di Masjid Shah Alam. Terus Abe Fath pandang macam jakun gitu, lepas tu nampak lagi baby girl sebulan. Terus dia nak pegang. 
Umy kawal lah. Saja bagi peluang sentuh sikit pipi baby yang mulus tu.
haha. Jakun habis.
Umy risau jak, Abe Fath nak cucuk mata, sebagaimana dia cucuk mata kucing yang tengah main dengan dia.

he he he.
Umy harap Angah membesar dengan baik. Dan HB umy naik balik ke 11. Aminnn.

Angah dah 31 minggu ok.
Umy kena 2 minggu sekali chek up. Hem..dengan Abe Fath yang lincah tu, umy kenalah bertabah. Takkan nak harap abi amik cuti tiap kali chek up kan..kan..

oh ya. Umy dan pilih nama..haha.Abi bagi warning, jangan panjang-panjang. Haha. Umy pun tak nak panjang-panjang.

ok. Hari ni puasa ke 7 tau, umy puasa. Pagi tadi sebelum sahur, umy muntah dulu..
bangga umy dapat muntah dengan jayanya. :p



Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP