30 Mei 2013

kemas dan kemas

satu yang aku perasan dengan member rumah aku ni ialah kegilaan "membaca sehingga habis!".

buku itu akan dibaca beberapa lama. Ya sehingga habis. dari kulit ke kulit.

Dulu ada buku 2hand yang member aku beli sebab aku dapat baucer buku ikut Conference. (aku yang gagah paksa dia beli paling tidak satu buku untuk diri sendiri). Iyalah dia jaga anak 3 hari, masa tulah aku bagi dia 'upah'. :D.
untuk habiskan buku tu mungkin dalam tempoh sebulan. Buku pasal pengasas Microsoft tu lah. Buku lama pula tu. Tahun 1990-an kotl.

sampai Fath boleh jinjing dan 'baca' kalau tertengok buku tu (modelling lah kononnya).

dan yang terbaru. Dia telah membaca buku pasal 'Work'. Entah apa tajuk penuh dia, aku lupa.
jumpa satu idea dalam buku tu. Terus member ni semangat gosok baju T-shirt untuk gi kerja. Haha.
(kalau aku lainlah, baju T besar dan panjang, bekas lipatan memang jelas kalau tidak digosok).

Tapi idea tu betul juga.
kadang dalam ahli gerakan ni. Main pakai sempoi-biasa. Langsung tiada nak tunjuk jaga imej. Pakai sandal Crocks pula. padahal jadi MC untuk majlis ilmu. (ni cakap untuk diri sendiri lah yang malas kecoh-kecoh bab pakaian ni).

Kalau dah pakai pun tidak nampak 'kemas' camana pula nak pegang jawatan Menteri Besar?. (Eh..apa hal pulak).
Takdalah..tengok TGNA tu, kemas jak, pakai jubah..serban. Bukan main tibai jak kan.

sesaja tulis pasal semangat member ni.



perangai Fath

bismillah.

1.
ahai. Malam dua tiga kebelakangan ni. Fath asyik tidak selesa tidur. Jadi dia nangis-nangis.

saya saspek gigi besar dia yang kat atas yang dah keluar sikit tu puncanya. Gigi mau tumbuh. :D


2.
Sejak dua tiga bulan ni. Tabiat Fath yang paling ketara ialah, suka pegang pusat. hi

Indo' saya tegur.
"Fath takut pusat hilang ka?".

heee.

sambil minum susu pegang pusat.
jalan-jalan pegang pusat.
masukkan baju, Fath keluarkan, sebab nak pegang pusat.

hiii.

3.
selain itu, Fath sangat menjiwai memegang stearing kereta. Sampaikan motor tiga roda pun diusahakan supaya seolah-olah ada stearing. Ini semua sebab umy bagi peluang main kereta-kereta anak orang masa duduk di markas PRU13. Ditambah abi memang bagi pegang stearing semasa ada peluang layan Fath di kereta.

Fath juga akan mencari tummy umy, kalau umy tanya, "adik Fath mana?".
siap mau angkat kain baju.

ok. Fath..lusa umy exam. nak tengok note yang cikgu umy bagi. :)

27 Mei 2013

tudung yang menghijab.

"tudung tu nipislah".

".. boleh pakai lapis" I senyum-senyum.

"napalah nak susah-susah..yang tak payah lapis-lapis kan mudah".

"biasalah..wanita punya peseng".

Memang banyak yang tak payah lapis, tapi melekat. Kain ikut bentuk badan. Dan ada pula yang kurang selesa. Berat. Tebal.

hi.

26 Mei 2013

Fath setahun 3++

Fath dah besar.
Sudah boleh tiru kelakuan dengan pantas.

1. lepas bagi susu, umy suruh pigi baring
-dia jalan ke ruang tamu, cari tempat baring dan baring. Bangun balik cari tilam kecil dia. (oh tilam tu dalam bilik). Dia pi tarik bawa keluar ke ruang tamu. Tilam tu berat sebenarnya. Gagah..

2. lepas isi air dalam botol susu, Fath cepat-cepat lari, cari bekas susu tepung
-tunjuk kat umy bekas tu. Dan umy curuh bawa ke ruang tamu. Dia bawa dan duduk perhati umy bancuh susu

3. lepas sendok nasi dalam talam. Umy simpan bawa tudung saji. Fath nampak dan buat macam sedang meniup nasi yang panas. Dia nak makan nasi sebenarnya.
-umy letak dalam pinggan. Dan minta Fath makan molek. Fath bawa nasi tu ke ruang tamu, makan atas tilam kecil dia. Amboi..kelasss

4. asal umy hampar sejadah. Terus mau solat
-siap buat gerakan bagi salam. Dan hulur tangang minta salam. Lepas umy salam, Fath akan peluk umy. Kat abi, Fath tak buat..hihi. Jangan jeles abi. Nanti kita ajar dia

5. Pantang sangat buka peti ais, dan bila nampak tembikai. Mesti mau
-haha. Macamlah selalu ada tembikai. Tapi tiap kali ada. Tiap kali nampak. Mesti tunjuk 'nak'.

6. umy sembunyi motor Fath dalam bilik. Tidak sengajar termasuk dalam bilik tu dan Fath nampak motor dia.
-tunjuk dan cakap 'ek..ek..ek'.

7. abi potong rumput.Dia ambik sarung parang, tiru sama

8. jadikan tayar motor sebagai stearing. Kemaruknya mau pegang stearing

16 Mei 2013

dilema besarlah sangat

bismillah.

orang kata, kalau buat kerja last minit, kadang lebih sempurna.
tapi saya rasa kerja saya last minit ni, tak sempurna-purna.
ada idea belambak. Mata dah berat.
ada idea mencanang, anak sibuk nak menaip.
hu.

kan..inilah dilema besar, punya anak semasa menaip kerja.huhu

14 Mei 2013

kalau kita biasa menulis perkara yang kurang baik dalam bentuk yang baik-baik.
ia akan menjadikan hidup kita akan lebih baik. InsyaAllah.

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP