26 Mac 2013

biasa kot

bismillah.

boleh tidak untuk kekal happy. Walaupun loya sentiasa ada?

haha. Moody adalah...


banyak perkara semasa mengandungkan Fath berulang. Cuma ada penambahan sedikit, dua dikit.
1.saya lucu. zauji rajin beli lauk. Dan dia lah rajin masak. Masak-masak. Dan minta saya join makan sekali. Huh. Saya makan sebab terpaksa. Dia  masak bukan tidak bagus, cuma selera saya dikalahkan oleh aroma dihidung. (keterukan orang mengandung).

2. lebih suka bihun goreng, dari nasi lemak, roti kosong.

3. Banyak betul aliran keluar pulus, kerana karenah saya yang berselera makan di luar dari di rumah.

4. Susah mau tidur malam. (baru ni jak, start)

5. benci bau sabun cecair.

6. tidak suka ke dapur (bila Fath lapar, terpaksalah juga)

7. Banyak betul berfikir. (hihihih).


8. yang saya paling perasan, ialah, saya suka moody. Alahai..buruknya. (Zauji mungkin perasan, tapi buat donow)

9. Saya betul-betul selalu teringat kampung Kembara Jaya tuuu.

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP