28 March 2013

3bulan ++

Bismillah.

Aku rasa, kalau sekali pandang, aku ni macam indaklah preggy.

waa.

sebabnya, tummy masih kocik.

gara-gara selera makan, merundum. Lagi-lagi selalu uwek-uwek.

tapi. Bila duduk badan tegak, langsung indaklah selesa, lagi-lagi kalau duduk di kerusi atau di seat belakang kereta. Rasa macam mau bawa saja kerusi malas tu kemana-mana, boleh ejas-ejas tempat bersandar.

kalau aku rasa macam 'ohh sengsaranya'. aku pun bawalah minda membayangkan aku akan beranak. (teringat-ingat masa lahirkan Fath. Selain sakit gila-gila punya, lepas jak beranak, esoknya aku dah ringan, malah rasa merdeka dari keloyaan.)

kadang aku pun down gila-gila. Lalu aku membaca blog-blog mommies. Rasa macam lupa sekejap kesengsaraan yang dihadapi oleh tekak dan fikiran.

target kali ini:
1. Bawa zauji masuk kelas antenatal. Nak belajar semua tentang baby (Macam Fath dulu, aku main bajet-bajet jak, akhirnya Fath pun dok tahu makanan neutral dia. Kesian anak umy).

2. Ajara Fath tidak guna pampers sebelum Angah kuar.

3. Lebih menjadi ibu. (^_^).

" 'Angah', nanti awak dan 4 bulan, Allah akan tiup roh tau. Tak lama lagi tu. "

26 March 2013

biasa kot

bismillah.

boleh tidak untuk kekal happy. Walaupun loya sentiasa ada?

haha. Moody adalah...


banyak perkara semasa mengandungkan Fath berulang. Cuma ada penambahan sedikit, dua dikit.
1.saya lucu. zauji rajin beli lauk. Dan dia lah rajin masak. Masak-masak. Dan minta saya join makan sekali. Huh. Saya makan sebab terpaksa. Dia  masak bukan tidak bagus, cuma selera saya dikalahkan oleh aroma dihidung. (keterukan orang mengandung).

2. lebih suka bihun goreng, dari nasi lemak, roti kosong.

3. Banyak betul aliran keluar pulus, kerana karenah saya yang berselera makan di luar dari di rumah.

4. Susah mau tidur malam. (baru ni jak, start)

5. benci bau sabun cecair.

6. tidak suka ke dapur (bila Fath lapar, terpaksalah juga)

7. Banyak betul berfikir. (hihihih).


8. yang saya paling perasan, ialah, saya suka moody. Alahai..buruknya. (Zauji mungkin perasan, tapi buat donow)

9. Saya betul-betul selalu teringat kampung Kembara Jaya tuuu.

25 March 2013

kecik-kecil

Bismillah.

Dalam hal baitul muslim. Kita jaga hal yang kecil-kecil. Kerana hal yang kecil-kecil jika dibiarkan berlarutan, akan menjadi kanser.

19 March 2013

Fath setahun 1

bismillah.

saya senyum. Apabil Fath dah pandai hulur tangan untuk minta salam.
Fath dah faham, bila umy tanya mana botol air.
dan Fath sudah sudah tau letak balik barang yang diambil.

saya biarkan, Fath sepah-sepahkan buku-buku di rak kecil tu. Walaupun saya ada juga melarang.
Malah sejak Fath boleh berjalan laju. Rumah sudah menjadi padang tempat bermain.
ahah.
bukan senang membina neuron-neuron yang banyak supaya kekal sambung menyambung di usia dini.
biarlah. Sesekali kepala benjol atau terjatuh akibat bermain 'motor' 3 roda.



Abi yang keletihan setiap petang jumaat. Tunggu umy abis kelas :)

masa di rumah Tok Bapak. Aksi manja..


balik KL, Fath telah keletihan.

kain yang bertimbun, port Fath

main-main gan abi di RFC Alor Star. 

tunggu abi bawa cendol kenduri 

macik Siti amik. Pandai senyum..

minum susu selepas mandi pagi

umy pasang sejadah. Fath berkali-kali sujud

masa di kampung Tok Bapak, Fath beraksi berani

kini, bedak ialah mainan yang dilarang oleh umy



Fath: dah boleh makan masakan umy yang simple-simple. (Fath senyum bila dapat rasa nasik yang umy masak dengan ikan goreng cicah kicap.haha. "Sama-samalah kita merasakan kesimple-lan itu nak")

01 March 2013

entah

bismillah.

Sejak usia 'angah' ini masuk 1 bulan. Saya sudah mula jadi sotong. Mungkin juga mayat hidup.
Semua serba 'no life'.

Rumah berantakan. Fath dibiarkan. Yang sepah makin bersepah. Kain bertimbun. Sampah membusuk.
Ya. Jauh dari aroma syurga sudah.

Saya selalu bersedih dan banyak kali juga menangis.
saya minta pada Allah, berilah saya kekuatan sedikit, paling kurang saya boleh meminimumkan kerja-kerja tambahan zauji. Yang sudah seperti bibik, tukang jaga.

Saya rasa baru 3 kali atau > saya ada masak. Itupun kerana tidak sanggup biarkan Fath hanya kunyah biskut.
Ditambah oleh zauji yang sanggup balik dan membeli nasi bungkus untuk saya!.
Balik kerja, dan memasak dengan stokin-stokin kerjanya!

Itupun ada beberapa kali. Saya hanya makan separuh. Dan separuh saya simpan sampai basi!.
Malah ada yang saya tidak dapat menyentuhnya langsung.
Malah masakan dan aroma masakan itu menjadikan saya bagai bukan di dunia yang indah-indah.

Siapa tidak sedih?.

Lalu saya berdoa lagi.
Semoga Allah tambahkan sabar yang tinggi kepaa zauji.
Dengan kerenah yang saya sendiri tidak sanggup hadapi.

Saya sendiri selalu empati.
Sebagaimana yang zauji rasakan.
kerjanya.

Sebab itulah.
Kadang zauji bertanya, kenapa saya menangis tiba-tiba.
dan saya tidak sanggup untuk berterus terang. Betapa saya mengasihani dan mengkagumi kesabaran yang dia tunjukkan.
Malah kalau zauji ada marah-marah atau membebel. Saya akan berfikir. "kalau saya ditempatnya, saya mungkin lebih teruk dari itu".

Apabila semester 2 bermula.
Saya tiada pilihan lain. Melainkan HIDUP MESTI TERUS.
walaupun saya tahu, teruknya keadaan saya.
saya ajak juga untuk terus positifkan minda saya.

"Allah.
Berikanlah kesabaran. Kekuatan dan kesihatan yang baik kepada kami. Dan mereka yang berkerja keranaMu.aminnn"