21 Januari 2013

listen

Bismillah.

i.Tiada yang baik. melainkan sedia mendengar. Sedia didengari.

ii. sedia berkata-kata dari menyimpan perasaan menyampah,sayang,suka,malas,rindu.

"eh rindunya nak berjuang".
Muka kawan naik menyampah dengar. Berjuang perlukah kembali seperti dulu, sampai rindu segala?.

"eii saya ni tengah geram, tengah geram dengan ..".

"dengan siapa?"

"entahlah".

iii. simpanlah rasa jika rasa itu lebih baik hari ini dan akan datang.
luahlah rasa, jika rasa itu langkah lebih baik.
jika konfius antara dua pilihan.
luahlah dengan Allah.
kalau inipun malas.
oh, nampak sangat, kita sengaja menjauhkan diri daripada DIA yang Maha Mendengar.

iv. hapuskan misscomunication,
cukuplah cerita-cerita TV yang menyebabkan rakan bermasam muka,heroin membenci sampai mati si hero.Silap faham yang memusnahkan rasa hidup penuh makna.

v. ya.Bersedialah untuk meminjamkan telinga yang dua itu untuk hidup lebih bermakna.

*senyum biar betul (pastikan tulang pipi naik sikit)

Tiada ulasan:

Quotes

sebaiknya apa-apa yang dikutip,biarlah dengan memberikan sumber. Apa yang kita buat, nanti di akhirat akan kita tengok balik bersama semua makhluk.

seorang anak

produk Kampung Kembara Jaya, Bukit Garam.

masih/pernah bergelumang tanah hanyir,rumput gatal, mentari terik, berkaki ayam, menangis keanak-anakan, bermonolog, berbicara laju, berambut keras/berselipar jepun.


bersekolah dulu di Sk Kota,
SMK Bukit Garam,

Masih berkelana dibumi luar,
mencari & menjejak potensi& spirit diri

~kita tidak sama,posisi kita berbeza,matlamat kita sama..mencari mardhatillah

"sebaik-baik muslim yang bermanfaat kepada orang lain"

*harusnya hari-hari yang dijejak sentiasa memberi kredit2 kepada memaknakan HIDUP