16 January 2013

kelas pertama

bismillah.

Dunia semakin hebat cobaanya? atau kita semakin lemah semangatnya?.
Jawapannya. Kembali kepada diri sendiri.Ohhh.

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kelas tafsir Quran yang dapat dihadiri.
wahh.
Pertama kali sejak saya duduk rumah ni. Baru ni dapat tahu ada kelas. Dan tenaga pengajar dia adalah jiran saya juga.

Seronok ustazah ni, dia ajar baca dengan tajwid yang betul. Lepas tu setiap seorang baca. Saya memang berdebar lohh. Lagi-lagi diorang saspek, saya juga ustazah macam ustazah tu..alahaiii.

Fath yang rewet sebab baru bangun. (bagus Fath hari ini, dok pandang serius sambil ngaga masa ustazah terangkan pasal tafsir Surah An-Nazi'at ayat 1-7.
Saya pula buat tidak tau pasal Fath, sebab seronok dan takut dengan tafsir tu. Ustazah guna tafsir dari Indonesia sebagai rujukan.
Bestlah ustazah.

Balik jak.Ustazah tanya, saya boleh mengajar ka?. Hah..ajar Quran ka?.Tajwid ka?.
Tidak boleh kak, saya memang tak tau bab tu.
ohh..kalau pasal isu semasa, tazkirah..boleh lah ni kan..
saya kata ya.
betullah. Yang tu boleh, tapi kena banyak studi juga. *dalam hati.

Kadang saya rasa. Teruklah hidup di kawasan yang macam ni, semua dok takut masuk kelas macam ni. Tapi kalau kelas marhaban, nasyid..ramai mai.
mungkin cita rasa orang sini kot.
sebab tu, dekat warung-warung sini, ada pentas kecil untuk karok. Live Band pun ada.

Seram sejuk juga mula-mula tengok. Berhibur adalah jiwa mereka agaknya.

Antara perkongsian yang best dan menakutkan saya:
1. Surah ni cerita pasal nazak. Atau mabuk yang dialami semasa manusia hujung-hujung nyawa.

2. Malaikat cabut nyawa cara lembut, keras.

3. Malaikat makhluk yang taat. Apa saja Allah suruh, terus buat.Tiada bantahan atau alasan. (mereka kan tiada nafsu).

4. Nabi Muhammad SAW, semasa di padang masyar, adalah manusia yang pertama dibangkitkan. Semasa baginda bangkit. Perkataan yang pertama baginda sebut ialah, "mana ummatku?". *allahummasalli ala muhammad.* ramai manusia akan cari Rasulullah SAW, tetapi manusia tu tak jumpa pun.padahal dah berselisih. Itulah ummat yang tidak mendapat syafaat. 

5 Rasullulah SAW masih still berdoa untuk dapat syafaatkan ummatnya semasa baginda menuju titian sirat. Nak tunjuk betapa baginda memang punya sayang kat kita ni. (so rajin-rajinlah baca selawat).